♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, February 13, 2013

Permulaan Cuti-Cuti 2013 - Langkawi : Part 7

Balik dari naik bot terus nak carik makan tengahari.. padahal dah petang pun kol 3 ptg. perut dah masuk angin.. byk makan angin time naik bot gamaknya.. kepala pun dah pening. sian kat Echa yg monyok je sbb lapar. kami singgah mkn kat Pantai Pasir Hitam. xdela makan apa sgt pun sbb dah lewat sgt makanan pun dah abis. order nasi goreng cina je. x sedap sgt sbb kt situ mmg taruk lada sulah byk-byk ke yer? sbb dah 2 kali mkn nasi goreng cina kt tempat berbeza, sama je rasanya. byk giler lada sulah dan aji. pening kepala.


balik hotel dulu sbb nak rehatkan badan. malam nak sambung jalan lagi. balik tu lalu lak kat Telaga Harbour. port wajib nak amik gambo.




 



malam tu kira malam terakhir kami kat langkawi, barula shopping cokelat. gi Kuah dulu baru carik makan malam.
 


ayna nak beli utk kawan-kawan ayna (pokai biler anak-anak nak pilih cokelat sendiri)
20 cukup kot mama..


beg yg wat aku tergoda nak beli #larikbajetlaki#



penat tunggu nenek shopping

   

pastu makan kt sini restoran Hj Ramli kat pantai cenang
dkt je dgn hotel kami

sedappppp



butter prawn



and...

esoknya hari we oll meninggalkan tanah mahsuri. tp lom balik KL lagi sbb nak sambung jenjalan lagi.

Echa awal pagi dah gi mandi laut dgn makcik pakciknya. me, hubby dan ayna lagi syok sambung tido..





 


kalau tido hotel suka je anak-anak melantak maggi cup




melaram dgn beg baruku
tu yg beg oren tu..
cantik x

mmg nak carik beg kecik camni senang la kalau nak travel pi kursus ke
beg yg ada cam dah tunggu masa nak rosak je

memula amik beg lain
tp time nak bayar terpk lak naper tak amik beg ni
kan trend skrg.. beg cengkerang keras ni

tgk ramai je amik
ada pink, hijau, blue
sume kaler blocking
cantik-cantik

time aku nak amik tinggal oren je
jadikla
harganya RM83.00
murah gak kan
compare kat KL ni harga ratus-ratus 

berguna tau letak coklat byk2 dalam beg ni..huhu..



bye-bye pantai
next time kita datang lagi yer
mmg next time nak tido sini lagi



 








balik tu singgah lagi Kuah..




mak long and pak long belikan candy utk anak-anak
thanks mak long and  pak long

apa yer yg aku beli??

hmm.. beli cokelat, beg, perfume, pemanggang ajaib jenama vantage (dah lama mengidam benda ni)

tak byk pun aku shopping kan.. pinggan mangkuk mmg xde beli pun

lunch dulu kat Jom Ikan Bakar. ni pun sedap-sedap. berderet-deret menu.

balik kena lalui semula macam time datang.. naik feri. bencii.. taknak dah naik feri lagi. kalau time balik delay dkt 3 jam, ni balik on time la pulak. feri kol 2.30 ptg, kelam-kabut we oll naik feri. tu pun bertolak-tolak lagi. adoyaiiiiii.... 

sampai je Jeti Kuala Kedah, dah tak sabar dah ni nak naik kete sendiri. mmg tak sabar sgt. dapat je naik kete sendiri, fuhhhhhhhh lega... lehla kalau nak sumbat baper bnyak barang pun kan..

abis sudah citer Langkawi..

tunggu preggy yg keempat lak kot baru pegi lagi. (wahh... yg ketiga ni lom kuar lagi dah plan keempat lak.. huhu)

next destination... 

we oll bermalam kat KEDAH lak.




16 comments:

Cho Zila said...

alamak sesangat menghargai tulissn disini .. umpama mengimbau kenangan akak di langkawi juga.. mesti pegi lagi kalau anak dah besar sikit... nak gi langkawi nak buat xtvt lasak sikit kalau pergi lagi..

lia said...

terbaekkk la....

boleh la kalau nk p langkawi, akak mai cni stadi apa yg patot... sbb lengkap amat ;)

SumeSakan said...

Wahh jenguk2 dah part7 dah...satg jengah part awal lak...bestkan leh cuti2 neh...lpas pantabv neh nak g jln2 gak lah....x sabornya...awak stay kat mana ni ek..pantai chenang ke?

QueeN TerataI said...

sempat lg beli beg eh.. mmg cun beg baru oren tu.. hehehe adoii g langkawi ni mmg seronok kalau bab2 shopping ni.. kdg2 tu shopping coklat je beratus. mcm la kat KL xde coklat ye x? hehehe lg best bwk duit kepuk2 bole beli periuk belanga set pinggan bagai... hehehe

Rai Ourkizuna said...

Amboii.. Yg dikendong belum keluar da plan no 4. Hebatt.. Haha..

~aYu~ said...

@Cho Zilathanks kak.. :)

~aYu~ said...

@liamai jgn tak mai..

~aYu~ said...

@SumeSakan aah.. ni kat pantai cenang. malibest hotel. mmg the best!

~aYu~ said...

@QueeN TerataI masalahnya duit tak kepuk-kepuk la queen.. beli pun berpada2 je mana yg nak guna je.. hihi

~aYu~ said...

@Rai Ourkizuna kikiki... plan baik puye la rai..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

cantik beg tu, itulah kan kat langkawi murah.., wah siap dah beli pemanggang vantage..lepas ni up n3 hasil masakan guna pemanggang vantage pulak..hihi..

Karukord jagau said...

sonoknyaa becuti ^_^

Ummi Iman said...

Rindu sgt dgn Langkawi. Tgk gambar2 ni lg menambahkan rindu.. :)

Kesuma Angsana said...

paling best cokelat dier hehehe

Riedaffya ibrahim said...

seronok bace trip ayu ke langkawi..dari part1 hingga akhir.maklum le nak pi langkawi Jumaat ni. InsyaAllah...

zakiah zakaria said...

nice photo..

best sangat pengalaman bercuti ke langkawi,

jomikuti pengalaman saya di http://ibuveronza.blogspot.com/