Alhamdulillah.. dah tau dividen dan bonus ASB. Naik la skit berbanding tahun lepas.. cukup la tambahkan duit yg tak seberapa byk tu... huhu... syukur...
Copy terus dari Berita Harian je..
KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan
menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lalu.
Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2
bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.
"Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010," katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.
Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion.
"Pendapatan dividen daripada syarikat pelabur menyumbang RM4.80 bilion atau 56.21 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.68 bilion atau 31.38 peratus," katanya.
Beliau berkata baki 12.41 peratus atau RM1.06 bilion dikumpul daripada pendapatan lain.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata tahun ini jumlah baharu pemegang unit seramai 543,000 bagi kesemua skim dan 472,821 pemegang unit ASB.
Mengenai prospek tahun depan beliau berkata memandangkan ekonomi Malaysia stabil, prestasi dana itu dijangkakan lebih baik. - BERNAMA

14 comments:
alhamdulillah ...rezki akhir tahun ni...
Alhamdulillah.... seronoknya.. :D
@Aisy Nasiha alhamdulillah.. rezeki kan..
@Ratu Hatiku dah siap kira.. anggaran je pun.. xreti sgt kira..
rezeki..kak pun tak faham sgt benda2 ni..
salam..yg blog jamal tu adalah blog suami kakak..sorry..dia tak logout pulak..ni bru kak nor sebenar..
bestnyer....nk buka ASB jgk lah nnt...
wah...byk tu..xsabar nk tggu thn dpn nk bwk kuar duit tu...hehe..
thanks utk info =)
Alhamdulillah...
alhamdulillah..
Alhamdullillah..selalu gak tunggu duit dividen ASB, kuarkan dia punyer dividen je..hehe
Waahhh syoknye.alhamdulillah rezeki kan.. :-)
ok jugak tu bonusnya..itulah org kata berkat rezeki menabung, ada juga hasil bonusnya..
Alhamdulillah.. rezeki awal tahun 2013 ni... byk tuuuu... ;)
Post a Comment