♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Sunday, November 4, 2012

Ahad yang hujan...tido dan makan...

Mmg november rain.. Arini seharian dok umah. spjg ari ujan. kain yg jemur semalam pun tak kering tambah lagi dgn kain baru.. dah nak roboh ampaian tu. senget dah.. 

Encik hubby awal pagi dah kuar sbb ada event rukun tetangga. chewah.. mentangla org kuat KRT sini. bersemangat betul.

Dok umah melayan kerenah heroin-heroin yg ada je kejenya. si kaka okla sbb dah besar pandai jaga diri. yg adik la banyak sgt kejenya. minum air asyik tumpah kat lantai.. minum susu pastu terbalikkan susu. keje arini byk mop lantai jek.. haihhhh... penat tp seronok.. sbb anak-anak ada..

Lama tak masak. tak macam bulan pose tetiap ari masak. ni dah jarang masak sbb byk makan kat umah mertua jek. xmakan kang MIL merajuk.. huhuhu..

Tau dah mesti encik hubby balik lambat. pulak tu asyik ujan jek.. dalam peti ais mmg ada stok ayam dan daging. takat nak masak bihun ke mee ke.. mmg ada walaupun jarang masak. tp, daging yg ada ni lain sikit sbb daging korban. baik akak jiran sebelah ni. kami takde umah time raya tu dia tolong amikkan daging ni. daging korban kan fresh.. pastu tak liat sgt pun. rebus sikit je dah empuk..

Tekak ni teringin nak makan makanan faveret aku. Daging salai masak lemak cili api. tapi mana tang nak dapat salainya.. tak jadik salai.. 


masak dalam keadaan ayna tgh melalak..
sbb nak minum air vitagen setelah dia tumpahkan vitagen sebelum tu..

daging masak lemak cili api 
kalau ada kentang mesti lagi sedap
tp kentang takde..

taruk kacang panjang sbb tak rajin nak goreng sayur..
anak-anak ku gorengkan ayam je makan dgn  kicap..

encik hubby balik kol 1 ptg dalam kelaparan
sbb kat event tu ramai sgt org.. malas nak beratur amik makanan..

nasib baik bini masak yer bang...

pastu aktiviti tido...makan..tido... makan..

penat sgt pun ada sbb semalam wedding cousin
penat berposing jek... hehehe

syok sbb ujan makin  lebat
tp bosan la anak-anak sbb tak dpat jalan memana..
minggu lepas dah byk berjalan, minggu ni kita rehat kat umah je yer..


13 comments:

mama_saly said...

best juga tgk daging salai masak lemak..hehe...
dah musim ujan kan .. sama lah sy..lagi sedap makan tido makan tido...kalau asyik ujan2 gini..^__^

~aYu~ said...

mmg makan tido je semalam... haishh...

inazamri said...

lapar akak pgi ni tgk daging masak lemak cili api.telan air liur ni..sedapnyeeeee

Suraya Baharun said...

makan pulak hujan...memang sedap2..musim hujan ni memang best tido je...hehehehe..

Karukord Jagau's said...

Ujan2 kalau pekena biskut merie cicah teh panas pun sodap hehehee

anie said...

aah..weekend yang makan tido..makan tido...hujan2 sejuk besh....

sedapnye daging salai tue..

Rai Ourkizuna said...

fuhh..kalau dapat salai mesti best ni kann...

Golden Rose said...

tiap kali ahad mmg ni la keje sha pun...tidur, makan or if kerajinan melanda kemas2 umah

Nafira usof said...

menggiurkan jer tengok daging masak lemak nih..:)

Zura@Iwan said...

kt png pon musim hujan gk...bj mmg x kering betui la kdg2...

tu weekend x ke mn sgt..

SumeSakan said...

hujan mmg syiok tidor..tp x best sebab sakit belakang n tulang rusuk akibat pregnant nih wat tidur jadi x best...sedihhhh...

lama x makan daging salai masak lemak cili api...sedapnyaaa

rieda_ffya said...

rajin ye masak hujung minggu.,.

izzah said...

Feberet sy jgk tu...akak...share resepi pliz...nk try wat bg hubby mkn:-)