♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, November 30, 2012

Selera besar



Breakfast pagi ni.. 
Nasi lemak sambal kerang dan telur mata. 
Beli kat area umah je. kat area opis ni susah nak cari nasi lemak cukup sifat. 
sume tak menepati selera
kena beli kat luar gak. 
bosan asyik makan roti canai... roti telur.. tosei..
 alhamdulillah...






Thursday, November 29, 2012

Mereka buat aku kuat!






Kat opis walaupun tak jadi outstation arini sampai sabtu tapi tetap ingat kat anak-anak
rindu lak kat dorg ni
kakak Echa minggu ni kat umah wan dia (mak aku)
puas la berkepit dgn Ayna sbb kakak Echa takde
Echa nak tido sana sbb ada sepupu kamceng dia
tadi kol dia suara hepi je
dgr dia petah berciter itu ini..

tgk gambar tu hai dah dua anak mama ni
tetiba lak syahdu..
rindunya la kamu wahai anak-anak..




Tuesday, November 27, 2012

Ummmpp.. Red Velvet ♥




 sambil wat keje sambil ber red velvet..
ni ada abang kat opis ni yg jual.. mmg sedap..
lately ni kuat sgt mkn..
asyik makan je..
 perut cam ada angin.. lapar je memanjang..






Friday, November 23, 2012

Bosann.. melantak cheese..

Salam Jumaat.. taktau nk buh tajuk apa..

Lama tak menulis di sini. nak blogwalking pun xleh. Internet kat opis ni problem minggu ni (ooo... nampak benor slalu blogging kat opis yek).. kalau kat umah mmg takdela nak berblogging ni sbb mesti tido awal. Cepat ngantuk skrg ni. Biler anak-anak tido, aku pun tido.. 

Tgh lapar.. mestila nak citer pasal makan kan.. 

Ni time malam minggu kami.. aktiviti menambah lemak.. huhu.. nak kata dinner taklah sbb dah makan pun.. ni kira supper la..  tp wat aku muak yg amat..

Cheese naan best in town... tu banner dia la ada tulis... meh try best ke tak best..

Pegi kol 10 malam. bawak kakak Echa je. Ayna dah lama tido.. bagus.. leh mama papa makan dgn tenang.. huhu...


restoran ni la kat Medan Tuanku
dekat je dgn Hotel Lotus

tempat ni kakak dan hubby dia yg ajak makan sini
ok.. join je dorg makan
kan geng makan kami ni



Echa yg ngantuk tp nak gak dia try cheese naan ni..



tu dia...
mmg tergoda dgn cheese nya
tp biler dah masuk tekak mula la rasa muak..


echa dan mak uda 
geng kuat makan kami... hihi..

sedap gak tp aku cpt sgt rasa muak
takleh makan slalu tau..
kang makin tembam lak..

 :)
 

Monday, November 19, 2012

Kito sapa kelate doh..

Kelate.. mmg teruja je nak pegi sbb dalam Malaysia ni Kelantan je aku tak penah jejak kaki. Tp, teruja pegi kalau dgn family je ni pegi sbb urusan keje takdela teruja sgt pun. Sedih adala. sbb tinggalkan anak-anak. Tak suka kursus jauh-jauh... pls la.. ingat suka sgt kot jauh-jauh ni. org lain mgkin suka, tp aku tak.

Pegi pun terpaksa sbb ada bengkel perjawatan. Keje org lain tp terubat hati ni sbb pegi naik flight. Sejuk hati ni... hihihi.. kalau naik bas mmg nak mogok muka masam je.. huhu.. jabatan lain yg pegi pun sume naik flight. Bas pun x disediakan pun. okla kan..

Isnin dapat tau yg esoknya kena pegi. alahai.. last minute baru dpt tau kena pegi.... time hubby antar gi opis dulu sbb naik kete jabatan nak gi LCCT mmg dah tak sedap ati. rupanya kete yg kami naik tu rosak la kat MEX.. nasib ada driver lain yg leh antar kami. kalau tak, ada yg tertinggal flight ni..

Entry byk gambar makanan je... yg dok semeja aku bersabarla sbb dapat lak minah yg asyik amik gambar makan jek..



time sampai
Hotel Rennasaince Kota Bahru


tu dia bilik dia yg sgt cantik 
katil queen-queen

kalau gi sendiri tak dapat la nak dok sini.. mahal gilos..




amboi.. dasyat.. bilik air pun ank amik gambar gak.. haha

Taklimat start kol 5.30 ptg.. jenjalan Pasar Siti Khadijah dulu.. first time segalanya teruja.. slalu dgr org dok citer je. baru tau camne rupanya pasar tu.



cantik-cantik tp x beli pun.. sayang duit.. huhu..

Taklimat macam biasa je.. tak sabar nak tunggu makan.. makan kat hotel la katakan.. sure sedap-sedap dan dah terbayang makanan yg berderet-deret..

fuh.. mmg betul pun.. makanan byk sgt.. sume nak kena rasa...












ni sume yg aku bantai makan.. hoho..

Malam tu ceramah sampai kol 11 malam.. terhanguk aku tahan ngantuk.. byk kali terlelap mata ni.. tak sabar nak menghempukkan diri kat katil yg empuk tu.

Breakfast... bantai makan lagi..

 


Pastu lunch la.. chinese style..

 
 

Pastu kelas macam biasa... bosannnn....


time bosan..
boss snap gambar kami dgn instant pic..

Dinner lak.. malam kedua special sbb ada steam boat..







ari last..
 muka tak sabar nak balik
tp neves sbb ada presentation group lak
jabatan kami yg first lak tu..




gaya ala datin.. hotel mahal kan..
berlagak org kaya jap..

 



lunch kami..
makanan kat sini mmg sgt sedap...

Flight balik KL kol 5.05 ptg.. check out kol 1.30 ptg sambung gi Pasar Siti Khadijah balik. Malam sebelum tu kelas abis awal. ramai yg gi wakaf che yeh.. aku tak pegi pun sbb ingat jauh.. rupanya dkt je dari hotel ni. ramai yg pegi naik teksi je. rugi..rugi...



bye-bye Kelate..
lain masa jumpa lagi yer..


sempat beli Murtabak Raja..

 :)