♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Saturday, June 29, 2013

heroku.. 29 jun 2013..

Alhamdulillah... Legaaa.... Selamat melahirkan zuriat ketiga jam 8.20pg td. Alhamdulillah sakit xlama. Baby boy 3.14kg. Awal 18 ari dr due date. Nant citer yek....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, June 28, 2013

Monsters University... Roarrrrrrr....

Citer weekend lepas baru la nak tepek sini. sbb jerebu yg teruk kt kawasan umah, terus ajak hubby gi jenjalan kat shopping mall. tgk wayang. sesak sgt dada sbb bau asap kuat. sampai je kat wangsa walk cepat2 turun kete masuk dalam.. waaaaaaaaa.... nyamannya udara kat dalam tu.. terasa syok sgt hidung ni bernafas..  terus gi tingkat atas nak beli tiket dulu. sekali tiket kol 1.15 untuk movie standard dah abis. next movie kol 3 ptg. cam lama lak nak tunggu. terpaksa la beli movie 3D kol 1.45 ptg puye. tak penah tgk movie 3D kat wayang. tp, ada yg ckp pening kepala tgk 3D ni. nanti tgk dulu camne.

ada 1 jam lagi sblm movie start. gi makan kat A&W dulu.



mood anak-anak sgt baik aritu
peluk-peluk, pegang tangan, kalau camni slalu kan bagus

mood nak berposing pun teramatla baik
mama papanya lak jenuh nak layan
jalan skit, stop, posing, suh amik gambar.. haih..


ayna bambam mama..



alololo.. penuh kasih sayang betul.. 



kami yg pertama masuk dulu
amik yg double seat puye harga RM50
kena arr mama papa mengecikkan bontot 

untuk 3D ni dapat free spek mata


adoiiiiii.. mmg pening tgk 3D ni.. nampak blur je kalau ada scene yg 3D tu
so, mmg tak fokus sgt

okla citer ni
budak-budak seronok la tgk
tp sbb 3D tu wat mata ni pedih skit.. hehe..


dah abis movie pun nak suh amik gambar lagi..

hai la anak..

 

Monday, June 24, 2013

Contraction..

salam isnin yang berjerebu. sesak nafas ni dgn udara skrg ni. mmg pedih je mata. kiter yg besar ni pun tak sanggup nak hadap lagi lak anak-anak yg kecik. mmg aysha dua hari ni tak kasi dia main kat luar umah petang-petang cam selalu. terang kat dia yang asap ni tak baik. leh sakit. satu malaysia kena. suh dia dok diam2 dalam umah.  ada gak kawan dia panggil dia suh kuar main. pandai lak tu kata mama papa dia xkasi kuar. hehehe... 

kat opis ni dah dilanda jerebu. cam dah wat keje kat luar bangunan lak. kena arr wat keje sambil tutup hidung tapi mata x tahan pedih.
23 days to go.. pregnant yg ketiga ni lain skit. dah dua kali kena Braxton Hicks / false contraction. masa mula-mula kena time 35weeks. perut rasa sakit sangat belah kanan. rasa tegang giler. tp pagi dah ok.

camne nak tau contraction tipu ni atau braxton hicks? ni copy je dari http://www.babycenter.com.my


Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
berbanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

pastu yg kali kedua kena time malam Sabtu lepas. puyela menegang bawah perut ni. pastu celah kelangkang ni dah sakit sgt. mmg tido menonggeng je. hubby takde umah sbb ada program KRT. balik je dia tgk bini dah menonggeng. tahan sakit puye pasal. gelabah la dia kan.. taye dah nak bersalin ke? ku jawab, belum lagi kot. tgk esok pagi camne. paginya dah ok. tu la kot yg org panggil contraction tipu kan.. anak2 sebelum ni mana penah kena. biler contraction je kuar darah terus bersalin.

walaupun dah nak masuk kali ketiga, tetap takut malah makin takut nak hadap skali lagi. bersalin mmg sakit cuma rezeki memasing sakit kejap atau sakit lama. harapnya kejap jela macam bersalin yg dulu.


Wednesday, June 19, 2013

takutnya..... 36weeks..

Seperti biasa nak jugak hapdet citer check up. sementara ada citer kan. kang takde citer, mmg terbiar jela umah kiter ni, hikhik.

Tadi check up utk 36 weeks. oh my! dah 36weeks dah. tuan puye badan pun tak caya dah sarat benar rupanya. baru terasa nak mencomelkan diri lagi. tak puas nak belai perut-perut yg comey menggunung dan berombak2 biler tendangan si baby kecik ni.. haishhh.. tinggal menghitung hari je. orang lain menghitung hari nak puasa, yg kiter ni menghitung ari nak beranak.  pheww.

rutin tiap malam kakak dan adik... menyapu minyak kat perut mamanya ni. kakak Echa mmg suka sgt. pantang kalau mamanya ni baring, mesti dia akan amik minyak baby or minyak kelapa nak sapu kat perut mama. dia dah paham ada adik dalam perut mama ni. siap borak2 lagi taye "adik.. adik.. kol baper adik nak kuar?.. aik.. leh lak taye camtu.

ayna lak terlalu kecik nak tau apa ada dalam perut mamanya ni. tp mmg cakap dgn dia yg dalam perut mama ni adik ayna. dalam perut mama ada baby. dia terus kiss perut. alahai.. anak-anak... wat mama touching je.

tadi check up, berat naik 2 kilo. jadik merah. pelik gak sbb pose 2 ari takkan leh naik kan? rupanya misi tu cakap arini yg dtg sume naik. so, penimbang tu yg salah.. 

ingatkan tak kena cucuk amik darah sbb 2 minggu lepas dah cucuk. rupanya kena cucuk gak sbb dah cukup bulan pun kena check darah. 

minggu dpn dah start check selang seminggu. 

#berdebar-debar, takut, risau sume ada#



Layan Anak-Anak @MegaKidz Midvalley

Dah sarat-sarat ni mmg nak berjalan sgt xlarat. nak layan ayna yg kdg2 wat perangai mmg leh wat pening kepala je. tp sbb mmg mama dan papanya kaki jalan. nak dok umah lelama time weekend mmg takleh la. dah lama tak jenjalan kat shopping mall dgn anak-anak. nak gi jenjalan shopping takde duit dah.. nak window shopping kang jadik lain. jalan-jalan bawak anak-anak main kat tmpt ada games jela. mmg kuar nak bawak dorg main games je pun. bg can dorg berlari-lari sesuka hati.. leh mama dok rehat-rehat layan FB. ..

bawak kids gi midvalley. lamanya tak ke sana. sampai sana makan KFC dulu sbb memasing kelaparan. geram je tgk kasut, beg, baju kat situ. ikutkan hati nak je ckp dgn hubby, leh tak nak beli satu kasut dan satu beg utk raya?? hewhew..

pastu terus naik tingkat atas yg ada MegaKidz Funland & Edutainment tu. 

slalu lalu je kat dpn ni. takdela nak masuk. mmg tak survey pun tiket masuk dan games dalam tu. kalau la tau tiket harga RM38 utk sorg budak mmg xdenya ke sana. sbb dah cakap awal-awal dgn kakak Echa, kenala masuk gak.

utk baya echa yg 6 tahun mmg seronok la sbb byk games guna fizikal yg kena panjat-panjat. tp utk baya ayna 2 tahun mmg tak byk games. gelongsor kecik pun xbyk. mmg rugi la utk ayna. nak main dalam tu yg ada token kena beli la token, nak main kaler2 kena bayar lagi. sbb anak-anak dah bosan taktau main apa, dok dalam tu 1 jam je. mmg rugi kan!!
 


ayna yg dah taktau nak main apa dalam tu 
main kejar2 dgn kakak dia jela


kakak echa yg asyik posing ntah apa-apa ntah..
mmg menurun sikap mamanya tul la ni..
hihi


nak jugak tu...
mama pun nak gak ada gambar
rasa comel di saat-saat ini..

 huhu..


Wednesday, June 12, 2013

Kemaruk shopping online.. barang baby dan mak baby

adoyai....penyakit demam shopping online makin menjadi-jadi. lagi lak tgh sarat ni mmg syok lagi shopping online je. teruk benar alahan kali ni sbb asyik nak online shopping je.. haha.. leh gitu?

dah beli tu tak sabar tunggu pos laju datang.. hehe..

mmg berhantu online shopping ni. kiter beli barang utk baby.. ada gak utk mama baby.. utk kakak-kakak pun ada. malas nak jenjalan shopping kat luar. sume di hujung jari. kalau sebelum ni gila shopping tudung kat jelitasara dan dress kat poplook, kali ni utk baby dan mama pas bersalin nanti. makin menggila-gila lak menyoping online.

 

 


saje gatal nak try bedung moden ni
ni beli kat guguonline
beli dua
saja menggatal nak try bedung moden ni
dah anak ketiga ni mmg agak jakun skit.. hihi


ni barut baby bertali
suka dgn corak kain cotton colourful camni
yg lama ada lagi tp warna putih

kalau pakai yg jenis pelekat pulak mmg asyik naik ke dada je
harganya RM23.00 utk 5 helai

ada gak beli kat uptown RM10.00 3 helai


tungku baby beli kat http://littledje.com
teruja tgk tungku baby yg comel-comel dgn corak-corak camni


beli satu harga RM12.00
dalam dia ada habatussauda, lada hitam, jintan dan lain-lain

 

pastu beli baju utk mama lak
ni mmg tahap malas giler nak kuar

beli gak baju utk nursing
breastfeed baby
ikutkan tak payah pun xpe
saja kan menggatal..


 yg ni harganya RM35.10

pastu kemaruk beli baju nursing lak
apa la nak jadi ni ayu
kemaruk bebenor online shopping ni
ni beli kat AUTUMN je




sudah cukup-cukup sudah
ni jela kot baju khas utk breastfeed
yg lain pakai yg dah ada je
takpun main selak je baju pastu cover la nursing cover tu


rasanya dalam pantang ni makin hebat kot online shopping ni
huhuhu..

* ni nak share je tau kot-kot uolls pun mmg kaki online shopping. bukan sesaje nak tayang apa yg kiter beli..




Tuesday, June 11, 2013

Minum jus delima time pregnant..

Arini nak share kat sini pasal jus delima utk ibu preggy seperti saya..

Beli ni pun sebab kat opis ni ada yg jual jus delima tu yg terus beli nak try.

adatla kan benda ada depan mata baru la nak membeli..huhu

preggy anak-anak dulu mmg dah tau pasal khasiat buah delima tak terbeli-beli pun. so, preggy ketiga ni mmg minum jus delima.

meh nak share minum ni time pregnant apa kesannnya..

masuk 5 bulan preggy terus amalkan minum jus ni sampai skrg. utk permulaan campur dgn air sejuk. sbb rasanya mmg masammmmm...

pastu dah lelama ni minum begitu saja. terus dari penutup botol je.

apa yg kiter dapat rasa beza minum jus ni..

pertama..

pregnant pertama dan kedua asyik HB rendah je. mesti kena sound dgn misi. google pasal buah delima tapi takde pulak nak beli. pulun makan kerang dan paksa diri makan hati ayam yg mmg tak suka makan. okla. next check up naik gak HB 10, tu pun atas border. pastu turun, naik, turun, naik. tak menentu. 

preggy ketiga ni minum jus delima hari-hari tiap pagi mmg HB naik je. pastu maintain. nurse pun xmarah kiter pun senang hati. huhu..

kedua..

kiter mmg ada tekanan darah rendah. biler pregnant yg dulu takleh panas dan tempat sesak mesti pitam. time preggy Echa bulan pose nak shopping baju raya kat SOGO, sesak ramai org leh lak pitam kat escalator. awal-awal dah cakap dgn hubby nak jatuh sbb tetiba blank.. hubby dah standby tangan nak pegang belakang badan bini tp si bini ni jatuh ke depan melurut ke bawah.. hehehe..

preggy ketiga ni alhamdulillah check BHP ok. sume di paras normal. takde pening-pening cuma penat tu biasala kan. preggy di umur 30 thn pastu ada dua anak mmg la penat. penat pun still nak kena kemas umah gak, masak.. kira leh la wat keje takde la nak harapkan hubby sgt.

ketiga..

kaki cramp.. serius ni yg tak sanggup nak hadap. preggy dulu mmg tetiap malam asyik kaki kejang. dah wat macam-macam. tinggikan kaki la tp mesti kena.

tp, preggy kali ni jarang cramp. sesekali je kena sbb tido pun agak buas kot..

keempat..

buang air besar.. ha.. yg ni mmg seriau. sbb preggy sblm ni mesti kena sembelit. pastu berdarah-darah luka kat situu.. mmg perit nak duduk, nak membuang air, sampai pening kepala ni sbb tahan sakit.

kali ni lawas je. takde kena sembelit ke apa.. mmg syok time membuang.. haha..

kelima..

berat maintain.. tak naik-naik.. preggy dulu kena minum air gula sbb berat naik mendadak sampai 20 kg. yg kali ni berat naik xsampai 10kg. malu-malu je penimbang tu nak naik.

apa lagi ekk..

kalau ikutkan khasiat utk ibu mengandung ni byk macam otak baby cerdas, kulit baby putih bersih.. tp tu kena tunggu baby kuar dulu. baru leh review.. tp mmg suggest ibu-ibu mengandung minum jus delima ni. tak kisahla brand apa pun. insyalllah. byk membantu. utk yg tak preggy pun bagus jugak amalkan..













Monday, June 10, 2013

Pecah air ketuban.. tandanya..

tgh-tgh jalan tetiba air kuar mencurah-curah kat celah kelangkang ni. air ketuban!! serius panik giler. sbb dua-dua anak sebelum ni kuar tanda darah. ni kuar air ketuban mmg la haru. baru 34 weeks takkan nak bersalin dah kot.

uppss.. belum lagi. belum lagi...

rupanya mimpi. huh! lega..

check suar takde apa-apa..

gosok peyut cakap dgn baby jgnla kuar awal. kuarla dah cukup bulan takpun bagi mama pose 1 ari dulu ke. (due jangka 10 ramadhan)

taktau yg ketiga ni tanda apa pulak sbb dua-dua sebelum ni kembar darah. kalau boleh biarla ada kuar tanda kan senang nak tau.

pengalaman anak pertama

malam raya aidiladha, time tu 39 weeks dah. perut memulas banyak kali pegi toilet sbb ingat nak buang air besar.  tp, takde apa-apa yg kuar. takleh tido sbb sakit perut cam senggugut. dah biasa senggugut teruk jadik taktau rupanya tu yg dipanggil contraction. dua belah kelangkang sakit sengal-sengal. byk kali pegi toilet. esok pagi dah ok (pagi raya), sibuk je kat dapur hidang menu raya utk family makan balik dari sembahyang raya. pastu nak gi kencing gi toilet ada lendir darah. sbb anak first terus kalut pegi hospital check baru 2 cm. kol 4.30 ptg msauk labor room. doc pecahkan air ketuban.  time tu baru sakit sgt. petang kol 6.40 ptg barula Aysha Maisara menjengah dunia. Alhamdulillah. sakit bersalin kejap je.

pengalaman anak kedua

malam tu dah start sengal-sengal bawah perut. dua2 celah kelangkang sengal-sengal time tu 38 weeks. tak pikir langsung yg tu contraction. sbb dah lupa. anak pertama dgn kedua selang 4 tahun. mmgla dah lupa. tp, pagi je dah ok. hilang sume sakit cuma sengal celah kelangkang sama cam yg pertama dulu. gi keje cam biasa. sempat pekena roti bakar dgn telur setengah masak. pastu mula la asyik gi toilet sbb nak buang air besar. tp takde rasa sakit apa. sengal-sengal je. kali ketiga gi toilet tgk ada lendir darah. tp, kali ni rileks je tak panik. slow2 gi kat meja capai hp kol hubby suh amik kat opis. kat opis pun dah kecoh nak mintak driver antarkan kat hospital la.. tp time tu mmg kiter cool je. taktau la nape. sempat lagi kemaskan meja dan bgtau apa keje yg tak setel lagi. kol 2 ptg baru gi check kat klinik dah 4 cm. kol 4 ptg baru gi hospital. tu pun sempat lunch dgn hubby, gi bank kuarkan duit. kol 6.10 ptg masuk labor room, doc pecahkan air ketuban, kol 6.39 ptg Ayna Nafeesa kuar.. alhamdulillah dipermudahkan Allah.

yg ketiga ni?

harapnya dipermudahkan juga. taktau apa lak tanda nak bersalin kali ni. taye misi kalau anak pertama dan kedua kembar darah, ada kemungkinan tak yg ketiga ni pun kembar darah? misi cakap tak semestinya. tiap anak lain-lain. ok. paham. 

arini kaki belah kanan sakit sbb cramp teruk dua malam yg lepas. preggy ketiga ni mmg jarang kena cramp tak macam preggy yg lepas tetiap malam asyik cramp je. jadiknya biler dah kena skali mmg kasi kaw-kaw puye. celah kelangkang belah kiri pun sengal-sengal. 

masih lagi kuat berpuasa arini. harap dapat bertahan sampai berbuka..




Friday, June 7, 2013

cuti sekolah dah abis.. homework kakak echa jgn lupa!

Jumaat sudah.....

cuti sekolah nak abis. tak bestnya. sbb apa?

jalan sure jem la. kalau 2 minggu ni leh kuar plg lewat pun kol 7.45 pagi sampai opis mesti sblm kol 8.30 pagi. pasni kena kuar cam biasa la kol 7.15. tak bestnya...

satu lagi sbb anak mama kena la sekolah. paham perasaan itu kalau nak kena gi skolah sbb dedulu pun mamanya rasa tak best je biler skolah dah start. huhu.. tp depan anak mesti bersemangat ye tak? kasi semangat kat dia utk gi skolah.

last day skolah sblm cuti dah cek homework dia. ni baru pas print gambar-gambar echa utk tampal kat buku skolah. kena amik gambar pastu print dan tampal dah jadik keje umah mak bapak jugak. ishhh...ishhhh... ishhh...


ni gambar utk adab jaga kebersihan diri
kena la papa amik gambar tgh basuh tangan

ni mmg betul2 puye sbb mmg nak makan tau bkn berlakon pura-pura cobaan..

pakai tudung lagi dalam umah.. huhu..


ni gambar utk adab di meja makan
baca doa makan


pastu gambar tgh study dgn ibubapa

time ni mmg tgh ajar kakak echa iqra
cuma duduk sopan jela..



ni gambar tgh memeluk ibu atau bapa
gambar camni byk je pun sebenarnya.. sbb kakak echa mmg suka peluk mama papa kan.. heheh 

ada lagi gambar kena tampal
tp nak kena godek-godek lu gambar kat hp ni



adik ayna ni tgk papa dia sibuk je amik gambar si kakak dia pun nak posing skali




Thursday, June 6, 2013

kursus..



Selamat pagi... Arini ada kursus kat Perpustakaan Negara. Nk rehatkn minda je arini. Ecehh.. Tu dia stok makanan penghilang ngantuk. Mlm td tido xlena. Tido serba xkena. Jap ngiring, terlentang; ngadap kanan... Kiri.  pagi ni mmg segar je.. Cer tnggu petang.. Huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, June 5, 2013

34 weeks check up.. perut dah ke bawah

Pagi tadi ke klinik lagi utk check up 34 weeks. cepatnya dah 34 weeks kan.. lagi 5 weeks. bajet awal mana la tau baby ni dah tak sabar nak kuar sebelum pose. arini ada personal assistant (PA) kat klinik. slalu time mama check up dia gi school. ni time cuti sekolah leh la dia ikut. bagi la dia tgk betapa susah payahnya mama ni nak membawak baby dalam perut, pastu nak gi toilet cek air kencing, jumpa misi timbang berat, cek tekanan darah, pegi jumpa misi lagi nak cucuk tangan amik darah cek HGB, pastu jalan skit gi makmal kat klinik sebelah. pegi balik kat klinik tu tunggu jumpa misi cek perut. bagi kakak Echa dgr bunyi jantung baby. cuma time jumpa doktor utk scan je kakak Echa dah pegi kat papa dia sbb kelaparan. hehe.. apa puye PA daa..


 kakak Echa yg tak mandi dan gosok gigi
sibuk nak ikut mama cek baby

Check up 34 weeks berat turun 1kg. rasa dah melantak byk sgt makan tp camne leh turun ni. takkan baru pose 2 ari dah turun berat.  ada yang taye nape dah sarat baru nak mengganti pose. abis tu dah kes accident, termengandung.. mmg tak dapat la nak ganti awal-awal.. pasrah..

yg lain ok. jumpa doktor kena tunggu lama skit sbb doktor ada sorg je. yg sorg lagi tu baru bersalin semalam. dah doktor tu sorg pulak tu ramai giler patient nak cek mmg baran je la dia. membebel je. takut kiter nak taye byk-byk.  tp, dia cool je biler cek kiter. scan baby pun lama tak macam scan yg lepas. ala kadar je. tgk kepala baby kat bawah, uri kat atas. dia taye dah tau jantina lom? macam tau2 je kiter nak suh dia tgk lagi. tp dah tgk dia angin tak elok tak berani la kan. dia dah offer tu mmg lelaju jawab nak tau lagi sbb ni scan yg last. jantina pun masih nampak sama macam scan yg lepas. alhamdulillah..

anggaran berat baby 2.2 kg.

kol 11 pagi baru setel. tak penah lama camni. biasa kol 10 pagi dah setel. rasa hati ni cam taknak masuk opis je. tapi, rugi lak sbb boss besar takde. baik masuk.. huahuahua..

*beg mama and baby dah ready. dah masuk sesiap kat kete. tapi still xcomplete lagi.
*nama baby taktau lagi. baru la nak menelaah buku nama Islam. nama yg spare dedulu ada yg kawan dah amik. xsyok lak kalau nama sama. ecehh..








Family Day Melaka.. makan-makan..

Hari kedua kat sini, awal pagi dah bangun sbb kesejukan. aircond ni biler siang puyela mcm tak on je. biler malam rasa nak off lak aircond tu. tido bertiga sbb kakak Echa nak tido dgn makcik pakcik baya dia. mmg sombong dgn mama papa dia ni. xpela sayang.. mama papa bagi can 3 hari 2 malam ni.

kat sini ada breakfast tp xdela buffet yg berderet-deret. bagitau no bilik, tunjuk baucer makan, duduk dulu.. nanti dorg serve. memula taktau. gi tgk kat meja buffet tgk apa yg ada. rupanya tu utk group yg wat family day kat situ. huhu...

menu nasi lemak dan kuih sejenis. okla tu. kalau lapar leh makan kat bilik ada macam-macam makanan makcik-makcik bawak. 


makan je apa yg ada



makcik dan pakcik di Muar

pastu Ayna dah sibuk ajak mandi kolam
tukar baju dulu yer nak..

pastu bawak gi main kat pantai
dah ada mainan korek2 syok gak wat istana pasir kan

uihhh... mmg panas berbahang





geng2 laki main bola sepak pantai
hubby bawak bola sepak dari umah
tau nak main dgn kazen2 dia



laut luas membiru



ayna dgn papa
kena gilir2 layan budak ni mandi
bg mama rileks 
 
malam lak plan nak berbbq tak jadik
makan kat luar je reramai
kat situ mmg byk restoran seafood
pilih je yg mana


tgk ayna tu elok je bertenggek kat perut mama dia kan.. 


makan kat restoran ni
mmg sedap

meja panjang utk family kami yg dalam 30 orang








 pas makan terus balik bilik sbb memasing nak kejar tgk bola.. huhu..

agak2 bosan je korg baca dan tgk gambar-gambar ni kan
sbb aktiviti biasa-biasa je
lainla kalau ada sukaneka ke kan

tp, bagi we oll dah cukup enjoy dah