♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, April 30, 2013

Moga abah cepat sembuh


Risaunya hati ni biler abah sakit. Abah dah sebulan xsihat. Memula abah ngadu kaki dia sakit bila nak jalan. Ingat sakit biasa je sbb abah mmg aktif orangnya. Cukup jaga makan dan minum dia. Pagi mesti gi exercise dgn geng2 bujang tua dia. Pastu berkebun.. kemas laman umah. Mmg tak reti dok diam. Biler dah tak tahan sgt, bawak dia gi klinik. Mana tau dia gout ke kan.  Abah mmg takde penyakit lain. cuma darah tinggi. tu mmg kami tau.

Pastu kakak bawak la dia gi cek kat HUKM sbb cepat sikit ada yg keje kat sana leh la tolong utk dapatkan appointment cepat. Doctor detect abah mungkin mild strok. Lagi la kami risau.

Tp, biler tgk abah mmg dia x tunjuk dia tgh sakit. Jalan mmg la terhenjut-henjut  tp tetap nak jalan sana-sini lagi2 biler anak-anak dtg umah.

Semalam ada appointment abah kat hukm. Tup-tup dpt tau abah kena admitted lak sbb doctor dapat detect tulang belakang abah bengkok dan makin sempit, darah tinggi dan ada kencing manis lak. Abah mmg takde kencing manis. Biler dah sakit, macam-macam penyakit yg datang.

Tp, abah tetap x tunjuk dia tgh sakit. dia nak anak-anak tau yg dia masih kuat.


abah tgh tido
amik gambar curi-curi
dah sakit camni baru nampak wajah uzur abah di umur 72 tahun

Bila abah sihat, abah selalu kol anak-anak taye kabar.  Sejak sakit, abah xkol  sbb dia sendiri pun x sihat. 

Bila abah sihat, abah paling sibuk kalau anak cucu datang umah. Kecoh suara dia. Sejak sakit, abah tetap sibuk kalau anak cucu datang, tp suara dia kuar tak kuar je.

Bila abah sihat, abah selalu taye nak makan apa utk tengahari, dia nak pegi beli kat pasar. Sejak sakit, dia makan je apa yg anak-anak masak.

Bila abah sihat, rumput dan pokok bunga laman umah kemas je sbb abah rajin trim. Sejak abah sakit, rumput pun dah panjang, pokok bunga kembang tak cantik.


menu makan malam abah semalam 
diet cuma ikan je

moga abah cepat sembuh
sihat seperti dulu

dgn org lain abah tunjuk dia ok
tp dgnku anak-anak pompuan ni nampak mata dia sebak ngalir air mata

ayu tau abah tgh sakit
abah kuatkan semangat

tak sabar nak jumpa abah petang ni

sayang abah sangat-sangat!!!!


7 comments:

Ratu Hatiku said...

Semoga abah ayu cepat sembuh ya.. Amin

Zura@Iwan said...

semoga abah ayu cepat sembuh..

#bapa kita kan..mana tk sayu..mereka al yg berkorban mbsrkan kita...sabar ye ayu..

Nory Zoulkefle said...

semoga cepat sembuh...aminn..

Nafira usof said...

sayu plak baca n3 nih.. terus teringat kat ayah zura kat kampung.. ayah zura pon x sihat sgt..ade gout~ rindu plak..huhuhu

zura doakan moga ayah Ayu kembali sihat seperti biasa. amin~

hainom OKje said...

Jangankan abah, kalau kita sakit pun kita akan susah hatikan Ayu....
Macam2 yg difikirkn agaknya....
Moga abah ayu cepat sembuh yeh!

rohayu osman said...

semoga cepat sembuh pakcik... mudah2an in sha Allah.. kita sebagai anak.. kena hargai sementra dia masih ada kan..

Kuazue Mohd said...

as salam
BW n terus polow...
semoga abah awak terus diberi kesihatan yg baik...