♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, September 27, 2012

Dapat gak PA..


Ni P.A ku utk arini. Ikut papa dia dtg opis ku sbb nk bwk gi bank. Kat opis bank jauh. Takde kete terpaksa la mntak tolong encik hubby. Dia amik echa kat skolah terus bwk gi opis. Dah settle sume, dia nak ikut lak masuk opis. Takpela. Ku tak bz dan keje pun x byk. Leh la bawak dia.. Ramai je tukang melayan. Huhu..

Breakfast.. Menyesal..


Breakfast pagi ni
burger home made
mmg mantop
 taruk mayonis bebanyak
wat utk kakak Echa skali utk bekal dia kat school

errkkk.. alhamdulillah.. kenyang..

tengahari dah takyah makan
makan oat jek..

p/s : risau dgn kakak Echa kat school tu camne la. malam tadi denda dia xleh minum susu dgn takleh tgk cartoon sbb dia main-main time belajar.. seminggu ni mmg bg can kat dia tp malam tadi dah kurg sabar. Xde la marah dia ke hape. Cuma denda je. Hubby xde gi berbadminton. kalau dia ada, mmg xdpt la nak wat camtu kat anak. jgnla perut dia masuk angin.. pagi tadi citer dgn hubby.. hubby cakap ku kejam.. aiishhhh.. menyesal sungguh...




Wednesday, September 26, 2012

Sombongnya.. (︶︿︶)

Best ke yer jadi org sombong ni? kalau tak senyum, muka masam je orang suka yer? ntahla. ada sorg ni kan mmg susah nak senyum atau tegur aku. apa la masalahnya yer? rasanya ku ni mmg murah senyuman tu pasal ada yg panggilku ni awek senyum.. wuhuhuhu.... (sendiri puji)..

Dgn org lain elok je dia menyembang... hmm.. dia segan kot nak tegur diriku. Lantakla asalkan ku tak menyombong. asalkan ku bahagia kan..

Ya Allah, jauhilah aku dari sifat sombong ini..




Saintis Muda!! - Part 2

Pusat Sains Negara.. penah pegi sekali dulu masa zaman anak dara. bawak anak sedara jenjalan. skrg ni bawak anak-anak sendiri lak. mmg byk yg ku lupa dari tempat parking, tempat masuk mmg xingat. cuma tang ikan-ikan besar kat situ je yg ku ingat.

Dinosour Live ni ada pintu lain. Nak masuk kena tunjukkan tiket kat staff situ. Tempat dia takla besar sgt pun. kalau ramai-ramai masuk mmg padat la. time tu kami dgn beberapa org je yg masuk.
 

Echa kejap takut.. kejap berani..



waaa... besarnya










Ayna pun sibuk gak nak jadi saintis




berpinar mata..


layan anak-anak main kat playground..


last skali mesti ada souvenir
ku suka beli gambar camni
ada org amikkan
Echa nak pulak duduk kat atas dinosour tu

RM10 satu gambar (kalau xsilap)
 saja wat kenangan kan... :)



Tuesday, September 25, 2012

Saintis Muda!!

Bosan taktau nak kemana cuti weekend lepas. mana la mau pegi melepak ni. dok umah sure tido je ni. baik bawak heroin-heroin ni kuar. okla gi cari buku utk kakak Echa la. try cari kat Kinokuniya KLCC. ikut hati nak je ajak hubby gi kedai buku kat Jalan TAR tu. sambil menyelam, sambil minum air.. hehe.. tp, dah tau mesti dia malas puye dia adanya heroin kecik yang makin mengganas ni. pegi tempat yg lapang dan selesa jela. Memula gi KLCC..

Gi sana awal lagi tak ramai pun org. Terus naik tingkat atas sekali nak gi Kinokuniya. Puas belek-belek takde pun buku yg dicari. kena carik tempat lain la. Sebelum tu makan dulu kat food court situ. Nak balik cam awal lagi. Baru kol 1 ptg.

Hubby taye nak gi Pusat Sains tak tgk Dinosour?? Echa dah dengar tu mmg laju jela dia cakap nakkkk... haishh.. dah dia berkobar sgt mama ni ikut jela.

Nak masuk sini kena bayar RM15.00 utk adult. Leh masuk Galeri dgn Dinosour Live. Utk 3 tahun dah kena bayar tp utk Echa time tu abang kaunter yg hensem tu bagi free. hihi..

Ramai budak sekolah time tu yg wat trip kat sini. Time kami dtg, dorg pun tgh beratur nak balik dah. Kalau tak sure penuh dalam tu kan..


 teruja tgk ikan-ikan besar
takyah gi Aquaria


ayna takut tgk dkt-dkt..


Echa suka bereksperimen dgn sume benda kat situ 
 



ayna pun sibuk nak try gak


nak tgk dinosour

Dinosour Live
dinosour yg direka macam real puye siap ada bunyi dan leh gerak lagi
dalam tu pun gelap
tp dibenarkan utk amik gambar

kakak Echa dan Ayna mmg takut sgt sbb dalam tu gelap pastu ada bunyi menggerunkan lak..


buaya yg sgt besar..
camne la kalau betul-betul ada buaya sebesar ni sekarang yer?




waaaaaa.. sgt tajam gigi dia..
 Ayna mmg taknak turun langsung sbb takut..


sambung lagi yer..
sbb slow lak nak upload gambar-gambar dalam ni..

Monday, September 24, 2012

Time Open Day School Echa

Sabtu lepas school Echa ada wat open day. Ni utk semester ke2. sbb dah tau camne rupanya time pegi bulan 4 aritu utk semester 1, kali ni awal-awal kami dah pegi school Echa. Adik Ayna tak bawak cuma Echa jela yg ikut. sampai sana tgk takde pun byk kete.  time tu dah konpius. kot-kot minggu depan. Ada je nampak teacher kat situ. Kiranya mmg bukak la. Terus taye teacher dia betul ke aritu tu open day? mmg betul la cuma tak ramai sbb aritu utk 4 years dan 5 years je. oooo.... patutla tak ramai..

sampai je terus meluru carik teacher kakak Echa. Ok. cantikla takde parents pun time tu. kami la yg terawal.. hehe.. time ni mood teacher pun tgh ok kan. so, leh la layan persoalan kami yg bertubi-tubi ni. byk nak taye ni. dah siap plan dari umah lagi. huhu..



tekun je dengar apa yg teacher Ekin cakap
byk kami taye pasal Echa
risau la sbb anak pertama sekolah
baru sekolah tadika tapi dah rasa macam sekolah betul-betul ni.. haihh..

tgk dari result exam Echa, markah dia ada yg bagus, ada yg baik ada yg cukup-cukup makan jek
BM Echa 100%
terkezut tgk paper BM dia
yang lain sume 80 ke atas cuma BI je
kami mmg kurg tekankan BI kat umah
cuma certain word je

mmg pasni kami kena byk berkomunikasi dgn dia in English

reading Echa pun agak lemah compare dgn kawan-kawan dia
mmg kami dah perasan tang tu sbb kat umah Echa tak dpt catch up apa yg kami ajar
so, ingat kat school dia leh fokus la

dah tau kekurangan Echa ni mmg ku dan hubby kena usaha keras
bukan xde ajar tp kami kena belajar cara nak tarik perhatian Echa dan ajar cara teacher dia ajar kat school
sbb kami rasa Echa confius
kat umah kami ajar A, B, C, D..

tp rupanya dah lain

ku dan hubby pun dah belajar dgn teacher dia..
sbb takde parents yg nunggu, so leh la lelama.. hihi..

mmg la risau sbb Echa tak dapat baca dgn baik

tp, Echa dah pandai melukis dan mewarna yg masa mula-mula mmg tak reti
cuma amik masa yg lama la..

Echa pun dah pandai baca al-fatihah, doa-doa dan surah-surah pendek..
tu dah wat kami tersenyum dan bersyukur

takpe..takpe..
mmg kami kena keja keras utk didik Echa dan adik Ayna
pasni mmg nak kena wat schedule study
mmg kena buang rasa penat jauh-jauh
demi Echa dan Ayna,,

harap Echa boleh catch up apa yg kami ajar
tgk CD sesama macam mana nak ajar sebutan fonetik
sama-sama belajar dgn Echa sbb ku dan hubby pun taktau sebutan yg betul
 
utk Ayna pun kami dah start ajar dia
belikan mainan education utk dia

moga kami sabar dan berjaya mendidik anak-anak dgn baik

 

Thursday, September 20, 2012

Bila Anak Dara Mengadu..

Alamak, pening lak tgk interface baru blog ni. Nak kena jadik macam budak baru belajar. huhu..

Macam-macam benda berlaku lately ni. byk betul dugaan. Malas nak dipikirkan sgt kang leh berserabut kepala otak ni. 

Kelmarin, Echa balik skolah ngadu kat nenek dia (MIL). dia kata Echa lapar sgt. Echa nak bihun goreng, tapi teacher tak bagi. Dia kata kawan-kawan dia sume dapat. Echa jek tak dapat. La.. asal lak ni? Echa jarang citer pasal school dia. Kalau taye pun, sume taktau. Sume ok je. Tp, yg ni.. mmg dia geram sgt la tu. Cepat je sampai citer tu kat papa dia. Angin la papanya. Terus la hubby kol aku citer pasal anak dara kesayangannya tu. 

Aku kol cakap dgn Echa, mmg laju je dia berciter. Sambil suara nak nangis. Alahai, syahdu sungguh.

Hubby suh kol teacher dia. Tp, aku malas nak kol sbb taktau citer. Takkan nak terus serang je kan..  Manala tau Echa yg taknak makan ke. Sbb Echa ni cerewet sikit makan-makan ni. Tp, mmg la hati ni sentap.. Tp rileks dulu. Hubby suh kol gak. Dia kata kalau ayang tak kol, dia yg akan kol. erkkk.... ok..ok... kang ntah apa la dia cakap dgn teacher dia tu. Baik aku yg kol. Dapat cakap dgn pengetua dia sbb no hp teacher dia takde lak. Cakap pun elok jela. Cuma taye je. OK. Pengetua dia akan taye teacher dia..

Ingat nak taye time Open Day school dia Sabtu ni.. 

Hmm.. rasanya patut tak aku kol? dah kol dah pun tapi rasa serba salah lak. kawan aku kata kol jela sbb kita bayarkan. lagipun nak taye je kan.. Aku bayangkan yg nanti teacher dia akan layan Echa tak ikhlas je . Taknakla camtu kan.. Risaunya la. Anak pertama sekolah mestila risau memacam. Tiap ari taye dia, ok ke kat skolah? ada kawan x? teacher marah x? sampai dia lak malas layan soalan mamanya.



Open House Raya dan Hari Malaysia Part 2

Sambung balik citer penutup raya open house umah mertua ni. Gambar byk sbb asyik klik-klik je. Tp, keje jalan tau.. kemas tetap kemas.. huhu...

Memang tak sangka ramai yg dtg open house kali ni. sbb bajet mesti ramai yg balik kampung kan.. penuh gak umah, khemah sampai xmuat nak duduk. Rasanya tahun depan kena wat dua khemah la.


FIL melayan tetamu


kawan baik hubby
yg baju oren tu sepupu hubby


MIL dgn mak-mak sedara
cikgee @ MummyGee dan cik Mah




senyuman kekenyangan..


dengan mak-mak sedara


sorg mak sedara MamaMiraki @ cikNab takde sbb beraya di Johor

 

dengan aya
kawan kami


happy family



melayan jiran sebelah umah kami


me dan hubby
sedondon tak dgn warna khemah tu..
hubby taknak pakai tshirt kuning
dah siap gosok tp dia xnak tukar
sbb dia kata nampak tambah gelap.. hihihi...


dah tukar uniform..

kol 8 malam masih ada lagi org yg datang
tp, kami dah start kemas slow-slow


jiran sebelah umah mak



tgk dorg ni main rasa terhibur je ati
hilang penat tgk dorg ni

kol 9 malam kami dah mula mengemas kasi bersih
 rasa cepat lak majlis abis
lauk pun byk yg abis
mmg ramai yg dtg tahun ni
berduyun-duyun...
 
 nasib baikla Isnin cuti leh rehat 

abis dah kisah raya tahun ni..
pasni kisah raya haji lak
shopping kain lagi utk baju kurung...
tema dah ada sbb ikut kaler baju hubby yg dia tak penah pakai lagi
wat time bujang sampai skrg tak penah pakai

tak sabar nak beraya aidiladha lak.. huhu..
insyalllah turn raya haji tahun ni kat kampung hubby di Johor...