♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, July 25, 2013

Dua minggu lagi RAYAAA...tailor salah gunting kain...

salam 16 Ramadhan.

kejap je dah 2 minggu pose kan.

sedihnya tak dapat berpuasa dan berterawih tahun ni. sian kat hubby sahur sorg2 je ramadhan tahun ni. kalau tak, ada la peneman. tak larat nak bangun sbb ada anak kecik ni paham2 la kan. kejap bangun, kejap tido. mata ni tak larat bukak. cuma kejutkan hubby bangun sahur, pastu kiter tido. sebelum tido tu dah siap masak utk dia. ada nasi lebih berbuka, watkan nasi goreng. hubby tak kisah tetiap ari nasi goreng pun dia ok je.

jeles tgk orang shopping sana sini.. tunggula kiter dah abis pantang nanti, turn kiter lak. time tu pun byk saiz dah abis. sedey.. :(

time tgh sarat 8 bulan dah shopping raya. cuma ni nak menambah dan melayan nafsu membeli. ada-ada je kan.

baju mama dan anak-anak dara dah antar tailor cuma belum amik je. taktau la camne rupanya sbb time antar tu badan tgh mengembang sbb tgh memboyot. 

kiter antar 3 pasang. sepasang tu kain yg hubby pilih. dapat whatsapp dari tukang jahit tu taye-taye kiter beli kat mana kain yg hubby beli tu. kiter cakap la sume kain beli kat JAKEL.

dah tak sedap ati.. jgn kain silap gunting sudah..

sekali jumaat lepas dia msg kata dia kat JAKEL. yg nak beli kain camtuh. sbb kain dah silap ukuran. saje je kan. cakap jela kain tu cantik. nak amik wat baju sendiri. so, dia nak ganti kain tu. tapi, sayang.. takde lak kain yg sama. tu yg dia cakap la. jadik dia amik kain yg lain...

kiter mmg jenis cerewet sikit kalau bab-bab beli kain ni. susah nak pilih kain yg betul berkenan. tu pun sbb hubby yg pilih. mmg spesel la kain tu.

terus xde mood dah. mmg pasni tak nak dah wat kat kedai situ.


3 comments:

Fiza Rahman said...

Laaaa...mcm mana bley silap ukur plak. Sabar jer lah.

Asyifa Mustaffa said...

oooo..sabar2...cmne le bole jdi cmtu...

Mira Adzlia said...

boikot tailor tu..hihihi..aish sabor jela kn kak