♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, June 11, 2013

Minum jus delima time pregnant..

Arini nak share kat sini pasal jus delima utk ibu preggy seperti saya..

Beli ni pun sebab kat opis ni ada yg jual jus delima tu yg terus beli nak try.

adatla kan benda ada depan mata baru la nak membeli..huhu

preggy anak-anak dulu mmg dah tau pasal khasiat buah delima tak terbeli-beli pun. so, preggy ketiga ni mmg minum jus delima.

meh nak share minum ni time pregnant apa kesannnya..

masuk 5 bulan preggy terus amalkan minum jus ni sampai skrg. utk permulaan campur dgn air sejuk. sbb rasanya mmg masammmmm...

pastu dah lelama ni minum begitu saja. terus dari penutup botol je.

apa yg kiter dapat rasa beza minum jus ni..

pertama..

pregnant pertama dan kedua asyik HB rendah je. mesti kena sound dgn misi. google pasal buah delima tapi takde pulak nak beli. pulun makan kerang dan paksa diri makan hati ayam yg mmg tak suka makan. okla. next check up naik gak HB 10, tu pun atas border. pastu turun, naik, turun, naik. tak menentu. 

preggy ketiga ni minum jus delima hari-hari tiap pagi mmg HB naik je. pastu maintain. nurse pun xmarah kiter pun senang hati. huhu..

kedua..

kiter mmg ada tekanan darah rendah. biler pregnant yg dulu takleh panas dan tempat sesak mesti pitam. time preggy Echa bulan pose nak shopping baju raya kat SOGO, sesak ramai org leh lak pitam kat escalator. awal-awal dah cakap dgn hubby nak jatuh sbb tetiba blank.. hubby dah standby tangan nak pegang belakang badan bini tp si bini ni jatuh ke depan melurut ke bawah.. hehehe..

preggy ketiga ni alhamdulillah check BHP ok. sume di paras normal. takde pening-pening cuma penat tu biasala kan. preggy di umur 30 thn pastu ada dua anak mmg la penat. penat pun still nak kena kemas umah gak, masak.. kira leh la wat keje takde la nak harapkan hubby sgt.

ketiga..

kaki cramp.. serius ni yg tak sanggup nak hadap. preggy dulu mmg tetiap malam asyik kaki kejang. dah wat macam-macam. tinggikan kaki la tp mesti kena.

tp, preggy kali ni jarang cramp. sesekali je kena sbb tido pun agak buas kot..

keempat..

buang air besar.. ha.. yg ni mmg seriau. sbb preggy sblm ni mesti kena sembelit. pastu berdarah-darah luka kat situu.. mmg perit nak duduk, nak membuang air, sampai pening kepala ni sbb tahan sakit.

kali ni lawas je. takde kena sembelit ke apa.. mmg syok time membuang.. haha..

kelima..

berat maintain.. tak naik-naik.. preggy dulu kena minum air gula sbb berat naik mendadak sampai 20 kg. yg kali ni berat naik xsampai 10kg. malu-malu je penimbang tu nak naik.

apa lagi ekk..

kalau ikutkan khasiat utk ibu mengandung ni byk macam otak baby cerdas, kulit baby putih bersih.. tp tu kena tunggu baby kuar dulu. baru leh review.. tp mmg suggest ibu-ibu mengandung minum jus delima ni. tak kisahla brand apa pun. insyalllah. byk membantu. utk yg tak preggy pun bagus jugak amalkan..













15 comments:

Normi Nieza said...

good sharing...

Kakzakie said...

Kalau cramp memang sakitnya tak terkata. Org tua-tua kata tarik ibu jari kaki bagi cepat hilang... kakak tak tahu betul ke tak.

Mrs Lurve said...

sy memg amalkan masa early pregnant dulu..dh masuk 4 ke 5 bulan tekak dh xleh terima..sbb ada rasa masam kan. Nak dpt anak perempuan rupanya..patutla xsuka masam2

QueeN TerataI said...

mmg bagus ibu hamil amalkan minum jus delima ni... masa queen pregnant aritu mak queen pun selalu suh minum jus delima nie...

p/s: jom like page queen ni ayu https://www.facebook.com/QueenTeratai.JSD

izan mama mia said...

mmg bagus jus delima..sayangnya masa mngandung dl tak cuba..hik...sekarang nak g try laa

Nafira usof said...

untuk org darah tinggi elok x??

Cho Zila said...

utk ibu mengandung silakanlah yerk... akak masatu terus makan delimajer...

~aYu~ said...

@Kakzakiemmg skit kak.. sy mintak tlg hubby tolak tapak kaki ke dalam. kalau dia takde, sy tolak kaki kat dinding..

~aYu~ said...

@Mrs Lurve hehe.. sy 5 bulan baru try sbb time tu nak cuba dapat baby boy sbb baca tips elakkan minum masam-masam..

~aYu~ said...

@Nafira usof mmg bagus utk org yg darah tinggi minum ni.

Ummie Suryati said...

Tq for yr info :)

eiyla_amr said...

Assalm dear..awk amik jus delima brand apa ye

Ayu Ayunie said...

eiyla_amr, saya minum gulsan. minum dengan air sejuk.. masam2 tapi sedap.

Shima Nasir said...

kalau kandungan baru 2 bulan, dh blh ke amalkan jus delima?

Siti Najihah Mohamad Nor said...

Good sharing