♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, August 6, 2012

Syoknya Berbuka Pari Ikan Bakar & Siakap Kukus

Semalam Ahad tak ke mana. Mood nak kuar takde. Hubby banyak kali taye taknak gi mana-mana ke. Aku tetap taknak. Penat mengemas rumah malamnya. Membuang saki baki kuih muih dan tepung kek yg dah setahun dalam kabinet dapur. Kosongkan nanti boleh letak stok kuih baru. dekat 2 plastik hitam besar gak la. gini la kalau dah bekerja, balik lak penat, weekend lak jalan je, mana ada time nak selongkar kabinet dapur. huhu..

Kami nak berbuka pose kat umah je. Kira first time utk tahun nak nak merasa buke pose kat umah sendiri. Kami mak abah memasing duduk dekat-dekat. Takde masalah nak berbuka pose kat mana-mana pun. Dorg pun mesti kol taye nak buka pose kat sini tak.. Mestila suka anak-anak makan sama-sama kat umah kan..

Anak-anak mertua yg jaga, jadi banyak berbuka umah mertua la.  Umah mak aku tak tentu. Kadang ari Selasa dan Khamis. Kadang ari Selasa jek.

Semalam mmg betul kuat semangat nak berbuka di rumah sendiri. Nak masak.. Walaupun mak dah kol masak lauk faveretku keladi asam rebus, tp diri ni tetap gak nak masak sendiri buka pose kat umah sendiri. huhu.. Hubby pun tak kisah. Penuh dgn sokongan sbb tu la rajin nak bawak bininya gi NSK, Selayang. Kol 2.30 ptg baru nak gi pasar. hehe..

Menu semalam.. 

Ikan pari bakar sambal dan ikan siakap kukus. Udang ingat nak goreng tepung tp tak jadik. Goreng biasa je. Nak masak pun tak selesa sbb si kecik Ayna taknak tido. Puas papanya mendodoi, susu 2 kali buat pun tak tido-tido gak. Mungkin seronok sgt nak menolong mamanya kat dapur macam kakak Echa.

  
First time merasmikan periuk kukus yg beli kat Pasar Payang, Terengganu.. 
Periuk kecik so ikan pun xleh la besar pun. 
Kang x muat.

ikan siakap kukus yang sedap
tu hubby dan Echa yg cakap.. hihi.. 
Echa makan sampai tambah nasi dan ikan


Lama tak tulis resipi kat sini kan..

utk ikan siakap kukus ni, bahan-bahannya ialah -

ikan siakap (of course la kan.. hihi)
bawang besar
bawang putih
halia
asam keping 
asamboi 2 biji (kalau xde pun xpe)
cili padi (kalau nak pedas, tp aku tak pakai pun sbb untuk anak-anak makan)
lada benggala / capsicum
sos tiram
tepung jagung utk pekatkan kuah
 garam sikit
gula satu sudu kecik sbb air dari ikan akan memaniskan kuah
 buh la sayur macam carrot, kobis bunga ke, kalau cendawan lagi sedap
pastu masukkan sume bahan dalam bekas/loyang pastu ikan siakap
dan tutup dgn penutup periuk..
 siap..

Tinggalkan ikan siakap yg tgh bersauna tu, wat ikan pari bakar lak.

nak senang kasi balut dgn daun pisang terus..
senang nak terbalik kan..

ikan pari bakar sambal
hubby siap tlg decorate lagi.. hihi

utk ikan pari bakar sambal ni, bahan-bahannya ialah -

ikan pari (of course la kan.. hihi)
sebelum tu rendam dulu dgn air asam jawa bg hilang hanyir
perap kejap dgn kunyit dan garam
balut dgn daun pisang
bakar je kat kuali..

utk sambal :
bawang besar
bawang putih
cili kisar
belacan
air asam jawa
air limau kasturi (kalau xletak pun dah ok, tp aku main letak je.. perah biler dah hidang pun ok)
gula
garam

senangkan.. main campak-campak je..


 kakak Echa yg sibuk je nak menolong..
ni dia yg suh snap gambar dia.. aiii...
 
 menu berbuka kami semalam
utk gantikan kuih, aku wat sosej roll

so, semalam takde pun gi param
sume wat sendiri
ntahla.. mungkin menghargai masakan sendiri kot..

arini plan nak berbuka kat umah sendiri lagi
tp, xtau lagi nak masak apa..

9 comments:

mummycda said...

sonoknya ayu ada anak dara tolong..untung ada anak dara kan....hihihi....resepi ayu memang best...nak try la...

~aYu~ said...

mummycda,

tolong mengacau je tu. hihi.. tq

Mira Adzlia said...

ok...terliur jap tgk..hihi

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

sedapnye menu..especially siakap kukus tu..

sama la kita rumah kedua2 belah org tua dekat2 jerk, so mmg xde mslh utk berbuka, anak2 pun mak mertua yg jaga so mmg byk berbuka di rumah mak mertua..mcm eija hujung minggu amik kesempatan berbuka di luar, sbb tu eija amik kesempatan utk masak timw sahur, itu jerk time yg ada utk bg suami mkn air tgn kita kan..:)

♥ ROS ♥ said...

sedapnyer ikan pari tuh.. sonok la ade anak dara leh tolong..hihihi

Suraya Baharun said...

sedap nye pari bakar tu...terliuq ni..

Nurul a.k.a Riko said...

Pandainyer kakak echa posing...suka auntie tengok.

Nampak sedap ikan pari bakar tu.

~aYu~ said...

Mira, hehe.. dah jgn terliur lelebih.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY, betul tu. time sahur jela chance nak masak sendiri sbb time buka pose xmasak kan.

♥ ROS ♥, huhu.. tolong nyibuk je.. sudahnya berkecah dapur tu.

~aYu~ said...

Suraya Baharun, tq.. :)

Nurul a.k.a Riko, Echa mmg suka posing. ntah apa-apa stail la.. hihi