♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, August 28, 2012

Raya 2012 Kami - Raya Kedua (Balik Kampung....)

Syawal kedua.. konon plan laki bini ni nak gerak kol 5 pagi.. 6 pagi.. sudahnya kol 7 pagi baru bertolak dari umah. baju pun baru siap packing kol 5 pagi. sbb malamnya balik umah terus tido. nak bangun kol 2 pagi tak terbangun-bangun. suka packing baju last minute. dah banyak barang tertinggal.. brooch (dari yg kecik sampai besar gedabak) dan sepasang baju kurung anak-anak (nak pakai dgn baju mamanya yg warna pink) leh lak tertinggal. nasib baik underwear dgn bra tak tertinggal.. hihi..

Anak-anak dgn berbaju tido dan sedang lena tido angkut terus masuk dalam kete.. 

Kol 7 pagi gerak la kami balik ke kampung... seronoknya.. sejak kawin dgn hubby barula merasa suasana balik ke kampung camne. dah 20 tahun asyik beraya di gombak je. sejak pakcik di Melaka meninggal ketika umur aku tingkatan 1 kalau tak silap, mmg family aku beraya di Gombak je. Dah kawin ni mmg merasala beraya di kampung. mujur masih ada rumah peninggalan arwah atok dan nenek hubby yang masih utuh sehingga kini menjadi tempat 52 orang berkumpul.

Mmg jalan tersangat lancarnya. Highway tu kami yg puye... leh bersenang-lenang di lebuh raya sambil mendengar lagu-lagu raya.

Sampai kampung hubby di Parit Sulong kol 10 lebih. ada yg masih lom mandi... 

dah siap terhidang makanan dan minuman utk marhaban
bihun singapore..

makcik-makcik yg dah siap nak kuar beraya

 lagi pose dari mereka
tahun ni tak dapat pose gedik kat sini dgn mak-mak sedara
time ni aku tgh siapkan anak-anak
biler dah siap dorg pun dah kuar beraya
takdela gambar dgn dorg 

Kisah sentap di pagi raya kedua.....

Time baru sampai, elok je Echa dan Ayna ke bilik tgk mak sedara dorg tgh gosok baju. Ayna mmg dari umah mak aku asyik nak berkepit je dgn mamanya ni. takleh nak lepas langsung. Ingat kat sini, dia ok la bila jumpa mak dan pak sedara dia sbb dah biasakan. dorg yg jaga Echa dan Ayna. tp, sama gak. dia xnak sgt dgn dorg pun. Bila dia leka jap main kat atas, aku dan hubby gi makan kat dapur bahagian bawah. Baru senduk bihun singapore, nampak Ayna kat atas yg mmg ceria bila nampak aku kat bawah ni. terus aku dan hubby berlari sbb budget Ayna mesti tak perasan ada tangga.... dan..... dalam sekelip mata.. laju je dia tergolek di tangga.....

tak sempat hubby nak amik Ayna, dia dah tergolek dari 4 anak tangga. hubby dukung dan pas kat aku.

mmg aku takut sgt.... takut kalau terjadi apa-apa pada dia..... ya Allah...

Bila dukung dia sambil usap kepala, tudung aku berdarah. bibir dia luka atas dan bawah mungkin tergigit gigi. Sayu hati ni... aku pun turut menangis dan rasa nak meraung.... betapa lalainya aku sbb biarkan Ayna. banyak kali aku ucapkan maaf pada Ayna. maafkan mama sayang...

kepala Ayna dah mula benjol. kami tuam dgn ais je. tgk dia ok dan tak muntah, kami tak bawak pun Ayna ke klinik..

bak kata adik-adik ipar, Ayna wat aksi Pandalela Rinong.. terjunan di tangga...

syukur Ya Allah.. Ayna takde apa cuma berdarah di bibir dan benjol di kepala.  kalau tak, mmg tak dapat bayangkan jika kami terpaksa beraya di hospital.... syukur..syukur...

Ayna dah moody dari KL, bile dah jatuh tangga ni lagi la dia bertambah melekat dgn mama dan papanya..

Destinasi raya kedua, wajib beraya di rumah pakcik makcik belah FIL di Muar. Kalau raya pertama kami raya di sini, raya pertama la kami beraya di Muar. SIL yg dari kampung dia di Kuala Pilah masih belum sampai lagi dan dorg akan terus ke Muar.

FIL dan adik-adik ipar


adik ipar yg masih single
ayu je kan..


gayaku yg mama ayu la sangat..
ada yg kata cam gaya cikgu sekolah yg ditempatkan di kawasan kampung
betul ka? hihik..



layan anak-anak main campak-campak batu kat parit

sambil nyanyi...

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

bukan main suka lagi Echa dan Ayna kutip batu kecik pastu baling dalam air parit..

hari raya kedua tema oren dan peach
hubby awal-awal dah pakai baju oren dari KL
sampai sini dah berpeluh, dia tukar baju lain lak
apa daa..


kakak Echa manis bertudung
tahun ni byk tudung beli utk dia
sbb dah byk design cantik-cantik untuk kanak-kanak
lawan koleksi tudung mamanya yer..

tertido ayna lepas mengamuk
bibir dia bengkak pas buat aksi terjun di tangga..

nanti sambung lagi yer kisah raya kedua ku.. hihihi..

4 comments:

inazamri said...

raya lebih meriah suasananya bila di kg...

♥ ROS ♥ said...

Wah nmpak sedap bihun tu..bestkan raya di kg.:)

Mama Janet said...

i sungguh dgn colour tudung u...bila ler nak jemu n pass kat i

QueeN TerataI said...

kalau yg dlm tertinggal boleh je beli yg baru.. hehehe