♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, August 6, 2012

Try Jus Buah Delima..

Pagi ni semangat gi keje. Jalan pun tak jem sbb warga Selangor cuti. Jeles.. hihi.. Sampai je opis dapat botol ni. Botol jus delima. Beli dgn opismate. Memang dah sedia maklum akan kelebihan buah delima atau buah syurga ni. Banyak khasiatnya. Beli satu dulu, cuba dulu, baru beli utk mak abah.


Dalam sebuah hadis mauquf dan marfu’, Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa Buah Delima termasuk dalam buah Syurga.

“Tak satu pun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima Syuga”

Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasullah SAW bersabda;

“Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad)

Sebagaimana Firmman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;

“Dan Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari phon-phon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan tandan buah yang mudah dicapah dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengndungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”

Kelebihan Jus Delima Asli (Pomepure 100% Pure Press Natural)

Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.

Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan Jus Delima Asli 100% “Pomepure” bebas daripada campuran bahan pengawet.

Delima Mengurangkan Berat Badan

Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan, Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan menginkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.

Delima Memberi dan Merangsang Tenaga Batin

Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus delima” kata penyelidik

Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Jus Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung

Meminum Jus Delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung apda waktu malam. Jus Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.

Delima Melawan Kanser Payudara

Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.

Delima Melawan Penyakit Jantung

Jus Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi ;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol

Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.

Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah

Jus Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

sumber : http://khasiatjusdelima.wordpress.com


Nak cuba dulu, nanti apa-apa perubahan aku bagitau yer.

 

8 comments:

lia said...

suka jus delima ni, bkn brand ni, pakai rembat jer apa kat market sbb sedap he3

~aYu~ said...

lia, tula dak opis pun kata sedap. makan camtu je. tu yg wat ayu nak try ni.

mummycda said...

pati delima gulsan nie macam femes jer...ramai yg makan....ida tak try lagi...org cakap sedap....hihi

Kakzakie said...

Kakak consume air delima ini Ayu. Kakak beli sekali product appricot dia. Tapi anak-anak kakak tak mahu minum dia kata masam. SO kakak dgn abang je yg minum..

Suraya Baharun said...

su baru 2 minggu makan jus ni + cuka epal..memang banyak khasiat..

~aYu~ said...

mummycda, oo ye ke? xtau la pulak sbb dia byk brand kan. tula kawan-kawan cakap sedap. buka pose nanti nak try.

Kakzakie, ada yg masam, ada yg manis kot. ayu kalau ok nak belikan utk mak abah.

Suraya Baharun, akak opis pun cakap pasal cuka epal ni. ok. next nak try cuka epal lak. :)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

yup hari ni g keje jln clear sbb selangor cuti..

x pernah lg try minum jus buah delima ni..

Anonymous said...

salam..sy baru jumpa produk jus delima 100%..cuka apel pon ada..blh tgk kat fb sy fb:CheeseNk Kelantan