♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, May 30, 2013

Tidak wajar doktor lelaki jadi bidan?

Terbaca isu ni. Ya. Sgt setuju dengan statement itu. 



KEPALA BATAS: Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri (gambar) menyarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya mengasingkan tugasan perbidanan kepada golongan wanita sahaja.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ubat-ubatan Dan Vaksin Yang Tidak Halal: Perbincangan Serta Fatwa Ulama Dalam Penggunaan Dan Pengurusannya' di Konvensyen Perubatan Islam dan isu Fiqh Perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di Perbadanan Produktiviti Negara, di sini pagi tadi.

Kata beliau, sudah sampai masanya kerajaan menetapkan agar wanita yang bersalin disambut oleh doktor wanita sahaja bukan lelaki seperti yang berlaku di sesetengah hospital hari ini.

"Saya sarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya buat perubahan besar dalam kaedah perbidanan agar tidak membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi sebaliknya ianya diuruskan oleh doktor wanita," ujarnya.

Beliau yang sering bersiaran di TV Hijrah turut bertanya kepada peserta konvensyen adakah tuan tidak rasa malu tubuh badan isteri anda dilihat oleh 8 orang doktor dan pembantu doktor dalam bilik bersalin.

Katanya lagi, tidak wajar kemajuan negara yang semakin canggih masalah tersebut tidak boleh diatasi lagi.

Lagipun sekarang ini, ujarnya tidak logik sebuah negara yang sudah lama merdeka tidak boleh mengubah perkara sedemikian kerana ia tidak memerlukan akta.

"Masa kini tidak logik lagi sekiranya masalah sambut bayi tidak boleh diberikan tugasan kepada doktor wanita sepenuhnya sebab doktor wanita dah ramai di bahagian perbidanan," tegasnya.

Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam Hospital Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara dan International Muslim Aid Malaysia (IMAM ) itu dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan negeri, Dr Sabri Osman.

Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri




Memang dah lama sgt nak suarakan isu ni tapi cuma kuarkan rasa tak puas hati pada kawan-kawan, sedara mara dan kawan yg doktor je. 

Ketahuila perasaan orang pompuan ni. maruah orang pompuan yang perlu dijaga. perasaan wanita yang jaga maruah diri tapi bila tiba saat bersalin terus maruah tu direntap begitu saja. lainla kalau boleh request nak doktor wanita je. kalau di hospital swasta kita boleh memilih nak doktor lelaki atau wanita. ataupun di hospital yang bercirikan islamik mmg hanya doktor wanita saja yg menyambut kelahiran bayi. tp, tak sume yg mampu. macam kiter ni mmg bersalin di hospital kerajaan. mmg ada doktor laki yg jadik bidan. kalau tak jadik bidan pun, datang cek jahitan kat tempat tu.

Ada yang cakap suka lagi doktor laki yang bidankan sbb lagi lembut daripada doktor wanita. doktor/bidan wanita yg penah bersalin  tentu dah tau sakitnya bagaimana. tu yg dgr ada yg kena marah sbb asyik mengerang menjerit tahan sakit.

Time lahirkan anak kedua, lama di labour room pas bersalin. tak macam anak pertama, bersalin je terus masuk wad. ni kena tunggu sejam kat situ sbb takut ada pendarahan byk. time tu la ada misi wanita yg dtg, pastu ada doktor lelaki melayu pun dtg cek jahitan, tgk ok ke tak. rahim kecut ke tak. pastu tak puas hati lagi panggil ketua dorg doktor lelaki cina lak datang cek. la.. baru je baper minit bersalin mestila rahim  tak kecut sepenuhnya. time tu nampak hubby kat tepi pintu. muka dia sedih je sbb tgk muka bini ni berkerut-kerut kena seluk bawah, kena tekan-tekan perut ni sbb nak kuarkan darah beku. time tu rasa macam mesin je. macam kete yg tgh nak repair. :(

Masa anak pertama dan kedua, mmg dua2 baby disambut oleh bidan wanita sampai la ke jahit luka kat tmpt tu. tp, biler bab-bab cek jahitan ke mestila kena seluk skali lagi nak cek jahitan tu ok atau tak mesti doktor laki yg datang cek. Bayangkan la time tu dah mandi, dah lawa-lawa, nak manja2 dgn baby, time tu la doktor laki ni datang nak cek bawah tu.  

puan, boleh saya cek jahitan? 

mmg la ada misi wanita yg temankan. tapi, malu tau tak!

time tu dah hilang sakit sume, pastu nak seluk-seluk lagi. dalam hati ni kan menjerit-jerit je. rasa nak terajang je muka doktor tu. dah la tu siap landing baik puye dagu berjanggut kat peha kiter ni. nak tengok dalam-dalam. syok la ko kan dapat tgk pompuan lain puye tutt.. dah la dapat tgk bini sendiri puye. dapat tgk pompuan lain puye. mmg la ko rasa cam dah lali tgk tapi bg kami ni mmg rasa malu sangat. rasa aib giler. rasa rendah maruah ni.

mungkin kalau tgh sakit yang amat nak bersalin, kalau doktor laki yg datang nak cek ke, nak bidan ke, time tu mungkin bole terima sbb dah sakit sgt mmg takleh nak pikir apa dah. lagipun suami ada sebelah. ni time kiter dah rasa fresh, suami lak tak sampai lagi pagi2, mmg rasa nak geram.

lagi baper minggu je nak lahirkan baby ketiga ni. insyallah di hospital yg sama. bersalin tak serik tp nak rasai pengalaman di cek doktor laki mmg serik. moga segalanya dipermudahkan Allah dan baby pun selamat lahir sihat sempurna.






13 comments:

mama_saly said...

tidak wajar doktor llaki jd bidan...100% sy stuju..mmg sokong.
bg yg prnah mersai psti perit nk lalui lg..mcm sy pun prnah ank ptama semuany diurus oleh dktor llaki..malu.masih t'ingat2 lg.tp syukur yg kedua semuanya doc n bidan pmpuan..hrp2 yg ktiga ni dktor pompuan yg urus..:)

Fiza Rahman said...

Betul tu. Saya pon setuju. Tapi tu lah, ada lagi yg prefer dr lelaki dari dr pompuan. Mcm saya alhamdulillah...memang semua dr pompuan yg sambut.

Lily@MamaZaraZareef said...

sbb serik dgn pengalaman pertamalah, time pregnant kedua sy dah siap2 req kt hubby simpan duit utk sy bersalin kt swasta. alhamdulilah, lebih selesa sbb dokter pakar pempuan. time pas bersalin pn xde dah seluk cek jahitan. dia just tgk je maybe sbb dia sndiri yg jahit kn so dia tahu ok kot..wuwu. wktu zara dulu dahla kena induce. slamat kena seluk ngan mcm2 dokter sbb nk msk kan ubat n cek bukaan..:-(

tenku butang said...

haii.. salam kenal..

follower no. 352
done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

kakngah said...

kalau mereka yg berkemampuan tu, blh gak la beralih arah ke hospital berbayar. cam kite yg marhaen ni.. takde pilihan. alhamdulillah.. bersalin haritu kt hospital sg buloh disambut oleh dktr wanita.

Nafira usof said...

huhuhuhu.. memang x wajar kan~
tapi kan~ bab kata doc lelaki lagi lembut tuh cam betol jer..

masa nak lahir kan anis dulu.. zura kena paksa bersalin awal, kena masukkan ubat kat tut dan bukak jalan guna tangan.. masa tuh doc pompuan yg buat.. huhuhu.. sakitnye x tahu nak cakap.. zura jerit satu wad boleh dengar.. huhuhu.. tapi masa bersalinkan delisha, pon kena masukkan ubat jugak.. doc lelaki yg buat untuk masuk ubat n bukak jalan.. tapi x de lah rasa sakit cam nak mati.. still boleh tahan lah sakitnye.. huhuhu.

Mooniqueen said...

Betul tu.. MQ kalau mampu nak bayar2 mahal kat private tak g hosp gov.. tapi apa nak buat dari duit dihabiskan ke private tu, kita serah diri je la tak kira laki or pmpn.. MQ dulu salah sorang yang merasa dibidankan dan dijahitkan oleh doctor lelaki.. Malu tu toksah cakap la.. tapi boleh ke memilih di gov? Dah la anak 1st time tu rasa serik nak beranak kt gov pun ade ni.. Hope no.2 ni dapat doc pempuan pulak ;)

Kakzakie said...

Sebaiknya dan sewajarkan melahirkan dgn doktor perempuan itu lebih baik. Nenek-nenek kita dulu bersalin dgn bidan semuanya perempuan...

Sekarang pula dah ramai specialist perbidanan adalah lelaki - macam mana tu?

Anonymous said...

Lawati https://www.facebook.com/pages/Dilema-Muslimah-Bersalin/231197947058431

Syakibarsalan said...

Lawati laman https://www.facebook.com/pages/Dilema-Muslimah-Bersalin/231197947058431

Cik Limau Nipis said...

saya taknak, anak pertama nga n doktor lelaki tapi trauma nya nak dekat setahun sampai sekarang... saya tak sanggup biarkan lelaki lain seluk2 bawah tu benci bencii... TRAUMA saya Allah sahaja yang tahu kak.. ;((((

Cik Limau Nipis said...

moonique i tak leh i terasa trauma lagi serik doktor lelaki no 2 ni saya nak doa biar suami saya yang sambut..

Anonymous said...

bukan hal sakit puan je doktor lelaki, check breasts pun doktor lelaki yang jadi pakar breasts

http://atieaizam.blogspot.com/2013/03/rawatan-susulan-klinik-breast.html