♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, September 14, 2012

Shopping di hujung jari... Tudung..

Lagi 2 hari syawal akan meninggalkan kita. sedih je terasa seperti baru nak sambut raya. yela arini ari Jumaat pastu dgr lak lagu raya kat HOT FM pagi tadi.. huhu.. serius rasa macam baru nak raya jek.. hehehe..

Okla.. nak citer pasal kegilaanku skrg ni. shopping online. skrg dah senang leh shopping online je dan barang akan sampai di depan pintu umah atau opis anda. hihik..

Slalu shopping tudung jela kat online ni. malas nak kuar dan kadang-kadang susah nak carik design nak kita nak tu. kat situ je yg kita suka dan berkenan. terus la ku grab..

Aku suka dgn koleksi tudung dari JELITASARA ni. 


Dah byk kali beli dan mmg puas hati. harga mmg la mahal tapi kain pun sejuk je. mmg selesa utk pakai. Tak ingat dah berapa byk aku dah abis duit kat sini.

Tunjuk gambar mana yg ada je sbb gambar lain yg pakai tudung dari JELITASARA ni byk sgt foldernya nak kena carik. tak rajin la nak bukak folder satu-satu nak carik tudung yg ku beli tu. Tunjuk yang mana ada jela yer..






ni yg latest tudung yg ku beli kat sini utk koleksi syawal tahun ni
si model tu pakai apa pun cantik je kan


tp, bila model ni pakai lagiiiiiiiii cantik kan.. 

Lagi satu dari BOKITTA ni. yg ni baru first time try. baru je sampai Rabu aritu. Tengok kat rancangan Saffiya pasal shawl dari Lebanon ni. dah siap jahit lilit sume tinggal sarung je. mmg sesuwai utk org yg malas nak membelit macam aku ni. Butik Bokitta ni dah bukak di Hulu Kelang. Nak pegi tak terpegi-pegi. dah lalu byk kali tp takde lak nak masuk situ.

Masa awal bukak takde lagi delivery ni. skrg ni dah ada postage. terus nak cuba satu kot-kot sesuwai la dgn wajahku yg gebus ni.

Mmg takleh nak pakai tudung syria atau shawl yg berbelit sbb pipi yg dah macam kena inject botox ni. tp, sbb nak memuaskan hati yg tak penah puas ni, cuba la beli satu kat sini -----> BOKITTA MALAYSIA


shopping kat FB  ---> Bokitta Malaysia
first tgk gambar yg kita nak kat album sbb ada code dia
pastu PM je kat dorg
kejap je dorg balas
nanti dorg akan msg akaun no bank
dah byr msg blk kat dorg
pastu akan dapat tracking no

mmg cepat
order hari Selasa kol 4 ptg
soknya tengahari dah sampai kat pintu opis..
hehe.. salah guna alamat opis utk barang camni.. aci tak?


order yg ni
model ni mmg superb cun

meh tgk aku pakai lak...
 
 

cun x? cun x?
wau.. sure uolls terpegun kan.. ahaha..

dia ada anak tudung
pastu cuma sarung je shawl tu yg dah siap lilit jahit
mmg mudah kalau utk yg suka pakai camni
 ada byk lagi design dia yg nampak macam berlilit-lilit tinggi
tp ni aku beli yg basic je

taye hubby dia sume ok jek.. nak jaga ati aku la tu
taye Echa, dia kata cam pocong..
uwaaaaaaaaaaaaa..

 OK... 
dah puas hati dah dapat beli shawl dr BOKITTA ni

untungla pada yg pipi cantik, kurus tu (pipi pun kurus gak ke?)
pakai apa pun cantik kan...
aku lebih suka pakai tudung lycra je..

 wat masa ni cuma byk beli tudung online je
dress/blouse belum penah try lagi
hampir-hampir ada la
:)


19 comments:

mamavogue said...

cantek nyer... tudung & tuan punye tudung tu :)

eh shawl bokita tu pun canteklah!
seayu tuan nyer :)

nak try usha gak lah! tak penah lg beli tudung online. baju mamavogue ngan hakim selalu lah..

:: Mrs.Eady :: said...

shopping online ni berantuuu..hehehehe..

~aYu~ said...

mamavogue,
tolong..tolong jgn kata cantik. sbb nanti nak beli lagi.. hihik

Mira Adzlia said...

hihi....mmg cntik....tp skang xley..kne tgu gaji pulak..hihi

Liza Razak said...

shawl bokitta tu cantik :)minat la pulak

~aYu~ said...

:: Mrs.Eady ::,
betul..betul.. leh addicted dgn tu..

~aYu~ said...

Mira Adzlia,
hehe.. sila kan.. mira lagi hebat shopping online kan..

~aYu~ said...

Liza Razak,
mmg cantik dan byk design. tp yg warna gelap byk yg sold out.

ieedaz @ mama_isha said...

Of course la cantekkk :-)

Azhariah Zuber said...

cantik juga. cuma labuh tak jelitasara tu?

Nurul a.k.a Riko said...

Canteknyer tudung yg Ayu beli tu...sweet jugak mcm tuan tanah blog nie jugak.

Mama Gee said...

cantikkk!
mmg skrg ni mcm2 kedai online ade...rambang mata..tu nak ni nak..tau duit abes...hik3

♥ ROS ♥ said...

Cantik gak tudung dia... Byk moden dh skrg... :)

rieda_ffya said...

cantik jelita sara punye tudung..kene terjah gak tu,,,tp mamaa ayu pakai lg nice tau..

ChocolateStrawberry Hijabs said...

Hi dear,
Feel free to visit our blog shop.
Thanks. :)

http://chocolatestrawberryhijabs.blogspot.com

Nawal Najah said...

Jom shopping di http://nawalnajahcollection.blogspot.com/

Anonymous said...

Slm. Mmg cantik. Tpi mak ai...buat ler labuh sekurang2nya tutup tut tut. Masyaallah.

Anonymous said...

Quality articles is the main to invite the viewers to pay a quick visit the site, that's what this site is providing.


Also visit my blog :: Las Vegas Refrigerator Parts

fairuzia azmi said...

Salam..lawa je mama echa pakai both express tudung and bokitta. Saya ni xminat tudung express tapi mmg banyak tudung bokitta..ala share dgn sister..hehee..anyway, if beli bokitta saya selalu beli kat www.myvalorem.com skrg ni tgh year end warehouse sale. Seronok shopping sakan kat situ..OMG mmg murah2..Banyak discount utk bokitta and tudung express pun dorg ada..cuba la tgk...jamu2 mata..kot2 ada yg berkenan ke..hehee..