♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, May 15, 2013

4D scan

Aritu gi wat 4D scan baby dalam perut ni. dah lama tiga minggu lepas. tp taktau nak citer ke tak. tapi hati ni nak sgt share kat FB. tp, xjadik. share kat sini jela. untuk tatapan diri sendiri dan utk share dgn kawan-kawan kat sini. ni yg first time scan baby. 7 bulan baru scan. kira lambat la gak kan. kang baby dah besar tak dapat tgk baby sbb dah penuh.

Macam kakak2 dia preggy 4 bulan dah scan. tetiap bulan scan di GMC. tapi kali ni nak try tempat lain. yg kat GMC tak dapat pegi sbb hubby ada keje lak. nak set appointment lain sume penuh. kang lagi seminggu lagi nak scan kat klinik kerajaan lak. kalau kat klinik kerajaan hubby takleh masuk. tu yg gi klinik swasta gak. sbb utama skali nak scan nak tau condition baby sbb kali ni preggy perut kecik comel je. xbesar mengembang cam preggy dulu yg mengembang comel gebus je...

Survei puye survei jumpala website 3D 4D scan ni. terus gi set appointment dgn Jazzlyn di Klinik Fauziah dan Rakan-Rakan, Ampang. senang sgt takyah kol ke apa. sume online je. dapat notification pun kat emel.  ada 3 tempat. Ampang, Seri Kembangan dan Shah Alam. leh tgk kat website dia.

Set appointment kol 3 petang, mmg on time we oll ke sana. on the way tu cakap dgn hubby, betul ke nak scan ni bang? berdebarnya la rasa. tak henti-henti baca itu ini sbb neves lebih. hubby lak cool je. biasala laki kan mana nak tunjuk sgt. dalam hati cuma niat nak tgk baby camne sbb ramai yg cakap perut kiter ni kecik je. manala hati tak risau kan.

sampai sana tgk ada dalam 3 orang yg preggy. tu mesti nak wat scan gak. bagitau kat petugas kaunter tu nak wat 4D scan je sbb Jazzlyn ni bukan doktor dia pakar sonographer. kalau nak jumpa doktor bilik lain.

dkt sejam gak tunggu. sambil tu hubby layan main games puzzle dia. kiter ni lak baca zikir itu ini. baca surah alfatihah.. mmg berdebar sgt. seram sejuk rasa. baby kat perut pulak asyik mengeras je. rasa nak terkucil pun ada tapi ku tahan jua..

pujuk baby cakap adik.. adik jangan tido tau.. mama dan papa nak tgk adik ni..


muka risau, berdebar, selebet, tak bermaya.. hihihi
pregnant kali ni mmg malas nak cantik-cantik.. mekap pun malas 


kol 4 ptg baru la turn kami. berdebar sgt-sgt dah.

masuk je Jazzlyn terus suruh baring. kiter cakap la yg ni first time scan. dia taye ni baby ke bape. kiter cakap yg ni yg ketiga. takut nak scan sbb dah ada dua girl. dia senyum je. takpe..takpe.. kiter scan kepala baby dulu.

dia pegang dulu perut kiter nak check kedudukan baby. sbb baby stay kat belah kiri. kenala mengiring ke kiri. time tu baby ni tutup muka dgn tangan dia. terus Jazzlyn pujuk baby suh alihkan tangan. alololo. sweet je. terharu tgk. still xnak gak tunjuk muka full dia. meh mama papa lak yg pujuk baby.

sayang mama.. mama papa nak tgk sayang ni. tunjukla muka.. (ehehe.. malu la pulak. biasa cakap dgn baby time sorg2 je takpun dgn papa dan anak-anak. ni dpn org lain nak cakap mmg arr segan)

xlama pastu slowly turunkan tangan kat muka dia. mungkin xselesa sbb tali pusat asyik main-main kat hidung dia. sian anak mama ni..

ukur lilit kepala, pastu cek ukuran pinggang. alhamdulillah sume ok.

Sy risau sbb perut sy kali ni kecik. Tu yg dtg scan tu. kiter cakap dgn Jazzlyn. Dia explain kalau perut kecik xsemestinya baby kecik. Kalau perut besar tu pasal air ketuban banyak tak semestinya baby besar. Nanti kiter  cek air ketuban.

Ok.. air ketuban cukup utk baby. uri pun ok.

Ok.. kiter tgk kaki pulak. Ni peha baby. Ni kaki dia. (terharunya tengok)

Pastu terus ngadap dinding xnak tgk skrin sbb mesti nak tgk gender baby.

Aaa.. Dah nampak pun. Cuba mama tengok tu. Nampak apa?

Aduhhh… saya tak reti tgk la (tgk sebelah mata je)

Ha.. ni dia puye.. 

Tgk skrin skit je sebelah mata. Nampak hitam je kat tempat Jazzlyn tunjuk.

Tgk hubby kat sebelah dah senyum-senyum.

Ha.. ni dia puye bebird. Nampak x?

Tetiba jadik confius. Bebird tu laki ke pompuan? sengal lak tetiba.

Kali ni boy. dah mama jgn takut aaa..

Ya Allah.. betul ke ni? Terus mata ni tgk skrin. Bukak mata ni besar-besar. Nampak jelas laki puye tuuttt..

Jazzlyn cakap confirm.. 100% boy.

Ya Allah.. syukur.. syukur..  alhamdulillah.. cakap slow je sbb Jazzlyn ni Chinese. Kalau Islam mmg dah kuat kot suara aku. Rasa cam nak peluk hubby time tu.. tgk hubby dah senyum. Nak nangis la tu..

Yg kiter ni mmg dah mengalir air mata. Mmg tak sangka. Allah makbulkan doa kami. Alhamdulillah…

Pastu Jazzlyn cek anggaran berat baby. Time tu ngam-ngam 28week. Anggaran berat baby 1.2kg. 

Tgk tu risau perut kecik tapi baby besar lebih 1 minggu. So, jgn risau.

Kiter tgk lagi gender baby bagi mama dia puas hati. Kali ni mmg nak tgk betul-betul. Bukak mata besar-besar. Ni dia puye bird. Dia tgh pegang dia puye. (ahahahaha.. naughty la dia.. kami sama-sama cakap). memori yg sgt indah time tu. Hubby dah gelak-gelak tgk. Mata dia asyik tgk skrin. Sukala papa kan dapat geng main bola pasni. Jazzlyn tunjuk gender baby sampai 3 kali. Mmg nampak boy. Dia kata mama dia dah boleh beli baju blue kaler dah pasni.

Rasanya dkt 20 minit dalam tu. Mmg puas hati sgt sbb dapat tgk baby kat perut ni. Mmg ikut time dalam 20 -30 minit je. Kalau baby bagi kerjasama, nampak muka, nampak gender, 20 minit dah setel. Sbb kalau tak nampak muka, takde bayaran dikenakan. Kuar je pintu rasa cam nak lompat bintang. Rasa cam nak jerit syukur. Tp still control maintain je. Tunggu jap utk bayar dan amik gambar scan baby dan CD. Sume skali RM120 tp mmg berbaloi sbb lama, pastu Jazzlyn ni sgt ramah dan memahami, dapat gambar 4D scan dan CD yg penuh dgn gambar dan ada 2 video baby. asyik tgk ni kat opis.

Dalam kete baru peluk hubby sambil nangis hepi.

Alhamdulillah.. selain nak tau condition baby dalam perut ni, Allah makbulkan permintaan kami untuk mendapat anak lelaki. tu kira bonus buat kami. Hero kedua yg akan menjadik pujaan hati ku.  Insyaallah.. moga apa yang ditunjukkan aritu, betul-betul begitu jugak. Amin…
 
Minggu lepas scan kat klinik kerajaan pun doktor kata boy gak. siap tunjuk-tunjuk lagi dia puye tutt..

  

 

ni muka anak mama dalam perut ni
macam muka mama je.. comel. ensem. ahaks... lom kuar lagi.. tu doa kan.



ni kaki dia yg kuat sgt menendang



nampak x apa tu?
taktau la sbb xpandai sgt nak tgk

syukur.. alhamdulillah..

:)



21 comments:

Kesuma Angsana said...

moga terus dipermudahkan yer

Nafira usof said...

Tahniah Ayu~
dapat boy plak kali nih~

tapi x reti lah nak tengok pic yang last tuh.. hehehe

nita said...

Alhamdulillah...
tumpang gembira sama.

adianiez AIDA said...

alhamdullillah baby dlm perut sihat...
tak sabar kan?

iietamalek said...

alhamdulillah...

bestnyer dapat tengok baby guna 3D&4D ni.

Mama Miraki said...

kita nak tolong bagi nama boleh....yeaahhhh Amir ada geng main bola ni...

Lily@MamaZaraZareef said...

Alhamdulillah..doa dimakbulkan nak dpt bby boy..mesti papa die eksited kan..=)..saya time peknen zareef dulu 1st time wat scan 4d ni..mmg trharu sgt tgk..dptlah video die tgh menguap besar2..hehehehee

Riedaffya ibrahim said...

wah...syoknye ye bakal dapat baby boy..tahniah ayu

~aYu~ said...

@adianiez AIDA alhamdulillah. berdebar je ni.

~aYu~ said...

@Kesuma Angsana terima kasih kak..

~aYu~ said...

@Nafira usof insyallah. harap betul la boy.. amin :)

~aYu~ said...

@nita alhamdulillah. tq.

~aYu~ said...

@iietamalek seronok. rasa terharu sgt tgk baby gerak-gerak..

~aYu~ said...

@Mama Miraki tolong bg nama. mmg blur taktau nak bagi nama apa ni.

~aYu~ said...

@Lily@MamaZaraZareef mmg papa dia suka sgt sbb teringin nak ada geng main bola. insyallah.

~aYu~ said...

@Riedaffya ibrahim tq dear...

Anonymous said...

ayuni, aku pun tumpang nangis terharu baca n3 ko ni.. syukur kan Allah makbulkan doa kita..

congr8 dear! (^_^) tumpang happy dpt boy..alhamdulillah..

-anisa

Zura@Iwan said...

alhamdulillah..kali ni boy..seronok kan..

semoga semuanya slmt yer..

Sweetmama said...

Alhamdulillah, happy for u..:)

LiYa HaNiF :: said...

alhamdulillah.... kita lak yg over excited baca entry nie... agak2 adeq qalesya nnti boy ke gurl yer heheh... :)

bayi ibu said...

terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.