♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, May 30, 2013

Tidak wajar doktor lelaki jadi bidan?

Terbaca isu ni. Ya. Sgt setuju dengan statement itu. 



KEPALA BATAS: Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri (gambar) menyarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya mengasingkan tugasan perbidanan kepada golongan wanita sahaja.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ubat-ubatan Dan Vaksin Yang Tidak Halal: Perbincangan Serta Fatwa Ulama Dalam Penggunaan Dan Pengurusannya' di Konvensyen Perubatan Islam dan isu Fiqh Perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di Perbadanan Produktiviti Negara, di sini pagi tadi.

Kata beliau, sudah sampai masanya kerajaan menetapkan agar wanita yang bersalin disambut oleh doktor wanita sahaja bukan lelaki seperti yang berlaku di sesetengah hospital hari ini.

"Saya sarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya buat perubahan besar dalam kaedah perbidanan agar tidak membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi sebaliknya ianya diuruskan oleh doktor wanita," ujarnya.

Beliau yang sering bersiaran di TV Hijrah turut bertanya kepada peserta konvensyen adakah tuan tidak rasa malu tubuh badan isteri anda dilihat oleh 8 orang doktor dan pembantu doktor dalam bilik bersalin.

Katanya lagi, tidak wajar kemajuan negara yang semakin canggih masalah tersebut tidak boleh diatasi lagi.

Lagipun sekarang ini, ujarnya tidak logik sebuah negara yang sudah lama merdeka tidak boleh mengubah perkara sedemikian kerana ia tidak memerlukan akta.

"Masa kini tidak logik lagi sekiranya masalah sambut bayi tidak boleh diberikan tugasan kepada doktor wanita sepenuhnya sebab doktor wanita dah ramai di bahagian perbidanan," tegasnya.

Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam Hospital Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara dan International Muslim Aid Malaysia (IMAM ) itu dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan negeri, Dr Sabri Osman.

Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri




Memang dah lama sgt nak suarakan isu ni tapi cuma kuarkan rasa tak puas hati pada kawan-kawan, sedara mara dan kawan yg doktor je. 

Ketahuila perasaan orang pompuan ni. maruah orang pompuan yang perlu dijaga. perasaan wanita yang jaga maruah diri tapi bila tiba saat bersalin terus maruah tu direntap begitu saja. lainla kalau boleh request nak doktor wanita je. kalau di hospital swasta kita boleh memilih nak doktor lelaki atau wanita. ataupun di hospital yang bercirikan islamik mmg hanya doktor wanita saja yg menyambut kelahiran bayi. tp, tak sume yg mampu. macam kiter ni mmg bersalin di hospital kerajaan. mmg ada doktor laki yg jadik bidan. kalau tak jadik bidan pun, datang cek jahitan kat tempat tu.

Ada yang cakap suka lagi doktor laki yang bidankan sbb lagi lembut daripada doktor wanita. doktor/bidan wanita yg penah bersalin  tentu dah tau sakitnya bagaimana. tu yg dgr ada yg kena marah sbb asyik mengerang menjerit tahan sakit.

Time lahirkan anak kedua, lama di labour room pas bersalin. tak macam anak pertama, bersalin je terus masuk wad. ni kena tunggu sejam kat situ sbb takut ada pendarahan byk. time tu la ada misi wanita yg dtg, pastu ada doktor lelaki melayu pun dtg cek jahitan, tgk ok ke tak. rahim kecut ke tak. pastu tak puas hati lagi panggil ketua dorg doktor lelaki cina lak datang cek. la.. baru je baper minit bersalin mestila rahim  tak kecut sepenuhnya. time tu nampak hubby kat tepi pintu. muka dia sedih je sbb tgk muka bini ni berkerut-kerut kena seluk bawah, kena tekan-tekan perut ni sbb nak kuarkan darah beku. time tu rasa macam mesin je. macam kete yg tgh nak repair. :(

Masa anak pertama dan kedua, mmg dua2 baby disambut oleh bidan wanita sampai la ke jahit luka kat tmpt tu. tp, biler bab-bab cek jahitan ke mestila kena seluk skali lagi nak cek jahitan tu ok atau tak mesti doktor laki yg datang cek. Bayangkan la time tu dah mandi, dah lawa-lawa, nak manja2 dgn baby, time tu la doktor laki ni datang nak cek bawah tu.  

puan, boleh saya cek jahitan? 

mmg la ada misi wanita yg temankan. tapi, malu tau tak!

time tu dah hilang sakit sume, pastu nak seluk-seluk lagi. dalam hati ni kan menjerit-jerit je. rasa nak terajang je muka doktor tu. dah la tu siap landing baik puye dagu berjanggut kat peha kiter ni. nak tengok dalam-dalam. syok la ko kan dapat tgk pompuan lain puye tutt.. dah la dapat tgk bini sendiri puye. dapat tgk pompuan lain puye. mmg la ko rasa cam dah lali tgk tapi bg kami ni mmg rasa malu sangat. rasa aib giler. rasa rendah maruah ni.

mungkin kalau tgh sakit yang amat nak bersalin, kalau doktor laki yg datang nak cek ke, nak bidan ke, time tu mungkin bole terima sbb dah sakit sgt mmg takleh nak pikir apa dah. lagipun suami ada sebelah. ni time kiter dah rasa fresh, suami lak tak sampai lagi pagi2, mmg rasa nak geram.

lagi baper minggu je nak lahirkan baby ketiga ni. insyallah di hospital yg sama. bersalin tak serik tp nak rasai pengalaman di cek doktor laki mmg serik. moga segalanya dipermudahkan Allah dan baby pun selamat lahir sihat sempurna.






Wednesday, May 29, 2013

Interview..

Setel neves yg wat malam tido xlena. interview puye pasal. Isnin aritu kiter ada interview utk jawatan penolong pegawai tadbir Gred N27. dahla dapat surat pun lambat tup-tup interview lagi seminggu. pulak tu mmg dah plan aritu nak cuti sbb nak jaga anak. MIL ke Perlis antar SIL ke matriks perlis. Hubby pulak bawak parents dia ke Perlis. Kakak Echa mestila nak ikut papa dia. very the anak papa. Kiter mmg tak ikut sbb rasanya nak jalan jauh dah tak larat. 

Risau sbb ayna xde saper nak jaga. nak antar kat mak risau gak sbb ayna tak biasa kena tinggal kat umah wan dia. pastu risau sbb nak kena drive sendiri gi tmpt temuduga. dah lama tak drive area KL ni. mmg serabut kepala otak ni. kiter interview kat SPA Jalan Cenderasari.

Tibala ari yg taknak ditunggu-tunggu tu. tido umah mak je sbb senang pagi takyah nak antar Ayna. umah mak dgn umah we oll dkt je dalam 10 minit. Interview kol 8 pagi. kol 6.30 pagi dah kuar umah. puyela semangat nak drive sbb taknak jem. pastu nak senang parking. hehe.

Jalan time tu clear mungkin sbb cuti sekolah. nak ke tempat interview pun mudah. parking pun tgh banyak. alhamdulillah. selamat sampai sana. jam pun baru kol 7.15 pagi.  nak kena jalan jauh skit. pakai sandal dulu dah sampai gate SPA baru tukar kasut tutup. keje kerajaan mana boleh pakai kasut nampak jari kaki. baru jalan skit dah koyak depan kasut tu. huhu.. yela kaki dah mengembang kan.. bengkak.. jalan slow-slow. naik tangga terus terkopak tapak kasut. dua2 belah lak tu. tp leh cabut. jalan slow2. apala nasibku..

tunggu untuk pendaftaran. kalau kol 8 pagi leh la daftar dulu. so.. kalau yg kol 9 ke 10 pagi kena tunggu yg kol 8 setel baru leh daftar.

Dah dapat no bilik interview dan calon no. 3. okla tu kalau jadik orang pertama lagi neves.

Kol 8.30 pagi dah start-start lagi sbb panel pun lom masuk bilik.

Okla nak terus citer pengalaman kiter la.

Dapat penemuduga laki yg ensem dan happy dan pompuan yg serius tp nice. (amboi puji macamla dorg baca ni.. hihi..

Memula masuk ketuk pintu dulu..

pastu salam kat pegawai pompuan tu. yg kat pegawai laki tu senyum tunduk je.

mintak izin la nak duduk. time ni kepit kasut betul2. tutup kaki rapat2 kang nampak lak lubang kat tepi.. hihi

soalan pertama.. jeng-jeng...

describe yourself..

ok. dia dah taye in English kenala jawab in English gak. hentam je la labu. janji confident kan. sampai tak tahu nak merapu apa dah. terus cakap that's all. 

soalan kedua.. sbb keje gomen mmg pasal keje jela ditanya.

explain your job scope at your department..

memula jawab english pastu dah jadik rojak carca marba dah. hehe.. cakap la yg kiter wat latihan 5 tahun pastu baru setahun wat servis. hah.. dah tau kiter wat servis tu mmg sedang elok la untuk pegawai pompuan tu menaye.

soalan ketiga..

awak kata wat servis. baper RS awak kena jaga?

RS? alamak.. conpius jap. maksud puan RS tu rekod servis ke?

dia jawab balik, yela. awak kata awak wat servis mesti awak tau RS tu apa.

maaf puan, di jabatan saya tak sebut RS. tp sy penah dengar tu kat taklimat mana-mana. Sy handle servis untuk 67 orang untuk gred 27 ke JUSA. jabatan saya tak ramai staff.

soalan keempat..

untuk rekod buku servis, apa yg perlu ada?

untuk rekod buku servis berkaitan perlantikan tetap, pengesahan jawatan perlu ada kew.8. 

soalan kelima..

awak penah buat bajet tak?

saya tak penah terlibat secara langsung sbb bukan cawangan saya yang buat bajet. cawangan kewangan yg terlibat. sy cuma membantu memberi maklumat berkaitan bajet kursus dan bajet utk pemberian bonus. 

soalan keenam..

kalau buat latihan guna bajet apa?

bajet mengurus.. (hehe... yg ni senang je ni..)

soalan ketujuh..

tak guna bajet pembangunan?

segala bajet untuk urusan gaji, kursus mmg guna bajet mengurus. bajet pembangunan untuk urusan pembangunan. (hentam jela)

soalan kelapan..

penah menyelia? sbb nak jadik EO kena tau menyelia.

tidak pernah. 

takkan tak penah. awak takde pegawai bawahan?

sy takde pegawai bawahan. sy cuma menyelia diri sendiri je sbb buat masa ni takde pegawai atas. cuma ada CC dan terus ke Pengarah. apa-apa terus lapor ke Pengarah. jadik, sy cuma mengurus diri sendiri. (bedal je. nak jugak tu ada kena-mengena dgn seliaan)

soalan kesembilan.. soalan cepumas..

saya memang interested dgn warisan. awal dah lama kat jabatan awak. boleh bgtau sy apa yg awak rasa yg perlu dijadikan warisan. yg belum lagi dijadikan warisan tapi awak rasa perlu dijadikan warisan.

terus gugup ok.. blur... taktau nak cakap apa.. tp cakap la gak. tang ni mmg kantoi sbb mmg takde idea langsung. nak pakai sebut je kang benda tu mmg warisan dah. 

tu jela soalannya.. takde pun soalan berkaitan dasar kerajaan ke. ponat je baca. 

alhamdulillah.. lega... setel dah. tak kisahla berjaya atau tidak yg penting pengalaman tu yg berharga. bukan senang kan nak naik pangkat ni. puyela beribu yg dipanggil.

korg yg nak interview tu good luck yer. jawab je dgn confident kalau salah pun xpe sebenarnya. panel nak tgk kematangan kiter bercakap dan berfikir.
 
:)


Tuesday, May 28, 2013

Tempah baju raya

Pas beli kain raya harusla gi tempah baju. Utk mamanya mmg sume tempah sini. cuma utk anak-anak je baju utk pagi raya je tempah yg lain mintak nenek dorg buat sbb baju kurung. untung dah biasa tempah baju kat sini. kira dah jadik regular customer. sbb kalau utk org baru dorg tak amik dah. biler nak ukur kat badan mak yong ni xtau nak ukur camne. mana pinggang, mana punggung.. sudahnya main agak2 jela. hehe..




kakak echa dah setel ukur baju
turn adik ayna lak
sbb dah biasa, mmg dia cool jela..

pastinya vogue anak-anak mama di hari raya yg mulia nanti.. chewah..




Setel baju raya.. tema kaler baju raya kami adalah...


lega.. satu benda dah setel. ajak gak hubby gi jalan carik baju raya. gigih sementara larat ni. jumaat cuti wesak day tu awal2 dah ajak hubby gi terjah KL. nak gi SOGO dan jalan TAR. Kakak Echa je ikut. Ayna tak bawak tinggal umah MIL. kalau bawak budak kecik tu mmg takde maknanya nak menyoping. memula gi SOGO. kol 11 dah sampai sana so takde ramai org lagi. terus berdesup gi tingkat department kids. tgk sana-sini tak byk berkenan. alahai.. time mood ada ni xde lak baju yg berkenan. sambar 2/3 helai gak utk kakak echa dan ayna. utk baby, mmg tak byk pilihan kat situ. nanti nak beli kat Manjaku je senang. dah ada beli skit-sikit utk baby tp utk newborn takde lagi. beli pun kat AEON setiawangsa baju yg 3 - 8 mth. kalau pakai time dalam hari mmg besar. nak carik baju baru utk baby dalam 3 pasang camtu. baju kakak-kakak mmg byk tp nak gak la bagi orang baru pakai baju baru. ye tak? huhu..

pastu terus gi NAGOYA takde kain yg berkenan. pastu takde pun staff yg layan. mmg cerewet skit bab-bab kain pasang ni. terus ajak hubby gi JAKEL. kat situ senang sbb ramai staff leh taye. ada gak orang yg rimas kan kalau staff tu asyik ikut je. tp kiter tak kisah. suka je dorg follow sbb leh taye dorg.. dapat gak sambar kain utk wat baju kurung. mama dan anak-anak harusla sedondon kan..


mama dan Echa
penat jalan dgn bawak perut lagi.. bawak plastik bag lagi.. 
tp puas hati sbb setel dah

tema warna kami raya ni? 
hehhehe..

pilihan kain ikut kaler baju melayu yg hubby takde lagi
belek-belek hubby takde warna gold lagi
so pilihla kaler tu
anak-anak lak cam tak best je kalau pakai kaler tu
nampak kusam je kan..
so match kan dgn kaler pink
jadiknya.. tema kaler raya kami tahun ni adalah... gold pink... yeay...


Wednesday, May 22, 2013

32 weeks..baju raya takde lagi..

Pagi tadi check up 32 weeks.wah sudah 8 bulan ku memboyot rupanya. Mmg terasa sgt cepat.. Harapnya baby kuar ikut due date sbb rasa tak puas nak belai perut ni. Nak mencomelkan diri. Jalan cam penguin pun ada, cam itik pulang petang. Hihi..
Tadi check up sume ok. Skrg ni dah start check up selang 2 minggu. Berat je naik 0.5kg. patut kena naik 1kg. abis tu dah makan byk2 tp tak naik-naik gak. Tulisan merah lor. Tak kena cek darah so cepatla settle. 

Risau sbb barang raya tak settle lagi. Baju pun tak tempah-tempah lagi. Camne nak tempah kain pun tak beli lagi. Kalau ikut due 18 july tu dah masuk 8 ramadhan. Bagi la mama can pose sehari dua pun ok yer baby sayang.. time raya tu dah slim kot… ajak hubby gi beli sementara masih larat nak jalan ni tak terbeli-beli...


my latest pic... ececehhh.. 


Thursday, May 16, 2013

Hadiah utk teacher tahun ni

Topik utama hari ini adalah "Selamat Hari Guru".. hehe.. biler hari guru je yg sibuk mesti la parent. nak kena kuar beli hadiah utk cikgu, nak kena pikir nak bawak apa gi school. macam we oll malam tadi, sampai umah je anak dara dah sibuk ajak gi kedai nak beli hadiah utk teacher dia. papa nak layan bola pun xsenang. pegi la mencarik gak. tak jumpa yg berkenan. baru teringat kat umah ada banyak kain ela yg xtempah lagi. bagi teacher kain jela leh teacher wat baju raya. lastnya beli paper bag je taruk kain dalam tu. senang.... settle..

makanan pun belikan kek pisang je. tak jadik nak wat agar-agar milo sbb mamanya dah penat.


pastu wat kad utk teacher
yg depan tu mama tulis
yg wish utk teacher dia belah dalam echa tulis
tp mamanya kena tulis dulu, dia tiru je.. heheh
jadikla kan...

#tiap kali hari guru mesti rasa menyesal napela tak amik cikgu dulu. best woo dapat hadiah banyak-banyak. satu lagi biler gaji naik, mmg terasa la. padahal kecik2 cita2 nak jadik cikgu. abis buku-buku kat umah jadik mangsa sign, tanda right, berbintang-bintang, pastu siap ada ruang "sila jumpa saya!!'. mmg pengaruh cikgu betul time tu. ahahaha.








Wednesday, May 15, 2013

4D scan

Aritu gi wat 4D scan baby dalam perut ni. dah lama tiga minggu lepas. tp taktau nak citer ke tak. tapi hati ni nak sgt share kat FB. tp, xjadik. share kat sini jela. untuk tatapan diri sendiri dan utk share dgn kawan-kawan kat sini. ni yg first time scan baby. 7 bulan baru scan. kira lambat la gak kan. kang baby dah besar tak dapat tgk baby sbb dah penuh.

Macam kakak2 dia preggy 4 bulan dah scan. tetiap bulan scan di GMC. tapi kali ni nak try tempat lain. yg kat GMC tak dapat pegi sbb hubby ada keje lak. nak set appointment lain sume penuh. kang lagi seminggu lagi nak scan kat klinik kerajaan lak. kalau kat klinik kerajaan hubby takleh masuk. tu yg gi klinik swasta gak. sbb utama skali nak scan nak tau condition baby sbb kali ni preggy perut kecik comel je. xbesar mengembang cam preggy dulu yg mengembang comel gebus je...

Survei puye survei jumpala website 3D 4D scan ni. terus gi set appointment dgn Jazzlyn di Klinik Fauziah dan Rakan-Rakan, Ampang. senang sgt takyah kol ke apa. sume online je. dapat notification pun kat emel.  ada 3 tempat. Ampang, Seri Kembangan dan Shah Alam. leh tgk kat website dia.

Set appointment kol 3 petang, mmg on time we oll ke sana. on the way tu cakap dgn hubby, betul ke nak scan ni bang? berdebarnya la rasa. tak henti-henti baca itu ini sbb neves lebih. hubby lak cool je. biasala laki kan mana nak tunjuk sgt. dalam hati cuma niat nak tgk baby camne sbb ramai yg cakap perut kiter ni kecik je. manala hati tak risau kan.

sampai sana tgk ada dalam 3 orang yg preggy. tu mesti nak wat scan gak. bagitau kat petugas kaunter tu nak wat 4D scan je sbb Jazzlyn ni bukan doktor dia pakar sonographer. kalau nak jumpa doktor bilik lain.

dkt sejam gak tunggu. sambil tu hubby layan main games puzzle dia. kiter ni lak baca zikir itu ini. baca surah alfatihah.. mmg berdebar sgt. seram sejuk rasa. baby kat perut pulak asyik mengeras je. rasa nak terkucil pun ada tapi ku tahan jua..

pujuk baby cakap adik.. adik jangan tido tau.. mama dan papa nak tgk adik ni..


muka risau, berdebar, selebet, tak bermaya.. hihihi
pregnant kali ni mmg malas nak cantik-cantik.. mekap pun malas 


kol 4 ptg baru la turn kami. berdebar sgt-sgt dah.

masuk je Jazzlyn terus suruh baring. kiter cakap la yg ni first time scan. dia taye ni baby ke bape. kiter cakap yg ni yg ketiga. takut nak scan sbb dah ada dua girl. dia senyum je. takpe..takpe.. kiter scan kepala baby dulu.

dia pegang dulu perut kiter nak check kedudukan baby. sbb baby stay kat belah kiri. kenala mengiring ke kiri. time tu baby ni tutup muka dgn tangan dia. terus Jazzlyn pujuk baby suh alihkan tangan. alololo. sweet je. terharu tgk. still xnak gak tunjuk muka full dia. meh mama papa lak yg pujuk baby.

sayang mama.. mama papa nak tgk sayang ni. tunjukla muka.. (ehehe.. malu la pulak. biasa cakap dgn baby time sorg2 je takpun dgn papa dan anak-anak. ni dpn org lain nak cakap mmg arr segan)

xlama pastu slowly turunkan tangan kat muka dia. mungkin xselesa sbb tali pusat asyik main-main kat hidung dia. sian anak mama ni..

ukur lilit kepala, pastu cek ukuran pinggang. alhamdulillah sume ok.

Sy risau sbb perut sy kali ni kecik. Tu yg dtg scan tu. kiter cakap dgn Jazzlyn. Dia explain kalau perut kecik xsemestinya baby kecik. Kalau perut besar tu pasal air ketuban banyak tak semestinya baby besar. Nanti kiter  cek air ketuban.

Ok.. air ketuban cukup utk baby. uri pun ok.

Ok.. kiter tgk kaki pulak. Ni peha baby. Ni kaki dia. (terharunya tengok)

Pastu terus ngadap dinding xnak tgk skrin sbb mesti nak tgk gender baby.

Aaa.. Dah nampak pun. Cuba mama tengok tu. Nampak apa?

Aduhhh… saya tak reti tgk la (tgk sebelah mata je)

Ha.. ni dia puye.. 

Tgk skrin skit je sebelah mata. Nampak hitam je kat tempat Jazzlyn tunjuk.

Tgk hubby kat sebelah dah senyum-senyum.

Ha.. ni dia puye bebird. Nampak x?

Tetiba jadik confius. Bebird tu laki ke pompuan? sengal lak tetiba.

Kali ni boy. dah mama jgn takut aaa..

Ya Allah.. betul ke ni? Terus mata ni tgk skrin. Bukak mata ni besar-besar. Nampak jelas laki puye tuuttt..

Jazzlyn cakap confirm.. 100% boy.

Ya Allah.. syukur.. syukur..  alhamdulillah.. cakap slow je sbb Jazzlyn ni Chinese. Kalau Islam mmg dah kuat kot suara aku. Rasa cam nak peluk hubby time tu.. tgk hubby dah senyum. Nak nangis la tu..

Yg kiter ni mmg dah mengalir air mata. Mmg tak sangka. Allah makbulkan doa kami. Alhamdulillah…

Pastu Jazzlyn cek anggaran berat baby. Time tu ngam-ngam 28week. Anggaran berat baby 1.2kg. 

Tgk tu risau perut kecik tapi baby besar lebih 1 minggu. So, jgn risau.

Kiter tgk lagi gender baby bagi mama dia puas hati. Kali ni mmg nak tgk betul-betul. Bukak mata besar-besar. Ni dia puye bird. Dia tgh pegang dia puye. (ahahahaha.. naughty la dia.. kami sama-sama cakap). memori yg sgt indah time tu. Hubby dah gelak-gelak tgk. Mata dia asyik tgk skrin. Sukala papa kan dapat geng main bola pasni. Jazzlyn tunjuk gender baby sampai 3 kali. Mmg nampak boy. Dia kata mama dia dah boleh beli baju blue kaler dah pasni.

Rasanya dkt 20 minit dalam tu. Mmg puas hati sgt sbb dapat tgk baby kat perut ni. Mmg ikut time dalam 20 -30 minit je. Kalau baby bagi kerjasama, nampak muka, nampak gender, 20 minit dah setel. Sbb kalau tak nampak muka, takde bayaran dikenakan. Kuar je pintu rasa cam nak lompat bintang. Rasa cam nak jerit syukur. Tp still control maintain je. Tunggu jap utk bayar dan amik gambar scan baby dan CD. Sume skali RM120 tp mmg berbaloi sbb lama, pastu Jazzlyn ni sgt ramah dan memahami, dapat gambar 4D scan dan CD yg penuh dgn gambar dan ada 2 video baby. asyik tgk ni kat opis.

Dalam kete baru peluk hubby sambil nangis hepi.

Alhamdulillah.. selain nak tau condition baby dalam perut ni, Allah makbulkan permintaan kami untuk mendapat anak lelaki. tu kira bonus buat kami. Hero kedua yg akan menjadik pujaan hati ku.  Insyaallah.. moga apa yang ditunjukkan aritu, betul-betul begitu jugak. Amin…
 
Minggu lepas scan kat klinik kerajaan pun doktor kata boy gak. siap tunjuk-tunjuk lagi dia puye tutt..

  

 

ni muka anak mama dalam perut ni
macam muka mama je.. comel. ensem. ahaks... lom kuar lagi.. tu doa kan.



ni kaki dia yg kuat sgt menendang



nampak x apa tu?
taktau la sbb xpandai sgt nak tgk

syukur.. alhamdulillah..

:)



Tuesday, May 14, 2013

Cantik kan lukisan dorg ni?

Agak-agak penat nak layan anak-anak main mainan, kiter bagi dorg main conteng-conteng lak. ni mmg mama papa malas nak mengemas mainan yg sure bersepah-sepah. senang... nak bagi dok diam bagi dorg main lukis-lukis. biar sepah pun kat satu tempat je. mama papa pun terer bab lukis-lukis ni. nak suh mama lukis apa anak-anak? lukis gambar orang.... senang sgt tu... ok... dah siap... lagi lukis gambar apa anak mama sayang? lukis gambar kampung ada pokok ada laut ada tanah.. alamak.. yg tu papa pandai lukis. papa dapat A kalau lukis-lukis kat school. hehehe...

 


kakak echa yg lukis skit pastu tak puas hati je
asyik2 amik kertas lukisan baru
biler papa dia lukis dia tiru
biler mama dia lukis dia xtiru sbb mama dia mmg pandai la sgt melukis.. ahaha..

adik ayna gak yg tak kisah
lantak la kan... ada seni tu... ada bulat ada condong... 
tak cukup atas paper, tangan, pipi, dagu, baju pun ada kaler jugak..
lukisan abstrak tu adik.. 
mama nak jual la..

;p

mama nak simpan sume hasil keje anak-anak mama
dah besar sure anak-anak mama tersenyum biler tgk lukisan ni kan..

 

teman pengganti

Sedihnya member baik kat opis nak tinggalkan kiter... Dua org serentak lak tu. Dorg mintak tukar ke Putrajaya. Yg kiter ni mmg dari Putrajaya dulu stay la sini selagi boleh bertahan lagi jabatan kat KL ni. taktau la camne sekali kena pindah Putrajaya ke cyberjaya lak kan.. time masuk jabatan sekarang ni dgn dorg ni la. tiap pertemuan mesti ada perpisahan.. sob..sob.. sob...



will be miss uolls
moga korg berjaya di tempat baru 
dah kurg kawan nak borak hoo haaa hoo haa..





Monday, May 13, 2013

Hari ibu semalam

Takde celebrate pun hari ibu. cuma wish je. echa pun wish kat mama dia ni. sibuk sgt dgn tournament bowling KRT tempat kami. hubby ketua program bowling ni. biler laki sibuk bini pun sibuk gak. nak tolong itu ini. suka je aktiviti-aktiviti camni. ramai yg join tu yg meriah sgt. gambar pun xbyk sbb guna kamera hp. leh lak lupa nak cas kamera. ada blur, ada yg ok. bawak si kecik yg meragam taknak kat orang, mmg stay je la satu tempat. semalam jadik urusetia dan penyokong hubby..


pakai baju purple sbb baju KRT warna purple
nak jugak sama.. hehehe




Rezeki baby..

kata orang.. mmg rezeki baby dalam perut ni. camni... skrg ni kat opis ramai geng-geng yang dapat interview SPA. yg kiter ni mmg tak check emel pun sbb tak sempat renew pun. ada daftar untuk mohon baru tapi tak hantar sbb tang kat pendidikan SPM lupa result pulak. so, kiter save je mmg tak hantar pun. bila memasing dapat interview terusla rasa rugi. napela aku tak hantar je aritu. haishhh.. mmg rasa rugi betul. xdela nak check kat SPA pun. bila org taye, aku cakap je tak kemaskini borang SPA pun. xde rezeki tahun ni. tahun dpn harap dapatla. lagipun dgn perut memboyot camni tak syok lak nak gi interview. ayat sedapkan hati.. 

sabtu lepas tgh basuh baju baby, hubby masuk umah terus cakap ada surat temuduga SPA. aikk.. betul ke ni? ingat dia gurau je. alih tgk mmg betul. kiter pun dapat interview tu jugak la... lagi 2 minggu pulak tu. alamak.. mmg tak ready apa-apa pun walaupun still ada masa nak study. sbb terkejut leh dapat interview tu gak. yela kan.. orang yg interview bulan 6 pun dah dapat surat panggilan. 

ari interview tu mmg dah apply cuti sbb nak jaga anak-anak. takde org jaga sbb MIL dan hubby gi perlis nak antar SIL yg dapat matriks perlis. mmg tak ikut sbb dah sarat ni rasa cam tak larat je nak jalan jauh-jauh. tp, dah dapat interview ni nak kena mintak tolong mak sendiri jaga anak-anak la..

itula namanya rezeki baby kan..

alhamdulillah..

rupanya cek kat SPA tempoh sah pendaftaran SPA 5 tahun. selama ni dok ingat setahun je.

Friday, May 10, 2013

check up 30 weeks

Rabu lepas gi klinik check up 30 weeks. puyela ramai orang aritu. selalunya dapat no giliran mesti bawah 10. ni datang dapat no 19. lama la kena tunggu turn. cek air kencing normal. Berat naik sikit 1kg je. patutnya tiap bulan kena naik 2kg. tp kali ni misi tak bising pulak. HB 11.4. kira atas dari border skit. kalau tak time preggy mesti HB low. jumpa misi macam biasa. cek tinggi rahim. cek jantung baby. dah kena start check up 2 minggu. dah kena start kira gerak baby. bab tu yg tak rajin tu.. 

pastu jumpa doktor utk scan. mmg dah tau 7 bulan baru scan. tau jela klinik kerajaan mana nak scan sgt. pastu scan pun cincai je. cek ukur lilit kepala baby. cek kedudukan uri. dah setel...

kiter lak taye kat doktor tu. err.... doktor. tak nampak ke jantina baby?

dia taye kiter balik. nak tau ke?

mestila nak tau. saspen ni..

dia kata nampak. pastu taye anak sebelum ni apa?

kiter cakap la dah ada dua gegirl.

hmmmm.... (alamak, doktor ni buat aku lagi saspen daa...)

korg pun nak tau gak kan baby apa dalam perut ni..

actually ni scan kedua kiter. 2 minggu lepas pun ada wat scan gak kat pakar klinik swasta.
 
nantila kiter bagitau next entry. chewahhh.

#cepatnya rasa preggy kali ni. 10 weeks to go....







Tuesday, May 7, 2013

kiter sedang berkursus..

wuuuhuuuu.. skrg tgh berkursus di Cyberjaya. kursus sampai Jumaat. lama sgt kursus pun bosan gak kan. memula tadi puyela bersemangat tapi ni dah mengantuk. bosannya. nampak skrin ni kecik besar.. kecik besar dah. takpela janji kursus kiter cukup 7 hari.. janji makan minum ditanggung.. hehehe...

Monday, May 6, 2013

Operation dah berjaya..

alhamdulillah.. abah selamat operation tulang belakangnya sabtu lalu. dah tak tahan sgt sakit tu. kalau tak abah mesti nak gi mengundi. lega sgt tgk abah dah boleh makan dan jalan sendiri. pastu siap request suh bawak tv sbb nak tgk result PRU. haihhh.... dah satu hal nak mengangkut TV gi sana. huhu..


Nak tunjuk gak jari tanda undi.. huhu..

waaaa.. lemau giler arini... syoknya pada yg cuti tu. bestnya sbb jalan pun tak jem. pagi tadi tido kol 1 pagi sbb nak tgk result puye pasal. pastu tertido, pastu jaga balik. excited la nak tgk sbb mengundi kan.

semalam dapat gak mengundi utk kali kedua. kol 9 pagi dah gi dewan nak mengundi  dgn abang dan mak. Hubby jaga anak-anak sbb hubby mengundi tempat lain. dah start enjin kete nak gi sana. alih ada kete shuttle lalu. terus arr naik. xyah pikir nak carik parking kat sana nanti.

sampai sana puyela ramai orang. dah risau camne la nanti. mak dah sure la dapat saluran utk warga emas. yg kiter yg preggy ni tak tau lagi.

sbb lupa nak bawak yg slip yg ada no saluran kenala beratur dulu cek daftar pemilih. mak dapat saluran 1 mmg utk warga emas la. tak ramai pun. yg kiter ni petugas tu tau kiter preggy tp tetap dapat saluran 5 utk orang muda. adoyai.. panjangnya beratur. tgh panas lak tu. ada member sekolah yg tgh preggy gak pun gigih beratur.

cakap dgn abang yg kiter ni dapat saluran 5, apa lagi terus melenting abang kiter tu. dia ni mmg suka wat kecoh. terus dia nak jumpa petugas kat situ. alahai.. kecohnya abangku ni.. huhu.. dah sume yg beratur depan tu suh kiter ni ke depan. rupanya leh potong queue tp kena bgtau kt abang polis tu la. akhirnya, dapat gak mengundi dgn mudah dan pantas... hehehe... ;p

semalam wall FB penuh dgn gambar jari memasing. termasukla kiter gak..


tapi jari kite calit sebaris je tak macam org lain penuh satu kuku
dia calit depan belakang
sampai sekarang tak ilang lagi
dah basuh dgn sabun, basuh yak ayna, basuh pinggan still ada lagi..

balik pun naik kete shuttle je. seronoknya je rasa kemeriahan PRU kali ni.

pastu balik umah turn hubby lak gi mengundi..

tahniah BN kerana mengekalkan kejayaan membentuk kerajaan.




Friday, May 3, 2013

jom mengundi

Ada yg cuti ke arini? kat opis ni ada gak yg half day mau balik kampung. nak raya kan.. mestila nak kena balik awal gak. hihi. ramai tak sabar-sabar nak gi ngundi yer. klu takde apa hal insyaallah ni kali kedua mengundi. first time tahun 2008. time tu baru pas bersalin echa. tp, dah abis pantang ler. still cuti lagi. semangat berkobar-kobar gi dewan nak undi. ingat nak pakai la kain batik konon2 dapat la laluan khas.  tp, xjadik. beratur gak la. kejap je pun beratur walaupun barisan panjang. 

Tahun ni insyallah nak gi undi lagi. still tempat yg sama. cuma lain tempat dgn hubby. lagi 5 tahun nak tukar tempat sama dgn hubby la. leh gi skali. tahun ni takpe sbb tgh memboyot sure dapat laluan khas ye tak.. hihi.

notakaki : tgh pk nak pakai baju apa ahad ni.. 


Thursday, May 2, 2013

Cuti 1 Mei kami

Cuti 1 Mei tak ke mana sgt pun. Tengahari makan free kat kenduri umah jiran sempena pilihan raya ni anjuran parti tettttt... siap yg dtg pun calon DUN dan calon parlimen lagi. hihi.. pegi jela dah dijemput ye dak. cakap la apa pun, janji la apa pun.. sy tetap sokong tetttttttt.... huhu.. makan-makan free ni saper yg tak nak. 

petang lak ke sepital nak tgk superhero ku, ayahanda tersayang. cuti umum time melawat panjang. ramai sedara-mara yg dtg tgk abah.




 hubby tgh tolak pak mertua

 alkisahnya abah gi melawat besannya yg kena admit kat sini gak

insyallah esok Jumaat abah kena operate tulang belakangnya
moga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah
moga Abah sihat dan cepat sembuh..


teringin mau makan mee bandung
malam tadi gigih masak ni
sendiri bikin rencah
sedapppp.... 

tp kan biler makan sedap2 ni teringat kat abah kat sepital
abah makan kena pantang
menu ikan je