♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, April 5, 2013

Holiday utk org sakit..

Cuti sekolah aritu xde pun bwk anak2 ke mana. sian kat mamanya anak-anak xde jalan mana pun. huhu.. padahal mamanya nak jenjalan. bosan la konon. nak ler larik dari gombak ni. 

cam biasa style mamanya ni mmg suka book hotel sana sini sinun. tp still xtau nak pegi mana. cakap dgn hubby nak dkt2 je pastu nak ada kolam. sbb mama nak rendam dalam kolam.nak try wat aksi kuak lentang jadik ke tak. Jumaat tu apply cuti la sbb nak jenjalan puye pasal.

2 malam sebelum tu ayna cerry berry. mmg tak tido semalaman kami laki bini. sian ayna sampai merah2 bontot. melecet. pastu nangis2. mmg dah cancel la nak gi holiday ni. sok paginya tgk ayna dah ok. xde lak cerry berry lagi. ayna ni still aktif lagi. makan pun berselera je time sakit-sakit ni. hubby pun taye, nak pegi ke tak ni? kiter gi ayer keroh jela. tgk ayna pun cam dah ok, terusla siap2 kemas baju. tengahari pas jumaat gerak gi sana. hubby suka gi belah2 melaka sbb dia kata byk tmpt leh jalan.

sampai la kat resort yg mmg dah book siap-siap ni. D'Village Resort. ni first time tido sini. tgk kat website cantik je tempat dia.


kami amik yg chalet puye
tp katil single-single
yg twin dah full house

single-single pun leh kasi gabung
tarak hal puye

yg beshnya betul2 dpn kolam

ada style bilik je
tp kalau bilik jauh la dari pool ni
yg betul2 dkt pool cuma chalet je

harga pun murah kalau ari biasa
cuti skolah standard la harga mahal skit..

dkt kalau nak gi zoo melaka ke, melaka wonderland ke, taman buaya
mmg elok arr dok sini




tak sabar2 anak2 nak mandi kolam
mama dan papanya pun join gak

sbb bilik betul2 dpn kolam leh mamanya join mandi
kalau tak, mmg nengok jela
leceh nak uruskan anak lagi, uruskan diri sendiri lagi

mama leh masuk bilik dulu mandi pakai baju baru la setelkan anak2

 skali kan.. petang tu ayna berak-berak lagi
tau la pulak dalam kolam tak berak.. huhu
biler naik bilik pakai pampers baru ayna berak

rasa cam nak balik gombak malam tu jek
taknak la kena stay malam tu
sian kat hubby je

hubby pun paham kat ibu ngandung ni
sian kat bini
nak jaga perut, nak jaga anak
dia pun tolong uruskan anak-anak

 malam tu sempat gak makan kat umbai
balik je ayna terus tido
tgk ok dah tak berak-berak

lega...

takyah stay up memalam

takut arr sbb kiri kanan takde org

ada pun selang dua chalet je

yg belah chalet belakang meriah la

malam tu, ayna terbangun sbb ngigau kot

terus mamanya ni takleh tido

sbb dgr macam2 bunyi

kalau tempat baru, mmg ku ni jenis susah skit nak tido

tak pasal2 jadi rukun tetangga.. berjaga sampai kol 3 pagi

terus on yasin dan kursi kat hp ni

terlelap..

xnak citer lebih2 kang korg taknak lak stay sini

ni perasaan ibu mengandung je

bak kata hubby, tu sumer mainan minda.. mainan minda.. hahaha

bangun pagi, terus kepala pening nak pitam

ni mungkin sbb tak tido lena 2 malam tambah lak malam tu xtido

 terus muntah2.. tak larat nak  jalan pun ada

rasa cam almari dalam bilik tu nak melambung2 je

sebelum kol 12.00 dah check out

niat nak bwk anak2 jenjalan taman buaya pun xjadik

sian kakak Echa.. xdpt jalan-jalan

dgn mamanya sakit, dgn adik sakit

balik tu sepanjang jalan dalam kete, ku tido je

ayna pun bagus.. tido tak kacau mamanya ni

sampai umah terus mandi tido kat bilik

harapkan hubby uruskan anak-anak

dear hubby Mohd Izwan, time kasih sbb jaga anak-anak
 uruskan makan-minum anak-anak dan bini yg sakit ni

sian tgk abang penat drive takleh rehat kena layan anak-anak lak
takpela lagi sian kat bini yg sakit ni kan..

tak lalu makan, muntah-muntah..

hubby bawak gi klinik utk cek ibu dan anak ni
ayna doktor bagi ubat utk cerry berry

mama nya lak 
check doktor.. low blood
doktor tu tak berani nak bg ubat lebih-lebih sbb preggy
 bagi ubat tahan muntah je

alhamdulillah.. tengahari esoknya baru la hilang sakit kepala

sakan mendobi baju kotor
kemas umah

hubby cakap holiday kat melaka tu holiday utk org-org sakit

next time kiter repeat lagi yer
kali ni gi dekat2 je


5 comments:

iietamalek said...

holiday org sakit pun, holiday juga...hehe

AdanyaKauUntukku said...

tengah plan nak pegi Melaka gak nieH.......

tapi memanglah..apa2pun tempat nak pegi..kena make sure ada pool....untuk anak2......

Kakzakie said...

Semuanya tak disangkakan kalau tahu mesti tak nak pergi. Tak apa lain kali boleh pergi lagi..

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Nafira usof said...

tak pee.. next pergi lagi sekali.. hehe