♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, November 14, 2012

Cuti-Cuti Gold Coast - Part 2

Sambung lagi citer holiday singkat kami ni. citer dah 2 minggu sebelum hilang ingatan pasal ni baik abiskan citer laju-laju.

Pas berjalan di tepian pantai, tibalah masa untuk dinner. mmg membantu la sbb kat Morib ni blur nak carik tempat makan yg ok. time kami pegi tahun lepas, puas pusing-pusing carik tempat makan sbb nak makan seafood puye pasal lastnya makan kat kedai makan yg makanan pun biasa-biasa je.

Dah ada dinner ni takyah la menyusahkan diri nak kuar carik makan dah. Makan sampai kenyang yer..

Tempat makan pun dalam khemah yang besar. Kat cafe hotel tak muat nak letak ramai-ramai. Abis dah bagi pakej murah mestila ramai yg datang kan.. Senang letak semua sekali kat dalam khemah. Meja pun bulat-bulat. Dah macam gi kenduri kawin la. Layan jela..


sbb awal lagi dapat meja kosong
kalau tak kenala share-share meja dgn orang lain

  

muka excited Echa sbb dapat jenjalan
 

camnila rupanya
nak kata dewan pun tak


menu dinner takde byk pun
takdela berderet-deret

chinese style..

nasi kosong, sayur campur, ikan sambal, ayam panggang dan tofu telur..

kalau nak nasi ayam atau mee kari ke ada je tapi kat meja nun belah sana


khemah tu besar, kalau dok tengah mmg jauh kalau nak top up makanan atau amik makanan kat meja lain..
malas nak jalan jauh pastu kena beratur panjang lagi..

time ni tak lalu sgt makan
taktau la nape
makan sikit utk alas perut

lalu makan ayam panggang je

lepas makan terus naik bilik
blur taktau nak jalan ke mana Morib ni

kol 10 malam dah baring-baring kat katil
anak-anak bosan la sbb awal sgt nak tido

tp, cakap dgn dorg kena tido kalau tak esok takleh mandi kolam.. huhu..

Pagi-pagi dah bangun. Mmg syok sgt tido sbb katilnya mmg empuk. Anak-anak bangun pun muka manyak hepi.. okla tu kan..

Apa-apa pun, kita breakfast dulu.. (walaupun muka memasing dah tak sabar nak terjun kolam)

Breakfast sama je kat tempat dinner semalam. Anak-anak terus pakaikan swimming suit. Malas nak naik bilik balik.


nak gi breakfast pastu nak gi terjunnn...


ramai orang time tu..
 
  

mee goreng ni mmg sedap
serius tak tipu
mee goreng mamak
selera makan ni je..


breakfast pun xbyk makanan pun
tapaukan sosej dan wedges utk anak-anak
pas mandi berendam mesti dorg lapar kan..

 mata memasing dah pandang water park dah (sebelah je pun)

ok..
time utk berendam dalam air..




3 comments:

Ujie said...

Okla kan..ssuai dgn rege diberi. Bolehla merasa. Apapun..anak2 la yg paling seronok!

rohayu osman said...

seronoknyer g holiday...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

ermmm mmg makanan dia x berapa best sgt pun, tp padanlah dgn harga pakej dia, eija masa g aritu pun time dinner x berapa lalu sgt nak mkn, tp sib baik breakfast dia boleh thn sedap..