♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, August 27, 2012

Raya 2012 Kami - Raya Pertama

Kembali bekerja setelah bercuti 10 hari. mmg lemau betul nak memulakan keje lagi tp cuti pun tinggal sikit je. rela dalam terpaksa.. 

Baru la nak mengarang kisah raya.. orang lain dah abis citer pasal raya dah. huhu..

camne nak mula yer? terus jela pada raya pertama ekk..

Tahun ni turn beraya dulu dgn familyku. Raya kedua baru beraya dgn family belah hubby di Johor. Walau camna pun kami tetap dapat beraya dgn kedua-dua belah family. Cuma, sama ada raya pertama atau raya kedua. Takdela nak gaduh-gaduh sbb mmg dipersetujui sejak baru kawin. Parents kami dekat-dekat je. Masih di gombak. Kat Johor pun rumah peninggalan nenek hubby yg masih jadi port tempat adik-beradik belah MIL berkumpul.

Malam raya tido umah mak aku. Ada bilik kosong sbb adik tetiba lak nak balik kampung wife dia di Bidor. dia sepatutnya beraya dulu dgn kami sekeluarga. Nasi himpit, rendang daging dan sambal goreng dah wat awal-awal. Esok paginya tinggal wat nasi beriani dan lain-lain. Abah aku suka makan nasi beriani di pagi raya. Ikutkan mmg malas sbb banyak sgt nak kena masak. Tp, demi ayahanda tercinta, terpaksala menurut gak. Aku ditugaskan masak nasi beriani. Kali ketiga wat, barula menjadi.. mmg cantik la nasi dia.. hihi.. puji diri sendiri..

Sejak ada anak ni lama tak ikut sembahyang raya. tahun ni pun sama. lagi-lagi si kecik Ayna nak berkepit je dgn mamanya ni. tak leh hilang langsung dari pandangan mata dia.. hai la anak mama yg bambam ni..

Sambil yg lain gi surau sembahyang raya, kami yg kat umah ni prepare la apa yg patut. mandi dan siap-siap berbaju raya.

Tema baju raya tahun ni purple.  ni hubby yg request walaupun sebenarnya hati ni nak kaler lain sbb dah bnyak baju kaler purple lor.. ikutkan je.. kali ni mmg malas nak beli kain ela banyak-banyak macam raya tahun lepas yg mmg kain sama kayu dgn anak-anak.. ala-ala purple pun dah ok..

first time anak mama ni pakai baju kurung
puyela dia suka
sambil pusing-pusingkan badan dia...

kakak Echa dan Ayna
susah nak amik gambar Ayna diam-diam

anak-anak sedara
ameera dan aqilah

Bila ayahanda je sampai je umah, bermula la kisah drama hari raya.. sesi bermaaf-maafan.. mmg rasa syahdu sgt tau.


nasi beriani mabeles... sendiri puji..




Pastu sesi berphotogedik raya... yg ni aku suka...

sayang kakak pada adiknya..
sampai sekarang aku masih dicium oleh abang-abangku yg tiga orang tu..


  
family bahagia kami in purple...

aku dan dia..

sob..sob... maafkan ayang abang yg buncit... sob..sob..


family kakak in green..

family ateh in red..

family angah in pink

family kak long pun purple gak.. 
leh sama la pulak.. hihi

  
family alang in red brown

women and girl power!!
 yg takde dalam gambar ni kak neng dan dua anak daranya
dan juga adik ipar, Nana


family ceria kami
syukur alhamdulillah dapat berkumpul ramai-ramai camni
sayang korang semua..

Biasanya pagi raya mmg ramai yg datang rumah ayahanda. jiran tetangga dan sedara-mara. bila dh takde yg dtg, terus kuar nak gi beraya umah makcik di Puchong. first time hubby dapat beraya umah makcik yg ni sbb tiap kali ayahanda pegi sini beraya mesti we oll kat Johor.. 


Settle beraya sini, kami ke Cheras pulak umah besan mak dan abah aka umah parents kakak ipar..

Tu jela kisah raya pertama kami.. mmg seronok sgt beraya ni sampai makan banyak tak hingat puye.. malam tu balik umah kami nak packing bag utk balik kampung... Parit Sulong!!!! kami datang!!!


13 comments:

lia said...

he3 gmbr salam tu posing ke @ candid?

♥ Wina ♥ said...

meriahnye!

kami pun purple jugak tahun nie ;-)

Mama Miraki said...

nasi beriai nampak sungguh menggoda kalbu....buat sikit nanti bagi kita raya yea..

mama aleen said...

wau.. meriahnya.. macam2 kaler.. :)

♥ ROS ♥ said...

Meriahnyer gambr sefamily nmpak.. Sedap nmpak beriani.. Colorful tema tahun ni :)

Suraya Baharun said...

nampak sedap sangat nasi briani tu...

Mama Janet said...

nanti raya haji kat kg kita belikan beras yg panjang2 tolong watkkan nasi briani ye

anie said...

berpurple satu family ye....nice color...

seronokkan bila berhimpun satu family mcmnie...

~aYu~ said...

lia,

mmg nak salam tangan hubby pastu mintak anak sedara snapkan gambar.. hihik..

♥ Wina ♥,

purple wina lagi cantik dari ktorg ni..

~aYu~ said...

Mama Miraki,

cik nab, nasi beriani tu ada masa jadik, ada masa tak jadik.. takleh wat banyak-banyak sbb tak jadik nanti.. hehe

mama aleen,

tq mama aleen... :)

~aYu~ said...

♥ ROS ♥ ,

alhamdulillah, ramai dapat balik beraya sama-sama tahun ni. tu yg meriah tu.

Suraya Baharun,

bukan nak syok sendiri, tp hubby pun puji sampai tak dapat ulang makan lagi sbb dah abis..

~aYu~ said...

Mama Janet ,

cik mek, ayu tak ngehti wat banyak-banyak. leh wat 5 pot je. nanti tak jadik. dia ikut mood gak..

anie,

tq.. mmg seronok dapat berkumpul reramai camni..

QueeN TerataI said...

cantik tema kaler tahun ni.. purple!! comel je tgk kakak pakai tudung.. :)