♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, June 10, 2013

Pecah air ketuban.. tandanya..

tgh-tgh jalan tetiba air kuar mencurah-curah kat celah kelangkang ni. air ketuban!! serius panik giler. sbb dua-dua anak sebelum ni kuar tanda darah. ni kuar air ketuban mmg la haru. baru 34 weeks takkan nak bersalin dah kot.

uppss.. belum lagi. belum lagi...

rupanya mimpi. huh! lega..

check suar takde apa-apa..

gosok peyut cakap dgn baby jgnla kuar awal. kuarla dah cukup bulan takpun bagi mama pose 1 ari dulu ke. (due jangka 10 ramadhan)

taktau yg ketiga ni tanda apa pulak sbb dua-dua sebelum ni kembar darah. kalau boleh biarla ada kuar tanda kan senang nak tau.

pengalaman anak pertama

malam raya aidiladha, time tu 39 weeks dah. perut memulas banyak kali pegi toilet sbb ingat nak buang air besar.  tp, takde apa-apa yg kuar. takleh tido sbb sakit perut cam senggugut. dah biasa senggugut teruk jadik taktau rupanya tu yg dipanggil contraction. dua belah kelangkang sakit sengal-sengal. byk kali pegi toilet. esok pagi dah ok (pagi raya), sibuk je kat dapur hidang menu raya utk family makan balik dari sembahyang raya. pastu nak gi kencing gi toilet ada lendir darah. sbb anak first terus kalut pegi hospital check baru 2 cm. kol 4.30 ptg msauk labor room. doc pecahkan air ketuban.  time tu baru sakit sgt. petang kol 6.40 ptg barula Aysha Maisara menjengah dunia. Alhamdulillah. sakit bersalin kejap je.

pengalaman anak kedua

malam tu dah start sengal-sengal bawah perut. dua2 celah kelangkang sengal-sengal time tu 38 weeks. tak pikir langsung yg tu contraction. sbb dah lupa. anak pertama dgn kedua selang 4 tahun. mmgla dah lupa. tp, pagi je dah ok. hilang sume sakit cuma sengal celah kelangkang sama cam yg pertama dulu. gi keje cam biasa. sempat pekena roti bakar dgn telur setengah masak. pastu mula la asyik gi toilet sbb nak buang air besar. tp takde rasa sakit apa. sengal-sengal je. kali ketiga gi toilet tgk ada lendir darah. tp, kali ni rileks je tak panik. slow2 gi kat meja capai hp kol hubby suh amik kat opis. kat opis pun dah kecoh nak mintak driver antarkan kat hospital la.. tp time tu mmg kiter cool je. taktau la nape. sempat lagi kemaskan meja dan bgtau apa keje yg tak setel lagi. kol 2 ptg baru gi check kat klinik dah 4 cm. kol 4 ptg baru gi hospital. tu pun sempat lunch dgn hubby, gi bank kuarkan duit. kol 6.10 ptg masuk labor room, doc pecahkan air ketuban, kol 6.39 ptg Ayna Nafeesa kuar.. alhamdulillah dipermudahkan Allah.

yg ketiga ni?

harapnya dipermudahkan juga. taktau apa lak tanda nak bersalin kali ni. taye misi kalau anak pertama dan kedua kembar darah, ada kemungkinan tak yg ketiga ni pun kembar darah? misi cakap tak semestinya. tiap anak lain-lain. ok. paham. 

arini kaki belah kanan sakit sbb cramp teruk dua malam yg lepas. preggy ketiga ni mmg jarang kena cramp tak macam preggy yg lepas tetiap malam asyik cramp je. jadiknya biler dah kena skali mmg kasi kaw-kaw puye. celah kelangkang belah kiri pun sengal-sengal. 

masih lagi kuat berpuasa arini. harap dapat bertahan sampai berbuka..




16 comments:

Normi Nieza said...

moga dpermudahkan ...aamiin..

QueeN TerataI said...

haaa tu tandanya x lama lg je tu... bersalin yg kedua aritu ada gak mimpi kuar darah... 2 minggu lps mimpi selamat bersalin.. ;)

Kakcik said...

Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya. Aminnn... :)

Mrs Lurve said...

34w dh..perut pun dh kebawah..xlagi lagi dh tue..silap 2 3 minggu je lagi apa..apa2 pun semoga dipermudahkan segalanya..

LiYa HaNiF :: said...

apa pun liya doakan moga semuanya dipermudahkan yer... :)

~aYu~ said...

@Normi Nieza amin.. insyallah

~aYu~ said...

@QueeN TerataI alamak.. ye ke sis. risau gak ni. kalau leh nak la cukup bulan..

~aYu~ said...

@Kakcik thanks kak..

~aYu~ said...

@Mrs Lurve tula.. rasa cam dah dkt je ni.. dah tak larat nak jalan..

~aYu~ said...

@LiYa HaNiF :: thanks liya.. amin..

Ratu Hatiku said...

Semoga dipermudahkan segalanya.. Amin

Cho Zila said...

seram gak masa mimpitukan.. moga dipermudahkan juga untuk kali ini...

Nafira usof said...

alahaiii.. zura plak yg seriau.. hahaha

moga dipermudahkan jugak proses bersalin kali nih..:)

lia said...

ingt da bsalin td he3...

semoga d permudahkanNYA, InsyaAllah....

~MommyAida~ said...

huhuhu..suspens je tau Ayu ni..hihihi..semuanya dipermudahkan Allah..sakit pon tak lama..minta2 yang ketiga ni pon dipermudahkan dan semoga semuanya selamat!!Amin..

ieedaz @ mama_isha said...

mimpi rupanya yer..samela kite sedang menghitung hari..moga semua nya dipermudahkan nanti...amin