♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, March 28, 2013

Happy Birthday Hubby!!





28 Mac 2013 birthday hubby ke 30
xtau lagi nak celebrate mana malam ni..


Tuesday, March 26, 2013

Perutku


kalau nak tepek gambar perut aci x?




Dah..dah.. jgn ada yg nak meneka-neka menilik perut ni utk gender baby. takde pun nak wat contest teka-teki.. kikiki..

Time preggy benda yg slalu wat amik gambar perut sendiri. Time preggy anak sulung dulu tiap2 ari kot amik gambar. sesajer nak tgk pastu rajin kira ukur lilit perut pakai tali ukur. teruja la kan anak pertama. yg kedua dah kurang skit bergambarrnya takdela sakan beno cam yg first. yg ketiga ni lagi la kurg. tiap bulan cukup la kan..
cam biasa la kan.. org akan taye dah tau ke anak ni boy ke girl. pastu mula la akan cakap yg macam baby ni.. macam baby tu.. tgh rancak borak dgn jiran ke, sedara ke, mesti alih topik kat perut ni. hihi.. sedang beli sayur kat pasar, pakcik sayur tu pun nak menilik gak..

minggu ni dah 6 bulan. alahai.. cepatnya rasa cam baru tau preggy je.



Friday, March 22, 2013

Peace :)



Pic malam tadi tgh ngeteh dgn anak-anak
si kakak ngadu lapar 

dgn anak-anak yg ikat rambut
memasing rambut dah panjang
terutamanya si adik cukup pantang kalau rambut dia diikat
tp semalam ok la pulak..


Thursday, March 21, 2013

Welcome 30th!

Semalam kan.. semalam.... birthday kiter tau...

jadik awal-awal dah apply cuti. taknak serabutkan kepala kalau keje dah tentu hati tak tenang. baik dok umah. walaupun byk keje sbb anak-anak ada tak antar umah MIL, tp hati tenang je.. 

Good bye zaman 20an..

 Welcome 30th

waaa... dah 30 dah.. rasa cam baru 25 tahun je.. huhu


Semalam kiter masak. teringinnya la nak makan menu raya. nak buat dari minggu lepas, asyik xdapat je.





Tuesday, March 19, 2013

My lil ayna is turning 2


16 Mac 2013 sabtu lepas, ayna genap 2 tahun.

Siannya mama lupa nak tulis birthday Ayna kat sini. dah 3 hari berlalu. sori la sayang.. tp mama tetap tak lupa wish kat ayna kan. walaupun ayna tak paham lagi, tp mama, papa dan kakak echa tetap wish, kiss, hug ayna. pagi-pagi gi breakfast mama dah pakaikan ayna baju cantik-cantik.



HAPPY BIRTHDAY ANAK MAMA SAYANG AYNA NAFEESA!

moga Ayna sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
menjadi anak yg solehah, bijak dan mendengar kata

mama, papa dan kakak Echa sayang Ayna sesangat

Alhamdulillah Ya Allah

Ayna anak yg sihat, baik, ceria dan slalu buat kami terhibur dgn keletahnya..


Takde celebrate spesel pun just makan-makan dgn family.. dgn atuk nenek dia, dgn mak long, kakak eija @ makcik eija, pak tam dan mak ucu. we oll makan kat Texas Chicken Sri Gombak yg baru bukak. slalu lalu kat situ ramai je tgk org kiter beratur panjang. tu yg nak try tu..


set lebih kurg cam KFC
rasanya pun ok

yg bestnya utk anak-anak la
ada playground yg luas





Plan for make small celebration for her. maybe mama dan papa dia leh join celebrate skali..

;)


Koleksi Kasut Anak Dara


Echa mmg suka beli kasut, sandal..
tiap kali mamanya menyinggah mana2 kedai kasut mesti dia pun sibuk je pilih kasut utk dia
mama dia tak dapat, dia lak yg dapat

ni baru kasut jenjalan
lom lagi sport shoes, selipar..
yg hilang sebelah.. yg hilang dua2 belah..
haishhhh...


latest sandal dia yg baru
time mama dia nak beli kasut yg comfortable while preggy ni dia pun sibuk gak pilih..
try utk diri sendiri

nak gak sandal yg tinggi ni..
 dah cakap x boleh, bahaya..
dia nak gakkk...
wat muka sedih..

hai la anak...


sandal anak lagi mahal dari sandal mamanya
apa?? nak tgk mamanya puye..

ishh... toksah la tunjuk kat sini
kasut utk preggy women je idakla cantik bebenar
janji selesa..

Layan perasaan..

jgn dilayan sgt perasaan ni kan.. wat stress je.. ehhh... lama tak tulis apa-apa kat sini. rasa sibuk sgt lately sampai nak berblog pun x sempat. ni tgh rileks sikit. keje kat opis makin bertambah sbb boss besar xde. boss kecik yg amik alih tugas. melayan super boss lagi yg byk kerenah.. boleh tekanan jiwa jadiknya.. matta fair yg lepas pun xsempat terjah sbb byk benda kena pikir. cuti sekolah minggu depan still taktau nak bwk anak2 jenjalan mana....

Mood skrg kan.. kejap happy, kejap sedih.. 

Mood ibu mengandung ni mmg berubah-ubah kan.. kdg2 terpikir gak keje kiter ni.. nilai prestasi keje, rasa cam tak berbaloi je keje yg dibuat jika compare dgn keje org lain. maksudnya dari segi penilaian tu.. ntahla... merapu ntah apa-apa melayan perasaan yg bercampur baur.. 

;)




Tuesday, March 12, 2013

anniversary di titiwangsa

Lagi citer anniversary.. lantakla kann..

Ni time gi wedding kat titiwangsa sabtu lepas. gi wedding org kat titiwangsa di hari wedding anniversary we oll. hehe.. 

sibuk mengikut mertua gi wedding sini. we oll kan suka makan-makan free ni..

Takde nak ke mana-mana. plan nak gi situ, sini la.. tido hotel.. tp tak jadik lak. kena save bajet la. bulan ni byk nak guna duit..


mummy and princess echa dan princess ayna



taktau lak kat belah sini dah macam pantai
risau kat anak-anak takut dia ingat pantai betul kot dorg pijak tanah tu terjerlus lak kang
 


sedondon merah dgn hubby
nak romantik2 gitu.. huhu


my lovely family.. muahhhhhh






Monday, March 11, 2013

Surprise anniversary yang...

Citernya..

nak surprise kengkonon utk anniversary kami..

so, order awal2 cupcake ni. nak beli hadiah ke apa takde time nak kuar sejak opis baru ni. pastu kalau cuti ke balik keje dah tentu kuar dgn si dia. jadiknya.. beli something yg boleh makan sesama.. anak beranak leh makan, sedara mara leh rasa gak.
 
Cupcake ni order kat M&M CUPCAKE.  leh bukak facebook dia. first time order dgn dia.

jadiknya mintak arr delivery antar sampai umah. mintak antar sehari sebelum kot2 ada plan esoknya.

sbb we oll mmg suka coklat so order coklat flavour and topping atas pun coklat gak.

surprise x menjadik sbb yg tukang hantar tu nak antar awal sbb rushing nak antar barang lain. kalau xantar time tu nak antar malam esoknya.. mana leh sbb we oll bukan reti nak lekat kat umah pun.

jadiknya pas abis keje Jumaat tu tunggu la dorg ni kat susur jalan nak masuk area umah..

dalam kete cakap la dgn hubby ada org nak antar barang mintak tunggu kat sekian..sekian..

sibuk je dia taye order barang apa? sape yg nak antar? nape tak antar dpn umah?

byk lak persoalan yg kuar kat laki ku ni.. huhu..

pastu dapat la jumpa dorg yg antar tuu..

terus la xjadik surprise sbb amik sesama dgn hubby kan..



ni la rupanya cupcake yg ku order
mmg request nak camni 
ada hubby, ada wife yg preggy and dua gegurl..
comel x?

xdela bukak terus malam tu
simpan utk makan esoknya time betul2 ari anniversary
bagi kat family mertua sikit
bagi kat family ku.. sume dapat rasa..

rasanya??? 
hmmm.... sedappp...
mmg kena dgn tekak kiter ni..





Saturday, March 9, 2013

Happy 6th Anniversary Sayang!!!

Today is our 6th wedding anniversary.  

Alhamdulillah.. 6thn kami hidup bersama as hubby and wife, ada dua org puteri penyeri rumahtangga kami. moga kami kekal bahagia hingga hujung nyawa. 

Ayang sayang abang dan anak-anak kiter... 





Friday, March 8, 2013

Doa Buat Suami

Hari yg super bz. xsempat nak BW rumah kengkawan. nanti kiter slow2 terjah yek.


aminnnn..

mood : sempena hari istimewa utk we oll esok ♥♥♥








Mood Jumaattt


Salam Jumaat
kata-kata semangat di pagi yg mulia

tetiba mood sedih lak pagi ni


Thursday, March 7, 2013

Check up 5 bulan

Semalam ada check up utk 5 bulan. Awal-awal lagi dah gi klinik nak settle cepat puye pasal. Paham jelakan klinik kerajaan. Biler dah sampai dapat no 11. ada lagi yg awal. okla tu. gi breakfast dulu. dah tau ada check up ni dua minggu control minum air teh tarik yg mmg faveret, nescafe, teh o.. sume yg berkaitan dgnnya la. just minum milo je. takut beb.. bulan lepas dah kantoi kencing kotor sikit. tp, tak teruk sgt. patutla kepala pening je. tak pasal2 kena gi wat ujian kat makmal, jumpa doktor lagi, byk benda kena wat, kena bebel lagi. hihik.. dah nak masuk anak ketiga ni baru tau camne kencing kotor tu. sebelum ni mmg tak penah kena pun. 

Makan antibiotik sampai abis dan minum ubat yg doktor bagi. bykkan minum air masak. alhamdulillah cek semalam air kencing normal. Phewww lega. kalau tak, kena repeat gi makmal balik cek air kencing.

Berat pulak naik mendadak. gila tu naik sampai 4 kg dalam sebulan. kalau bulan lepas turun 1kg. bulan ni naik la pulak 4kg. tp misi tu kata mmg penimbang rosak sikit.

Pastu kena amik darah cek HB. HB turun la pulak. bulan lepas 12.8 bulan ni 10.5 je. 

Huhu.. tu je pasal semalam.. bulan depan check up lagi jumpa doktor pulak..


Wednesday, March 6, 2013

Konvoi jiran2

Ahad lepas ada jemputan kawin kat kompleks tabung haji. jiran lama yg dok sini. baiknya dia siap bagi kad utk jiran-jiran lama ni. kiter takdela kenal sgt pun sbb jarang jumpa. dapat kad terharu pulak. ni pun salah sorg jiran ni makcik dia (jiran we oll gak la).

Jiran yg rapat cam kak zie, kak miza, kak sikin (ha.. baper family tu? ramai tak? hehe.. tu pun ada dua family yg tak dpt join) ajak konvoi sama-sama dari umah. okla tu sbb we oll pun tak kenal sgt family pengantin.


mommy n kiddo



anak2 dgn geng2 umah 
suka la dorg dapat main kat sini


Sedap2 menu we oll melantak. kenyang giler sampai xlarat nak jalan. heheh

Best gak kan konvoi2 ni. walaupun dekat je memasing pun tau kat mana tp still tunggu-menunggu.. plan nak konvoi lagi gi holiday pulok.



Monday, March 4, 2013

3 tahun pemergiannya

Arini 4 mac genap 3 tahun arwah nenek atau kami panggil wan. Rindu sgt dgn arwah. Satu-satunya nenek yg melihatku membesar sampai dah kawin dan beranak satu. Arwah sempat jaga Echa masa kecik. Moga arwah wan tenang di sana..... citer arwah ku abadikan di sini..




Moga segalanya berakhir..

Sedih pagi2 pegi keje dgr radio HOT FM pasal kes di Lahad Datu, dgn lagu2 yg dimainkan mmg wat diri rasa sebak. Sedih dgn apa yg berlaku di lahad datu dan kawasan sekitarnya. Tak sangka benda tu terjadi di negara Malaysia yg aman damai ni. Slalu baca kat paper pasal negara lain. Kat opis ni ada sedara-mara dan family tinggal di sana. Pagi-pagi dah baca sejarah Sultan Sulu ni.

Sedih je rasa dgr dorg berciter. Dan tadi di FB ada member2 yg post di group sekolah rendah kami ada sahabat lama yg terlibat dalam misi di sana. Rasanya dia baru dihantar ke sana. Dah kawin dan ada dua anak. dah tentu perasaan bini dan family dia sgt risau kan biler dah tau keadaan di sana.. 

Ya Allah.. lindungilah para pejuang kita di sana.
















Family day 2013 Melaka : Balik dah..





menu breakfast yg disediakan
okla kan
jgnla bajet cam kat hotel lak
ni pun dah cukup sampai bertambah-tambah 
kuih-muih, nasi lemak, roti canai, roti telur..







nak gak ada gambar satu family.. muahhhhh




nak balik dah..
bye-bye resort
ada rezeki mai lagi sini




Friday, March 1, 2013

Family day 2013 Melaka - Gedik di sawah padi err lalang!

Nyenyaknya tido pagi tu.. sejuk sgt kat sini. kipas , aircond dedua on giler tak sejuk. kol 3 pagi bangun tutup kipas, on aircond je. selimut satu badan.. sejukkkk..

Pagi tu ada aktiviti senamrobik (itu poyo).. haha

Bangun awal-awal pagi lepak-lepak kat pondok sementara tunggu breakfast.

Kat sini ada disediakan breakfast gak.. tapi xdela breakfast cam kat hotel tu. ala kadar tapi cukup mengenyangkan. nanti kiter tunjuk makanan apa yg ada.

Anak2 katau ada water heater awal2 dah mandi yek. kalau kat umah tu kol 11 pagi baru mandi.

Dah mandi wangi-wangi, jom jenjalan kawasan kampung.


dah mandi tp tak sikat rambut


jenjalan kat belakang resort



anggapla cam sawah padi..
sejuk mata memandang.. 


dua sepupu yg jap kawan, jap x kawan

 


 sayang papa



anak2 sibuk je cakap kat sume yg mama suh amik gambar gedik-gedik..
dah mmg mama echa dan ayna ni gedikkksss.. kuikui..





 penyambut tetamu..

perut dah lapar.. nak tgk menu breakfast apa yg ada..

pastu nak balik KL dah..