♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, September 10, 2012

Matta Fair 2012

Jadi gak kami ke MATTA Fair kat PWTC. ikutkan mmg malas dan kepala pun tgh pening tapi sebab nak tau apa promosi yg best kat situ, gagahkan juga ke sana. Jumaat dari opis terus gi sana.

Just nak share apa yg ada kat situ. 

Sampai je ada booth utk LEGOLAND Malaysia. Mana-mana je hangat org berciter pasal LEGOLAND ni.  byk je promotion pasal tempat ni. tp, kami lom lagi nak ke sini wat masa ni. tunggu la bile dah lama bukak.... lagipun baru lagi ke USS bulan 4 aritu. serius mmg best tempat dia. Harga kalau tak promotion mmg gila mahal. kat sini la leh dapat harga murah. murah pun Rm100 lebih gak tiket dia dari Rm200 lebih.. hmmm..






Nak masuk kena bayar tiket tiket RM4.00 sorg. Echa free. Dapatla goodies bag. Time pun limited sebab nak balik awal pegi open house jiran. Cuma pegi ke booth yg kami nak je. Kami plan nak gi KK Januari depan. Masuk je terus carik booth Sabah.

Sesi menggumpul pamphlet bermula...  jalan je ada je yg hulurkan pamplet.


 
 
tp, byknya travel agency
hotel tak nampak la pulak
ke tak perasan ni?
amik je pamphlet yg ado

Pastu, kami carik booth AFamosa. kat situ boleh terus booking hotel. kena tau tarikh yg nak pegi, bayar full payment dan dapatla voucher. Tp, ntahla.. mmgla murah tapi hanya utk hari tertentu jela. Rasanya kalau pegi weekdays atau bukan cuti umum, mana-mana hotel pun akan dapat murah kan.

Tiap kali MATTA FAIR, mesti ada je yg wat promotion pakej penginapan free. macam SWISS GARDEN ni. dah dua kali lalu, dua kali gak salesman dia tahan kami. Konon nak bagi promosi percuma tp syaratnya kena duduk dan dengar penerangan dorg. ok.. kalau bulan Mac dulu kami malas nak layan, kali ni kami nak dengar dorg puye marketing strategy. apa yg dorg nak kasi pusing citer.. manala ada benda free. mestila dorg akan suh join jadi member kan.. kalau dapat lucky draw tu lain la..

ok... janjinya.. duduk dan dengar dorg cakap akan dapat voucher kan. sama ada nak atau tak nak, tetap dapat penginapan percuma. while dah duduk, dorg akan bagi form nak kena isi. form utk redeem voucher. pastu dia akan taye kekerapan kita bercuti.. pakej yg kita nak.. aku dan hubby dengar dan tunggu je satu ayat ni. ayat yg berkaitan dengan bayaran. Lama la pulak nak tunggu part tu. Aku cakap la nak cepat sbb nak balik awal. Terus dorg shortkan dan terus ke payment. ha.. tunggu yg nak dengar tu. dorg kata tak paksa nak amik ke tak. yuran keahlian adalah RM1500 setahun. gulppp.....  dan macam-macam la keistimewaan kalau dah jadi club ni. malas la nak tau sbb dah dengar harga ribu-ribu tu. terus takde mood nak dengar lebih lanjut. tapi, tak dapat la voucher sbb syaratnya kena dengar taklimat dorg selama 45 minit.. ok.. buang masa kami jek.


Dinosour Park kat Pusat Sains Negara
nanti nak bawak anak-anak gi sini jela
tiket pun murah

mmg takde apa pun yg kami amik. byk dengar je. kol 7 malam terus balik. tu jela yg dapat share kat situ. byk sgt hotel tp kami cuma survey yg kami plan nak pegi je.

:)


9 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

matta fair best kannnn :)

Kakzakie said...

Oh.. Ayu plan nak ke KK ye.

Legoland dekat dengan tempat kakak tinggal tapi kakak bayangnya pun tak pergi lagi tengok..

Rai said...

tak penah lagi pegi matta fair.. takut gigit jari tengok offer macam2.. maklumlah..kita bukan orang beruang..hihihi..

ieedaz @ mama_isha said...

Sy xde kesempatan pun nk g matta fair tu... tp teringin gak nk gi legoland tu hihiii

adianiez AIDA said...

apa yg terjadi kat ayu tu pernah terjadi kat aida. tapi aida lupa travel agency mana. and bukan aida jumpa kat mana-mana. diorang call and invite aida gi d'village resort kat ayer keroh tu. kata nyer, dtg je da dpt voucher 1 mlm free. ok la. aida pun gi. dia kata pula kena dgr ceramah. ok la. mula-mula agak menarik. but after 10 minit aida dpt tangkap yg diorang ni menjual something, bukan sekadar nak promote. after 20 minit, baru salesgirl tu kata pasal membership. aida tak lengah 1 minit pun terus tanya how much kena byr as a member. dia pusing2 lagi citer tanpa jawab soalan aida. after 30 minit, husben aida da usik2 lengan, aida tanya sekali lagi. dia pun inform la ~ RIBU RIBAN jugak!!! terus la aida kata tak berminat. salesgirl tu siap kutuk aida depan2 lagi ~ "puan ni tak pentingkan famili!"... dgn sopan santun, aida balas ckp dia ~ "buruk2 saya yg tak pentingkan famili ni, sekarang saya bersama husben saya. kami tetap ada together setiap malam tak kisah la jadi ke tidak member pakej awak ni. yg awak tu buat apa kat sini? laki awak kat mana? kat rumah? saya dtg sini da cukup baik tau. awak bazirkan masa saya bersama famili tau!" terdiam dia.
voucher 1 mlm tu pun bleh guna weekdays saje. weekends, public holiday & school holiday x bleh guna.
aida koyakkan voucher tu & balik serpihan nyer kat salesgirl tu.

Nurul a.k.a Riko said...

Ahkak mmg plan nak bawak anak2 gi cuti2 ke Legoland...tp tu lar...tak tahu nak perginyer bila.

Beshnyer nak gi ke KK next Jan.

~aYu~ said...

:: Mrs.Eady ::,
mmg best kalau ada promotion tp sume weekdays je..

Kakzakie,
huhu.. amik gambar kat pintu depan jadila kan kak..

Rai,
sbb tak berwang la time promotion kena pegi.. huuhu.. tp hampeh gak..

~aYu~ said...

ieedaz @ mama_isha ,
betul.. mmg seronok tgk promosi macam-macam.. tp nak kena tahankan hati la.. hehe

adianiez AIDA,
fuhh.. bagusla cakap macam tu kat budak sales tu. kekadang mmg kita dgr dorg cakap leh wat sakit hati tp tak terkeluar lak kat situ. ayu selalunya dah abis baru la terpikir apa yg patut kita cakap. ayu kena belajar jadi kuat menjawab ni.

Nurul a.k.a Riko,
tgk LEGOLAND mmg nak sgt pegi.. tp tang tiketnya yg mahal tu sabarkan hati dulu. lgpun awal-awal bukak byk yg takde lagi. tunggu la lama-lama nanti dah ada macam-macam games..

KK tu plan je. ntah jadi ke tak. flight pun xconfirm lagi.. huhu..

Nana said...

tak pernag g matta fair
takut tak tahan godaan hahaha
pasal yg dapat vocer free penginapan tu biasa nye saya dapat call
pernah sekali dari the mines
dia kata nak kasi voucher otel bole pilih cameron, langkawi lg satu mana tah
mmg dekat 2 jam dgr dia bebel
dah dgr yuran kena bayor ribu2
tros kata xminat
tp last2 dapat juga vocer tu
mcm bese la
xleh guna weken
weekdays je