♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, June 24, 2013

Contraction..

salam isnin yang berjerebu. sesak nafas ni dgn udara skrg ni. mmg pedih je mata. kiter yg besar ni pun tak sanggup nak hadap lagi lak anak-anak yg kecik. mmg aysha dua hari ni tak kasi dia main kat luar umah petang-petang cam selalu. terang kat dia yang asap ni tak baik. leh sakit. satu malaysia kena. suh dia dok diam2 dalam umah.  ada gak kawan dia panggil dia suh kuar main. pandai lak tu kata mama papa dia xkasi kuar. hehehe... 

kat opis ni dah dilanda jerebu. cam dah wat keje kat luar bangunan lak. kena arr wat keje sambil tutup hidung tapi mata x tahan pedih.
23 days to go.. pregnant yg ketiga ni lain skit. dah dua kali kena Braxton Hicks / false contraction. masa mula-mula kena time 35weeks. perut rasa sakit sangat belah kanan. rasa tegang giler. tp pagi dah ok.

camne nak tau contraction tipu ni atau braxton hicks? ni copy je dari http://www.babycenter.com.my


Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
berbanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

pastu yg kali kedua kena time malam Sabtu lepas. puyela menegang bawah perut ni. pastu celah kelangkang ni dah sakit sgt. mmg tido menonggeng je. hubby takde umah sbb ada program KRT. balik je dia tgk bini dah menonggeng. tahan sakit puye pasal. gelabah la dia kan.. taye dah nak bersalin ke? ku jawab, belum lagi kot. tgk esok pagi camne. paginya dah ok. tu la kot yg org panggil contraction tipu kan.. anak2 sebelum ni mana penah kena. biler contraction je kuar darah terus bersalin.

walaupun dah nak masuk kali ketiga, tetap takut malah makin takut nak hadap skali lagi. bersalin mmg sakit cuma rezeki memasing sakit kejap atau sakit lama. harapnya kejap jela macam bersalin yg dulu.


5 comments:

Normi Nieza said...

semoga smuanya ok...

Sweetmama said...

itulah cuaca jerebu ni menambahkan lg masalah kesihatan..

moga dipermudahkan segalanya buat ayu..

aReLaN said...

lor...lama tak singgah sini. tup2 dah nak bersalin. all the best k. moga sume selamat. nanti baby tu leh la kawan ngan azzalea.hehehe

Nafira usof said...

adehaiii.. seram plak..
moga semuanye dipermudahkan k~

Mimie_Zatun said...

Semoga semuanya selamat