♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, April 30, 2013

Moga abah cepat sembuh


Risaunya hati ni biler abah sakit. Abah dah sebulan xsihat. Memula abah ngadu kaki dia sakit bila nak jalan. Ingat sakit biasa je sbb abah mmg aktif orangnya. Cukup jaga makan dan minum dia. Pagi mesti gi exercise dgn geng2 bujang tua dia. Pastu berkebun.. kemas laman umah. Mmg tak reti dok diam. Biler dah tak tahan sgt, bawak dia gi klinik. Mana tau dia gout ke kan.  Abah mmg takde penyakit lain. cuma darah tinggi. tu mmg kami tau.

Pastu kakak bawak la dia gi cek kat HUKM sbb cepat sikit ada yg keje kat sana leh la tolong utk dapatkan appointment cepat. Doctor detect abah mungkin mild strok. Lagi la kami risau.

Tp, biler tgk abah mmg dia x tunjuk dia tgh sakit. Jalan mmg la terhenjut-henjut  tp tetap nak jalan sana-sini lagi2 biler anak-anak dtg umah.

Semalam ada appointment abah kat hukm. Tup-tup dpt tau abah kena admitted lak sbb doctor dapat detect tulang belakang abah bengkok dan makin sempit, darah tinggi dan ada kencing manis lak. Abah mmg takde kencing manis. Biler dah sakit, macam-macam penyakit yg datang.

Tp, abah tetap x tunjuk dia tgh sakit. dia nak anak-anak tau yg dia masih kuat.


abah tgh tido
amik gambar curi-curi
dah sakit camni baru nampak wajah uzur abah di umur 72 tahun

Bila abah sihat, abah selalu kol anak-anak taye kabar.  Sejak sakit, abah xkol  sbb dia sendiri pun x sihat. 

Bila abah sihat, abah paling sibuk kalau anak cucu datang umah. Kecoh suara dia. Sejak sakit, abah tetap sibuk kalau anak cucu datang, tp suara dia kuar tak kuar je.

Bila abah sihat, abah selalu taye nak makan apa utk tengahari, dia nak pegi beli kat pasar. Sejak sakit, dia makan je apa yg anak-anak masak.

Bila abah sihat, rumput dan pokok bunga laman umah kemas je sbb abah rajin trim. Sejak abah sakit, rumput pun dah panjang, pokok bunga kembang tak cantik.


menu makan malam abah semalam 
diet cuma ikan je

moga abah cepat sembuh
sihat seperti dulu

dgn org lain abah tunjuk dia ok
tp dgnku anak-anak pompuan ni nampak mata dia sebak ngalir air mata

ayu tau abah tgh sakit
abah kuatkan semangat

tak sabar nak jumpa abah petang ni

sayang abah sangat-sangat!!!!


Monday, April 29, 2013

sepetang di titiwangsa.. penatnya joging.. ;p

Lemau arini sbb isnin kan. bangun dari tido pun tersgt la slow motion je. kejapnya rasa cuti weekend ni. tp best sbb rabu ni cuti lagi. cuti tak kemana pun. sabtu gi tesco. pastu tido. ahad tido pastu petang gi titiwangsa. sibuk kan aktiviti we oll.. haha

kol 6 ptg baru kuar. ramai benar kat situ sampai nak parking kena wat satu pusingan baru la dapat.





lupa nak bawak stroller 
ada lak lori ni dalam kete
jadikla
tp kesiannya anak mama ni kena tolak guna kaki
 

kakak dan adik
rindunya la dorg ni

dah dua hari melekat je dgn dorg sure la arini rasa rindu sgt



     
hihi.. saje je kan si mama pun sibuk nak bergambo.. 

jalan sikit je dari parking ke sini pun dah mengah
semput-semput dah

kebetulan sampai parking kete je.. ujan..
terus lebat lak tu..




 




  

Sunday, April 28, 2013

ke sekolah echa

Semalam gi school kakak echa. jumpa dgn teacher dia. ada perjumpaan parents dgn teacher la. appointment kol 2.15pm. amboi siap ada time lagi tu. hubby keje pagi tu tp tengahari dah settle keje dia, mestila xnak lepas jumpa teacher echa nak tau perkembangan dia kat skool kan.. sebelum pegi tu dlm kete dah saspen apa la yg teacher echa nak cakap pasal anak dara mama yg suka melawa ni..

sampai sana ada xramai pun ada la sorg ibu yg tgh tunggu turn. layan ayna main dulu. xcited dia dapat gi skool kakak. kakak echa lak gi borak2 dgn teacher. 



apa la yg diborakkan echa dgn teacher tu..
so far alhamdulillah.. echa ni nak gak la bercakap dgn teacher dia, xdela diam je..


ayna pun hepi je padahal tgh ngantuk time ni
teacher2 pun geram dgn dia


scrap book echa
keje yg dia wat kat skool

alhamdulillah.. teacher echa kata echa peramah kat skolah. cuma bgtau echa camne kat skolah.   sbb lom exam xde dapat tgk result exam dia. berkawan pun ok. mmg byk taye kalau dia xtau. mmg echa kurg skit bab reading dan writing, tu we oll tau sbb kat umah pun mmg we oll spend 30 minit study dgn dia.. asalkan dia byk bertaye dgn teacher dia dah cukup lega hati dengar. mama sentiasa doakan kakak Echa jadik anak yg bijak dan pandai, baik, solehah dan menjadik kakak yg baik... sayang anak mama...







Friday, April 26, 2013

Cepatnya dah 28 weeks

Salam Jumaat.

Pagi ni ceria-ceriakan diri anda. kiter berbiru arini..

Dah 7 bulan dah. cepatnya rasa preggy kali ni, sbb badan pun xnaik sgt. muka pun maintain cengkung gitu.. weekkk...
 
Gambar syok sendiri.. ada meeting pasni. apala yg nak dibebelkan oleh mak tiri kami nanti. panggil Pengarah kami sbg mak tiri. sbb byk sgt songeh dan asyik marah2 jek. kekeke..









Thursday, April 25, 2013

Pelangi pagi


Indahnya ciptaan Allah. 
suasana pagi tadi. 
lama tak tengok pelangi. 
seceria hatiku ini...




Tuesday, April 23, 2013

Berpizzaaa..

Entry lama minggu lepas. Malas nak kuar dinner, terus kol 1300822020. Pizza Hut Delivery. Kakak Echa tu mama balik keje terus request nak makan pizza tp nak mamanya yg buat. adehhh.. rajin sgt la mama nak buat pizza memalam sayang ooii.. kalau weekend takpe la. insyallah mama rajin.. hehehe..

kol je 15 minit dah sampai. taraa... cepat kan.. kalau mama buat kol 10 malam tak tentu dapat makan lagi.




kalau faveret dia berselere beno makan


ayna pun sama yek..


ayna wat aksi gyoumi ke tuh? huhu..

Scan baby

Sepi je kan seminggu ni kat sini. mood mmg xde langsung. keje bertimbun kat opis. pergerakan gaji baru utk staff kan.. nanti julai lagi la sibuk sbb kenaikan gaji lagi. sian lak pada yg kena wat keje ku ni sbb insyallah julai dah meletup dah.

layan jela gambar scan baby dalam perut yg ada ni..

tapi, ni bukan baby baru dalam perut. ni scan time kakak Echa dan Ayna. kemas2 almari jumpa lak gambar scan ni. terus mama scan wat tatapan anak-anak biler besar.

saat scan ni tgk anak dalam rahim ni mmg saat yg mengharukan dan tersentuh hati. biler scan ni suka kalau papa ikut sbb nak tgk muka dia. Besarnya kuasa Allah.



ni time kakak Echa
anak pertama mmg teruja sgt




ni gambar time Ayna
gambar 3D ayna takde sbb buku hilang biler handbag kena curik

yg ketiga ni insyallah nak scan gak nanti
tp, pastinya berdebar giler



 
 

Wednesday, April 17, 2013

mama dan anak-anak yg comel..

sgt perasan kan... ahahaha.. ni time gi wedding ahad lepas. dekat je dgn umah. kat simpang masuk je. tak bawak kete jalan kaki dari umah sbb xnak susah carik parking. penat berpeluh-peluh. skali byk parking daa kat sana.

sambil jalan kaki..sambil amik gambar.. sambil nyanyi-nyanyi..



anak-anak dara yg makin pandai bergaya



Ayna the dora explorer!

Balik keje semalam tgk Ayna lain macam. makin bulat pulak.  ni mesti nenek dia puye keje ni.  ayna ni puyela susah nak gunting rambut dia. tak reti dok diam. pastu nangis-nangis. mamanya sempat gunting sikit je pastu dia dah nangis. macam la kena marah ke apa.. hehe..okla ni. mama pun dah rimas sgt tgk rambut depan dia tu. asyik tutup mata jek..




lihat wajahku..
comel, tertarik.. kau mmg debom!
huahua..

pantang mama pegang kamera hp dia dah siap pose lentuk-lentuk badan.. kepala..




Tuesday, April 16, 2013

Biler barang nak guna tak jumpa..

.......... ha barula stress namanya. Dah nak masuk 7 bulan ni nak la prepare sikit-sikit barang utk baby. mana barang2 kakak-kakaknya yg leh guna lagi, yg elok lagi boleh la kumpul dan basuh kan. cari-cari pam susu tak jumpe pulak. yg manual dan elektrik dedua xnampak bayang. yg ku guna avent manual dan spectra electric. puas dah geledah satu umah still xtau kat mana benda tu menyorok. nampak benor umah byk sgt tmpt simpanan barang. bawah tangga, bawah kabinet dapur dah carik. still x jumpa. haihhhh.. di mana kamu? xnak la beli lain. mahal tau.. siap mintak tolong hubby carikkan lagi. ada la tu kat mana-mana kotak-kotak yg bertimbun tuu.. kena tunggu ari cuti.. rileks-rileks.. carik slow-slow.. insyaallah jumpa kan..

huhu..... bosan-bosan di ari selasa ini..

pening kepala sat pas layan orang kol konon dari utusan. marah-marah lagi. dah la suara tu xtau laki ke pompuan.. tp cam lebih laki ala-ala pompuan. xnak sebut sbb xbaik kan... wakaka.. dia nak tau nombor kol kementerian. pastu ntah apa-apa la dia merapu nak nombor jabatan lain pulak. ingat ni call centre ke? ni cuma utk jabatan jek tau... hmmm....





Thursday, April 11, 2013

10 April ~ kita couple nak?

Ingat balik kata-kata sang pecinta hatiku 12 tahun dulu. hehe.. zaman muda remaja. 10 april date rasmi we oll sah bercinta. baru kenal buah hatiku ni tak sampai 2 bulan kot terus couple (wakakaka.. ayat muda-mudi dulu).

Si dia ni first love kononnya sbb ngam2 pas abis skolah time tu dah gatal sgt nak bercouple-couple ni. saper yg mntak declare dulu terima jela. hihihi..

Alhamdulillah.. first love yg kekal sampai kawin... Selamat Ulangtahun Percintaan Sayang!!!

Wednesday, April 10, 2013

Check up 26 weeks

Tadi ada appointment klinik utk check up 6 bulan. arini best sbb tak tension sgt. tunggu pun xlama. padahal datang cam biasa dapat no. 5. Abis pun awal. mungkin ramai xbangun tido lagi kot.. misi pun gelak2 je sbb tak ramai patient. bergumbira dorg yek. cer tgk nanti kol 10 lebih sure ramai dtg berduyun2. hihi..

arini cam biasa cek air kencing, timbang berat dan cek BP dan HB. wahh.. kalau tak HB mesti kurang. arini cantik lak bacaan dia. cuma berat badanku jadi isu la pulak. misi kata berat naik lebih 2 kg. haishhh... bukan bulan lepas penimbang berat tu yg problem ke?

pastu kena refer doktor. cek doktor dia kata ok je. takde masalah pun. time awal-awal preggy berat 61 kg pastu dah 6 bulan ni berat 67kg. okla tu.. siap cakap lagi kat doktor yg preggy kali ni rasa badan ringan je, makan pun xbyk sgt. ramai yg tegur kata badan tak naik. perut je ke depan. stil slim lagi.. ahaks... doktor kata takde apa masalah. 

scan utk klinik kerajaan bulan depan sbb 28 weeks baru scan. cuma hubby sibuk je ajak gi scan nak skodeng baby kat dalam perut ni. alahai.. sama je.. hati ni meronta-ronta je nak tgk anak yg aktif je menendang ni. minggu dpn baru nak scan kat GMC. harap baby takde apa masalah. amin...

*nak mintak hubby belikan durian sbb lama dah tahan makan sbb nak check up puye pasal. time musim durian dulu baru je confirm preggy idakla berani nak makan byk. nak ajak minum teh tarik jugak.. sbb pantang minum air ni seminggu.. kihkihkih..


Tuesday, April 9, 2013

Shopping memalam..

Malam tadi hubby bawak jenjalan gi beli barang. Lama we oll tak kuar malam sejak Echa dah 6 tahun ni. kalau tak asyik kuar je memalam. gi ngeteh la, gi jalan carrefour la. tahun ni azam kami laki bini xnak kuar sgt dah macam dedulu. kuar pun kalau ada hal je. skrg ni balik umah je malam pas makan mesti nak kena ajar kakak Echa dan adik ayna dulu. takat 30 minit study pastu bagi can dorg tgk kartun.

Malam tadi nak kena kuar gak beli barang sbb stok makanan dah abis. weekend tak sempat beli sbb hubby ada keje pastu badan rasa letih je nak kuar. nak beli kat supermarket umah byk barang yg kami nak takde kat situ.

Lama x gi TESCO. suka gi sini kalau malam-malam sbb time lama leh pilih barang. tutup kol 12 mlm xdela rushing nak beli barang.



dah 2 tahun dah budak ni
makin senang lak nak ikat rambut
kalau tak nak kekal 10 minit pun payah
ni siap ikat dua lagi


kakak Echa mmg malas nak jalan 
dia suka dok dalam troli je


Ayna lak dah pandai dok diam dalam stroller


amboi... bukan main hepi yek anak-anak mama ni..
rindu lak kat korg ni..
kat opis asyik ingat2 dorg je ni.. 




Friday, April 5, 2013

Holiday utk org sakit..

Cuti sekolah aritu xde pun bwk anak2 ke mana. sian kat mamanya anak-anak xde jalan mana pun. huhu.. padahal mamanya nak jenjalan. bosan la konon. nak ler larik dari gombak ni. 

cam biasa style mamanya ni mmg suka book hotel sana sini sinun. tp still xtau nak pegi mana. cakap dgn hubby nak dkt2 je pastu nak ada kolam. sbb mama nak rendam dalam kolam.nak try wat aksi kuak lentang jadik ke tak. Jumaat tu apply cuti la sbb nak jenjalan puye pasal.

2 malam sebelum tu ayna cerry berry. mmg tak tido semalaman kami laki bini. sian ayna sampai merah2 bontot. melecet. pastu nangis2. mmg dah cancel la nak gi holiday ni. sok paginya tgk ayna dah ok. xde lak cerry berry lagi. ayna ni still aktif lagi. makan pun berselera je time sakit-sakit ni. hubby pun taye, nak pegi ke tak ni? kiter gi ayer keroh jela. tgk ayna pun cam dah ok, terusla siap2 kemas baju. tengahari pas jumaat gerak gi sana. hubby suka gi belah2 melaka sbb dia kata byk tmpt leh jalan.

sampai la kat resort yg mmg dah book siap-siap ni. D'Village Resort. ni first time tido sini. tgk kat website cantik je tempat dia.


kami amik yg chalet puye
tp katil single-single
yg twin dah full house

single-single pun leh kasi gabung
tarak hal puye

yg beshnya betul2 dpn kolam

ada style bilik je
tp kalau bilik jauh la dari pool ni
yg betul2 dkt pool cuma chalet je

harga pun murah kalau ari biasa
cuti skolah standard la harga mahal skit..

dkt kalau nak gi zoo melaka ke, melaka wonderland ke, taman buaya
mmg elok arr dok sini




tak sabar2 anak2 nak mandi kolam
mama dan papanya pun join gak

sbb bilik betul2 dpn kolam leh mamanya join mandi
kalau tak, mmg nengok jela
leceh nak uruskan anak lagi, uruskan diri sendiri lagi

mama leh masuk bilik dulu mandi pakai baju baru la setelkan anak2

 skali kan.. petang tu ayna berak-berak lagi
tau la pulak dalam kolam tak berak.. huhu
biler naik bilik pakai pampers baru ayna berak

rasa cam nak balik gombak malam tu jek
taknak la kena stay malam tu
sian kat hubby je

hubby pun paham kat ibu ngandung ni
sian kat bini
nak jaga perut, nak jaga anak
dia pun tolong uruskan anak-anak

 malam tu sempat gak makan kat umbai
balik je ayna terus tido
tgk ok dah tak berak-berak

lega...

takyah stay up memalam

takut arr sbb kiri kanan takde org

ada pun selang dua chalet je

yg belah chalet belakang meriah la

malam tu, ayna terbangun sbb ngigau kot

terus mamanya ni takleh tido

sbb dgr macam2 bunyi

kalau tempat baru, mmg ku ni jenis susah skit nak tido

tak pasal2 jadi rukun tetangga.. berjaga sampai kol 3 pagi

terus on yasin dan kursi kat hp ni

terlelap..

xnak citer lebih2 kang korg taknak lak stay sini

ni perasaan ibu mengandung je

bak kata hubby, tu sumer mainan minda.. mainan minda.. hahaha

bangun pagi, terus kepala pening nak pitam

ni mungkin sbb tak tido lena 2 malam tambah lak malam tu xtido

 terus muntah2.. tak larat nak  jalan pun ada

rasa cam almari dalam bilik tu nak melambung2 je

sebelum kol 12.00 dah check out

niat nak bwk anak2 jenjalan taman buaya pun xjadik

sian kakak Echa.. xdpt jalan-jalan

dgn mamanya sakit, dgn adik sakit

balik tu sepanjang jalan dalam kete, ku tido je

ayna pun bagus.. tido tak kacau mamanya ni

sampai umah terus mandi tido kat bilik

harapkan hubby uruskan anak-anak

dear hubby Mohd Izwan, time kasih sbb jaga anak-anak
 uruskan makan-minum anak-anak dan bini yg sakit ni

sian tgk abang penat drive takleh rehat kena layan anak-anak lak
takpela lagi sian kat bini yg sakit ni kan..

tak lalu makan, muntah-muntah..

hubby bawak gi klinik utk cek ibu dan anak ni
ayna doktor bagi ubat utk cerry berry

mama nya lak 
check doktor.. low blood
doktor tu tak berani nak bg ubat lebih-lebih sbb preggy
 bagi ubat tahan muntah je

alhamdulillah.. tengahari esoknya baru la hilang sakit kepala

sakan mendobi baju kotor
kemas umah

hubby cakap holiday kat melaka tu holiday utk org-org sakit

next time kiter repeat lagi yer
kali ni gi dekat2 je


Thursday, April 4, 2013

Biler anak-anak dara melaram..

Time gi wedding sedara MIL kat Muar. si kakak toksah cakap la dia mmg suka melawa. mekap bagai. mmg merah je bibir. mama dia ni pun malas dah nak mekap-mekap. penyakit melawa dah pindah kat anak-anak lak. Ntahla, preggy yg ni mmg malas benar nak berbedak, bergincu lagi la. mmg tak kuasa..



tu dia..
mata berkaler-kaler
abis mekap mama dorg kejekan

 huhu..

camnila kalau dah ada anak dara kan..







Ayna 2nd Birthday Bash!!

ok. baru ada mood nak hapdet blog.. slow-slow mood datang. arini lemau sgt. rasa ngantuk je.

memula nak citer pasal birthday celebration utk ayna yg 2 tahun. 

Wat kat umah MIL sbb ramai yg leh nolong. kalau wat kat umah we oll, tentu2 la we oll je yg kena handle sume. adik2 hubby pun rajin2 sumenya. okla kan..

bajet nak masak simple2 je. xnak pasang khemah kang kena jemput jiran2. nak jemput family dan sedara rapat je.

skali jadik lain..

dari nak wat BBQ dan nasi lemak je terus ada spaghetti dan soto. MIL rajin nak masakkan kuah soto. taula kalau soto kan leceh dgn bahan2 dia.

sbb makanan amatlah banyak, mertua siap panggil jiran-jiran dekat. terus penuh umah tu. sedara pun xramai camtu. hehe.

gambar byk tp malas benor nak upload kat sini.
 

ni hubby yg beli
suh beli lain, dia beli ni skali

yela.. nak tunggu bini sendiri DIY wat banner tak siap2 yek


dgn birthday girl


skali lagi order kek dari M&M cupcake
nak gak tepek mama dan papa dia 
sbb birthday Mac gak.. hoho
kakak Echa lak takde
tp, dia ok je.. xkisah pun sbb birthday dia pun dah celebrate ujung tahun lepas 
 
  

ni lak kek cokelat sponsor by SIL
mmg meletops dan mantopp

  

ayna tak sabar nak terkam kek tu

ni menu-menu aritu






adik ipar dan kazen hubby tolong membakar ayam


hubby lak amik alih jap tugas membakar


yg baju belang tu mama saya
yg sebelah tu makcik saya
hihihi


aaa.. yg ni ayah dan mak mertua saya...

kikiki..

skema nya la ayat






echa and ayna
 


amboi sikit benar entry.. kalau tak, sampai part 2, 3, 4..

apa pun mmg hargai sgt kat family hubby yg byk tolong aritu.  muahhhhh..

serius mmg penat giler sampai sakit bawah perut ni.

adoyai...

:)