♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, July 16, 2013

Detik Kelahiran Anak Ketiga..

Salam 7 Ramadhan. alhamdulillah seminggu sudah ramadhan. masih diberi nafas dan nyawa untuk merasai ramadhan tahun ni. walaupun tak berpeluang menjalani ibadah puasa tahun ni tapi tetap bersyukur. Ramadhan tahun ni dalam keadaan berpantang kerana baru melahirkan zuriat ketiga 29 jun yang lalu. rasa segan gak nak makan minum sesukahati walaupun mak abah sibuk je suh makan. taye nak makan apa? dah makan ke? pastu time berbuka pose, rasa takmo nak makan dgn org yg pose. segan sbb kiter dahla tak pose pastu nak menyibuk kat meja makan gak. sedar diri.. (^_^)

Terasa masih baru lagi melahirkan baby ketiga. ikutkan due date 18 july ni.

28 jun 2013 (jumaat) - Sehari sebelum tu, masih lagi keje di opis tapi langsung takde mood nak wat keje sbb badan ni rasa letih sgt. takde rasa sakit apa cuma sengal2 kat celah kelangkang je. jadiknya, bykla duduk je satu ari tu. takde pk apa sgt sbb baru 37 minggu.

Tengahari skit baru la wat keje sesikit sbb rasa risau je kot2 terberanak awal. mmg selalu set kat minda ni apa-apa keje yg tak setel lagi terus update dalam list keje yg perlu kena wat supaya senang kawan yg tanggung keje nanti. pastu mmg dah jadik habit lebih2 lagi kalu dah sarat2 kemas meja elok2 manala tau kan... sempat lagi ptg tu gi ziarah arwah ayah staff yang meninggal. lagipun dah apply nak amik cuti awal 10 hari sebelum due date. 

Walaupun baru 37 minggu tapi perut ni mmg dah ke bawah sgt dah. time check up pun misi dah kasi warning jgn byk sgt wat keje berat sbb perut mmg dah betul2 ke bawah. biler2 masa je leh bersalin. adoyai... time tu dah pujuk baby jgnla kuar lagi tunggu la dapat puasa sehari dua ke..

ni gara-gara dah sarat pun masih gagah mendukung ayna. time camtu la nak manjakan dia kang dah ada baby risau kot2 dia terasa mama asyik dukung baby je.


ni perut sehari sebelum meletopppppp


ni lak muka yg mmg takde mood nak keje

Malam tu lepak2 kat umah je. malas nak ajak hubby gi mengeteh cam selalu kalau esoknya cuti. sempat mintak hubby urutkan badan dan kaki. tp, mmg takde rasa sakit apa pun. cuma lenguh2 celah peha. malam tu pun rasa ngantuk yg amat. penat macamla byk sgt wat keje. sebelum tido cam biasa wajib minum jus delima dan minyak kelapa dara. sempat lagi gosok-gosok perut buh minyak kelapa dan teguk skit minyak kelapa. mmg tido lena je. Hubby lak ada program KRT nak mengecat pondok KRT. sampai kol 5 pagi. terjaga jap time dia balik. pastu sambung tido.

29 jun 2013 (sabtu) - tetiba sakit perut cam nak buang air besar. perut memulas-mulas. tgk hubby kat sebelah baru je lena. tgk jam kol 5.30 pagi. cepat2 gi toilet tgk kat underwear takde apa-apa darah. legaa...

tapi teran-teran tak kuar apa pun. tetiba kuar darah menitik-nitik. hahhh...........adehhhhhhhhhh... dah nak bersalin ke......... ala.... adik... nape nak kuar sekarang sayang? mama lom puas lagi nak belai perut ni... nape adik tak tunggu julai.................. luah hatiku tika itu............

time tu mmg tak sakit apa. sempat lagi wat solat hajat dan nak tunggu subuh. biler dah dgr azan Subuh je nak solat terus rasa sakit. mmg dah takleh duduk diam. sakit kerap 5 minit. nak kejut hubby tak sampai hati lak sbb dia baru je tido. tp slow2 gi kat dia cakap dah kuar darah. tp mintak dia rileks lu tido nanti kol 6.30 pagi kejutkan dia. rileks-rileks dulu lipat kain yg bertimbun nak setelkan sume. pastu plan nak gi breakfast dulu la.. 

tgh2 lipat kain pun rasa sakit kat bawah perut ni. mmg tiap 5 minit. jalan-jalan, duduk cangkung still rasa sakit. tgk jam kol 6 pagi. mmg rasa cam tak lama dah ni. hubby pun mmg dah takleh tido. terus mintak siap. kiter ni pun mandi, kemaskan baju, sempat kemas umah, kejap2 berhenti sbb sakit perut. cium anak-anak yg tgh tido. hubby risau takut tak sempat kalau antar anak-anak umah mak. tapi, cakap dgn dia jgn risau insyallah sempat sampai sepital. kiter antar anak-anak dulu yek. 

kol 7 pagi, kol mak dulu sbb janji nak bawak dia gi kenduri kat puchong. cakap dgn mak yg takleh pegi sbb dah kuar tanda.

kol 7.05 pagi, sampai umah MIL nak antar anak-anak. kakak Echa dah bangun sbb bgtau dia yg mama nak bersalin dah. terus segar muka dia. kol MIL mintak bukak pintu. MIL terkejut sbb pepagi nak antar anak-anak. ingat yg kiter ni keje. 

"mak, ktorg kat bawah ni nak antar budak-budak"... MIL taye nape? "mak.... ayu dah nak bersalin dah ni.. hehehe...."

taktau rasa yg ketiga ni mmg rileks dan sempoi betul.. leh lagi gelak-gelak... rileks-rileks... padahal dalam hati dah dup..dap..dup...dap...


kakak Echa bangun biler bagitau dia yg mama nak bersalin
baby dah nak kuar

sempat lagi cakap dgn dia yg adik baby nak kuar
kakak tunggu adik baby yer..
tunggu mama balik tau.. 
peluk cium dia..

ayna lak mmg tak terjaga langsung
cium pipi dia yg tembam tu

terus gerak ke hospital. on the way tu rasa sakit-sakit yg dah tak tentu minit dan saat dah. tp still leh tahan lagi. rasa cam dah bukak banyak cm ni. sbb time yg anak-anak dulu, kalau kuar darah je takdela terus sakit camni. dalam kete abiskan air zam-zam, air anugerah 30 juzuk dan minum jus delima utk tenaga. hubby belikan roti krim tp takleh masuk dek tekak ni. rasa nak termuntah.

sampai kat sepital, terus ke dewan bersalin. nak jalan  taknak naik kerusi roda. rasa ada kekuatan lagi nak berjalan time tu. dalam kepala, pikir nak cepat bersalin je. taknak sakit lelama... ya Allah.. dalam lif nak ke tingkat 5, pegang lengan hubby kuat-kuat dan sandar kat bahu dia.. dia la kekuatan dan pemberi semangat...

"papa, mama takut... papa maafkan mama yer..." sebak....

kol 7.30 pagi - dah sampai kat bilik saringan. sebelum masuk sempat lagi bergambar.


ni dpn pintu bilik saringan
amik gambar dulu sbb tau dah pastu dah takde peluang nak amik gambar lagi
ni 40 minit sebelum bersalin
mmg dah nampat sgt baby dah kebawah nak kuar dah kan...

ni gambar last dgn perut yg memboyot
sure rindu giler dgn perut camni
ntah berpeluang lagi ke tak
atau 
ntah nak lagi ke tak mengandung

kalau ditaye saat tgh berdarah ni mmg idak la...
xtau la kot-kot lagi 2 tahun ke kan..
ngeh..ngeh...ngeh..

alamak.. sekali pagi tu sume doktor laki daa... lantakla.. tgh-tgh sakit ni relakan saja. terus tukar kain batik. ulang balik saat 2 tahun lalu time nak melahirkan ayna.

kol 7.45 pagi - terus naik katil untuk saringan dan cek bukaan. sorg doktor nak cucuk tangan untuk masukkan air nanti. sorg lak tgh standby nak seluk bawah.. misi lak pasang wayar nak cek jantung baby dan contraction. cek-cek bukaan dah 8 cm. dengar tu rasa syukur sgt sbb tau dah tak lama dah. skit je lagi.. 

dgr misi pun dah jerit kat misi luar cakap yg kiter ni dah 8cm. means dah leh masuk labour room la. dah leh booking katil dah.. pheww....pheww.... cepat-cepat....

sebelum masuk labour room kasi pecah air ketuban dulu. tiga-tiga anak sume doktor yg pecahkan air ketuban. dah pecahkan air ketuban tu mmg cepat je rasa nak meneran. terus tolak masuk labour room. kuar je dari bilik tu nampak hubby.. lega hubby ada kat situ. manala tau dia gi makan ke kan..

masuk je kat labour room, tukar baju pink sepital, alih katil lain. terus baring. dah start-start rasa nak meneran je. mmg betul-betul nak meneran. terus mintak misi panggilkan hubby.

hubby masuk je time tu rasanya kepala baby dah kuar sikit. sbb tgk muka dia terkejut je. yela, tak sangka cepat benar bini nak melahirkan. tapi rasa cam tak terdaya je meneran sbb tak makan. 

last-last sekali tarik nafas panjang-panjang terus teran lama-lama terus rasa satu benda panas kuar. kali ni mmg betul-betul dapat menikmati saat melahirkan sbb mmg terasa benda yang besar kuar, yg rasa puas sgt.. rasa lega sangat... taktau nak kata camne perasaannya. bukan anak-anak sebelum ni tak menikmati perasaan tu cuma kali ni rasa lain sbb mungkin dah ada pengalaman, dah cukup bersedia.. ye ke sedia? kali ni mmg mata terus tgk ke bawah. terus nampak anak itu keluar, nampak muka dia. nampak jantina.. mmg mata ni nampak sume. saat bidan kuarkan uri pun leh tgk dan merasa seketul uri tu kuar.

kol 8.22 pagi, kuarla hero mama ke dunia.. alhamdulillah, apa yg kami nampak masa scan mmg betul-betul begitu.

ingatkan takde la kena jahit sbb takde kena gunting pun. tp, koyak jugak sbb sangkut kat bahu baby...

jahit sikit jela. sikit-sikit pun dah namanya jahit mmg nak kena jaga gak kan..

syukur Alhamdulillah.. dipermudahkan Allah untuk melahirkan zuriat ketiga dgn senang dan cepat. syukur...syukur... Ya Allah.



fresh from oven..

assalamualaikum sume...
sayala yg aktif sgt menendang dalam perut mama saya

our hero 3.14 kg
tak sangka semangat jugak budak kecik ni walaupun awal 3 minggu

kuar-kuar je terus misi letak baby kat dada

pastu tekan-tekan perut ni nak bagi kuar darah beku
pehh... mmg best time darah ketul-ketul kuar

misi tu nak kasi kuar betul-betul nanti takde la darah nifas lama sgt
dengar je tu redha jela

sambil-sambil jahit tu sambil dia ajak borak-borak
menggigil-gigil kaki ni sejuk

baby pun terasa menggigil badan dia
sian anak mama ni

dkt sejam gak kat labour room sbb pas jahit misi nak cek balik jahitan ok ke tak
rasanya nak tunggu ada wad kosong kot

kol 11.30 pagi baru dapat masuk wad

harapan la konon nak balik aritu jugak
sbb bersalin pagi mengharap la sgt leh balik ari tu jugak sbb baby pun kencing berak sume

cam kakak-kakaknya dulu bersalin petang so mmg la kena stay 1 malam kat sepital





Muhammad Aqil Rayyan
muka saper yer? 
masuk je wad, baby kena dok dalam warmer sbb kaki dia dah biru

kesejukan..
kat labour room lama sgt
mamanya pun sejuk ni kan pulak budak kecik ni



terasa lama dok kat sepital ni
rasa dah sihat sgt dah ni
dah terer dah uruskan diri sendiri.. hihihi

teringat anak pertama dulu
serius taktau camne nak uruskan diri lagi, uruskan baby lagi...

dah siap mandi, pakai bedak sume, wangi-wangi sementara nak tunggu time melawat




kakak Echa suka dapat adik boy



hubby yg sentiasa ada time suka duka
thank u papa

syukur doa kita dimakbulkan Allah



kakak Echa nak dukung baby sebelum balik


kawan time study dulu
tiap kali bersalin kat sini, dia setia melawat

thank u dear Mashitah..
sbb datang lawat kiter
tunggu anak keempat baru dapat jumpa dia lagi kot.. kikiki..

Malam tu, tido tak baper lena sbb lampu terang pastu kipas kuat sgt. sejuk sampai takleh nak tido lena. kesian kat baby sbb port katil dia betul-betul bawah kipas. dah kasi slow pun still laju kipas tu. biler off panas pulak.

esoknya (ahad), tunggu hubby datang. tak sabarnya nak balik umah. kol 3.30 ptg baru setel sume dapatla discharge. 

terus ke umah mak sbb nak stay situ dulu sampai setel urut.

sekarang ni dah 2 minggu dah stay kat umah sendiri. :;

alhamdulillah.... sekarang dah berstatus ibu anak tiga. kena sesuaikan diri dgn status baru ni..

;)


20 comments:

Aisy Nasiha said...

Tahniah dah selamat bersalin.. Seronoknya mudah bersalin. Alhamdulillah dgn kuasa Allah. Rezki masing masing tu.. Jaga diri n baby baik baik k

Asyifa Mustaffa said...

tahniah...alhamdulillah dipermudahkan...:-)

cik dah faridah said...

tahniah...sgt mudah bersalin...
comey aqil rayyan...

- AZIE - said...

alhamdulillah dipermudahkan...seronok baca kisah bersalin nie

lia said...

Alhmdlh... d permudahkanNYA utk kelahiran anak ketiga ni... tahniah...

Normi Nieza said...

tahniah...

Nafira usof said...

tahniah.. syukur.. mudah je awak bersalin..:)

comel jer baby..pandai plak pandang camera.. muka sebijik cam kakak dia..hehehe

selamat berpantang.

•♥• Mrs RR •♥• said...

Bestnyaaaaa.. slmt berpantang ayu.. huhu

SYANI said...

Alhamdulilah dah selamat semuanya.. Selamat berpantang ye & tahniah!

QueeN TerataI said...

Alhamdulillah mudah & mmg kuat betul semangat ayukan... tahniah akhirnya dpt boy... comel baby rayyan.. ;)

:: Mrs.Eady :: said...

wahh teruja nyer!!tahniahhhh :)

Riedaffya ibrahim said...

salam...lame sungguh x ke blog ayu..dari citer mudah sungguh ayu melahirkan ye..tahniah...hurm, baby boy tu kan sebijik macam ayna...tahniah utk kelahiran ketiga ni ayu, tngok ayu dpt baby boy kan..terus rase nak preggy lagi..maklum le dua2 gurl anak sy..

Mama Miraki said...

Wow bestnya.....senangnya bersalin...

Lily@MamaZaraZareef said...

alhamdulillah dah dpt baby boy kan..comei sgt baby kecik2 dh pndai pndang kamera dah..hihihi

~MommyAida~ said...

Tahniah kak..Dapat baby boy..tapi gambar before time pakai baju oren tu mmg perut dah jatuh sangat tu..mmg dah nak bersalin kan time tu..anyway,selamat berpantang ye!!

Anonymous said...

I'm not sure why but this weblog is loading very slow for me.
Is anyone else having this problem or is it a problem on my end?
I'll check back later and see if the problem still exists.



Also visit my page: Las Vegas Kenmore Service

Anonymous said...

Howdy this is kinda of off topic but I was wanting to know if blogs use WYSIWYG editors or if you have to manually code with HTML.

I'm starting a blog soon but have no coding skills so I wanted
to get guidance from someone with experience. Any help would be greatly appreciated!


Feel free to visit my page Las Vegas Washer Repairman

Anonymous said...

Excellent goods from you, man. I've understand your stuff previous to and you are just extremely great.
I actually like what you have acquired here, really like what you
are saying and the way in which you say it. You make it entertaining and you still care for
to keep it wise. I can not wait to read far more from you.
This is actually a tremendous web site.

Review my page search engine optimisation london uk

Anonymous said...

Do you have a spam issue on this blog; I also am a blogger, and I
was wanting to know your situation; we have developed
some nice practices and we are looking to trade strategies with others, be
sure to shoot me an email if interested.

my web page - lawyers medical services

Anonymous said...

I am curious to find out what blog system you are utilizing?

I'm experiencing some minor security problems with my latest site and
I would like to find something more safe. Do you have any
solutions?

Feel free to visit my site :: ship car to australia