♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, August 30, 2012

Raya 2012 Kami - Raya Keempat (Pulang ke Gombakkkk)

Kat kampung mmg cepat masa berlalu. sbb banyak berjalan raya kot. sedar-sedar dah raya keempat dan tibala masa utk pulangggg... beg malamnya dah packing. taknak ada yg tertinggal. kalau balik sini, last minute baru packing beg, ni nak balik umah sendiri, laju je tangan ni mengemas beg. hihihi.. yela, taknak arr tertinggal barang apa-apa. kalau tertinggal barang, dah nak kena kirim barang tu kat sesaper. takpun kena tunggu raya haji lak. banyak sgt baju kotor padahal balik sana 3 hari 2 malam je pun dah penuh satu beg dgn baju dah pakai. ada anak-anak ni mmg banyak baju yg ditukar. cepat je kotor dgn coklat, kuih raya.. 

SIL dan hubby pas Subuh dah berlepas balik KL. kami ni je yg tunggu pas breakfast. malas nak berhenti makan kat mana-mana R&R. nak terus balik je.

Balik awal-awal ni pun sebab nak jumpa Kak Long dan anak-anak sedara sbb dorg pun nak balik umah dorg dah kat Kota Damansara. Tak puas jumpa anak-anak sedara sbb sorg study kat UITM Penang, sorg study kat asrama penuh. time cuti lama jela dapat jumpa dorg ni.


sempat lagi hubby membetulkan ampaian baju

kita dah nak balik dah..
budak kecik ni still nak berdukung..

Pas breakfast, flight kami ready utk berlepas... kol 10 pagi kami gerak.



Sepanjang perjalanan we oll cuma stop kat R&R Ayer Keroh tu pun utk gi toilet utk membuang apa yg patut dan tukar pampers Ayna. Tak ramai pun yg minum kat situ. We oll pun takde lak rasa nak lepak minum ke apa. Mr Driver pun terus gerak je.  huhu.. banyak kali pesan kat mr driver (hubby ler...) kalau ngantuk, terus berhenti mana-mana.. 

Yg bantai tido, aku dan anak-anak.. sedar-sedar je dah sampai Jalan Istana dah. baru kol 12.30 tengahari? lajunya mr driver bawak kete. jalan pun mmg tersgtla clear. perut lak lapar. nak makan kat restoran dkt umah tu sure masih tutup lagi. calling-caliing umah ayahanda, anak sedara yang angkat. menu tengahari pulak sedap. terus ke umah ayahanda. kalau tak masak, xnak singgah. huhu..

Byk kak long masak sbb ada tetamu nak datang. Rindu dgn tetamu yg nak dtg ni. Nenek sedara.. kakak pada arwah nenekku.

nyaie (panggilan utk nenek sedara) yg masih sihat dan kuat lagi berjalan
cuma sound agak kureng sikit...
nak cakap dgn dia kena kuatkan level suara tu.. huhu
 
biler tgk dia, teringat kat arwah wan (nenek aku)
mmg sedih sgt

dia baru pas melawat kubur wan
mak sedara yg menemankan dia bagitau
yg nyaie dtg kubur adik dia (arwah wan)
berborak-borak macam arwah masih ada
siap cakap lagi
 adik..... kakak datang ni..

dia pesan kat kami
kalau dia mati dia nak batu nesan macam kubur wan

mengalir airmata tgk dia
mmg seiras muka arwah wan

kalau la arwah masih ada, dia la yg paling sibuk sekali kat dapur
al-fatihah wat arwah
sempat gak ziarah 'rumah wan' raya pertama aritu

Malam tu masih ada lagi tetamu yg dtg umah ayahanda. mmg dari raya pertama ada je yg datang raya. Lewat malam baru dapat balik teratak kami. Kak long dan anak-anak pun dah balik umah mereka. Alhamdulillah, umah kami takde apa. Sejak umah kena pecah masuk 2 tahun lepas, leh baca kat sini mmg aku dan hubby jadi fobia. Macam-macam kes kat area umah aku ni.. makin menganas lak.. tu yg ralat nak tinggalkan umah lama-lama.

Settle dah kisah rayaku di Johor dan Gombak... pasni kisah gi open house je.. esok cuti lagi kan... selamat bercuti semua! Merdeka!


4 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

meriah nyer!

♥ Wina ♥ said...

wah mmg beraya sakan la ek..saya nie pagi raya tu je ade mood nak bergambar..lepas tu x pandang camera dah hehehee

izla said...

Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin.
Saya pon raya ke-4 dah balik KL semula.

Mama Janet said...

sadis sungguh tenguk empat jurutera yg bertungkus lumus membetulkan ampai yg roboh