♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, May 29, 2013

Interview..

Setel neves yg wat malam tido xlena. interview puye pasal. Isnin aritu kiter ada interview utk jawatan penolong pegawai tadbir Gred N27. dahla dapat surat pun lambat tup-tup interview lagi seminggu. pulak tu mmg dah plan aritu nak cuti sbb nak jaga anak. MIL ke Perlis antar SIL ke matriks perlis. Hubby pulak bawak parents dia ke Perlis. Kakak Echa mestila nak ikut papa dia. very the anak papa. Kiter mmg tak ikut sbb rasanya nak jalan jauh dah tak larat. 

Risau sbb ayna xde saper nak jaga. nak antar kat mak risau gak sbb ayna tak biasa kena tinggal kat umah wan dia. pastu risau sbb nak kena drive sendiri gi tmpt temuduga. dah lama tak drive area KL ni. mmg serabut kepala otak ni. kiter interview kat SPA Jalan Cenderasari.

Tibala ari yg taknak ditunggu-tunggu tu. tido umah mak je sbb senang pagi takyah nak antar Ayna. umah mak dgn umah we oll dkt je dalam 10 minit. Interview kol 8 pagi. kol 6.30 pagi dah kuar umah. puyela semangat nak drive sbb taknak jem. pastu nak senang parking. hehe.

Jalan time tu clear mungkin sbb cuti sekolah. nak ke tempat interview pun mudah. parking pun tgh banyak. alhamdulillah. selamat sampai sana. jam pun baru kol 7.15 pagi.  nak kena jalan jauh skit. pakai sandal dulu dah sampai gate SPA baru tukar kasut tutup. keje kerajaan mana boleh pakai kasut nampak jari kaki. baru jalan skit dah koyak depan kasut tu. huhu.. yela kaki dah mengembang kan.. bengkak.. jalan slow-slow. naik tangga terus terkopak tapak kasut. dua2 belah lak tu. tp leh cabut. jalan slow2. apala nasibku..

tunggu untuk pendaftaran. kalau kol 8 pagi leh la daftar dulu. so.. kalau yg kol 9 ke 10 pagi kena tunggu yg kol 8 setel baru leh daftar.

Dah dapat no bilik interview dan calon no. 3. okla tu kalau jadik orang pertama lagi neves.

Kol 8.30 pagi dah start-start lagi sbb panel pun lom masuk bilik.

Okla nak terus citer pengalaman kiter la.

Dapat penemuduga laki yg ensem dan happy dan pompuan yg serius tp nice. (amboi puji macamla dorg baca ni.. hihi..

Memula masuk ketuk pintu dulu..

pastu salam kat pegawai pompuan tu. yg kat pegawai laki tu senyum tunduk je.

mintak izin la nak duduk. time ni kepit kasut betul2. tutup kaki rapat2 kang nampak lak lubang kat tepi.. hihi

soalan pertama.. jeng-jeng...

describe yourself..

ok. dia dah taye in English kenala jawab in English gak. hentam je la labu. janji confident kan. sampai tak tahu nak merapu apa dah. terus cakap that's all. 

soalan kedua.. sbb keje gomen mmg pasal keje jela ditanya.

explain your job scope at your department..

memula jawab english pastu dah jadik rojak carca marba dah. hehe.. cakap la yg kiter wat latihan 5 tahun pastu baru setahun wat servis. hah.. dah tau kiter wat servis tu mmg sedang elok la untuk pegawai pompuan tu menaye.

soalan ketiga..

awak kata wat servis. baper RS awak kena jaga?

RS? alamak.. conpius jap. maksud puan RS tu rekod servis ke?

dia jawab balik, yela. awak kata awak wat servis mesti awak tau RS tu apa.

maaf puan, di jabatan saya tak sebut RS. tp sy penah dengar tu kat taklimat mana-mana. Sy handle servis untuk 67 orang untuk gred 27 ke JUSA. jabatan saya tak ramai staff.

soalan keempat..

untuk rekod buku servis, apa yg perlu ada?

untuk rekod buku servis berkaitan perlantikan tetap, pengesahan jawatan perlu ada kew.8. 

soalan kelima..

awak penah buat bajet tak?

saya tak penah terlibat secara langsung sbb bukan cawangan saya yang buat bajet. cawangan kewangan yg terlibat. sy cuma membantu memberi maklumat berkaitan bajet kursus dan bajet utk pemberian bonus. 

soalan keenam..

kalau buat latihan guna bajet apa?

bajet mengurus.. (hehe... yg ni senang je ni..)

soalan ketujuh..

tak guna bajet pembangunan?

segala bajet untuk urusan gaji, kursus mmg guna bajet mengurus. bajet pembangunan untuk urusan pembangunan. (hentam jela)

soalan kelapan..

penah menyelia? sbb nak jadik EO kena tau menyelia.

tidak pernah. 

takkan tak penah. awak takde pegawai bawahan?

sy takde pegawai bawahan. sy cuma menyelia diri sendiri je sbb buat masa ni takde pegawai atas. cuma ada CC dan terus ke Pengarah. apa-apa terus lapor ke Pengarah. jadik, sy cuma mengurus diri sendiri. (bedal je. nak jugak tu ada kena-mengena dgn seliaan)

soalan kesembilan.. soalan cepumas..

saya memang interested dgn warisan. awal dah lama kat jabatan awak. boleh bgtau sy apa yg awak rasa yg perlu dijadikan warisan. yg belum lagi dijadikan warisan tapi awak rasa perlu dijadikan warisan.

terus gugup ok.. blur... taktau nak cakap apa.. tp cakap la gak. tang ni mmg kantoi sbb mmg takde idea langsung. nak pakai sebut je kang benda tu mmg warisan dah. 

tu jela soalannya.. takde pun soalan berkaitan dasar kerajaan ke. ponat je baca. 

alhamdulillah.. lega... setel dah. tak kisahla berjaya atau tidak yg penting pengalaman tu yg berharga. bukan senang kan nak naik pangkat ni. puyela beribu yg dipanggil.

korg yg nak interview tu good luck yer. jawab je dgn confident kalau salah pun xpe sebenarnya. panel nak tgk kematangan kiter bercakap dan berfikir.
 
:)


4 comments:

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

huhu mmg suratnya dapat lambat kot... kawan saya pon dapat surat last minit gak..huhuhu

mama_saly said...

alhamdulillah..tahniah..dh slmt di interview
smoga bjaya ya ..:)

Riedaffya ibrahim said...

gud luck ye ayu...InsyaAllah kalo da rezeki x kemana kan..

adianiez AIDA said...

semoga berjaya ye...