♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, August 17, 2012

Menu raya iftar semalam.. Jalan TAR..

Salam jumaat.. masih lagi setia di opis. ramai yang dah bercuti dan ada yg dah sampai ke kampung halaman. Ikutkan dah apply cuti arini tapi saja gatal nak dtg keje gak. sedih nak meninggalkan opis ni.. hihi... padahal nak save cuti.. sbb boss besar dah bagi emel pelepasan balik awal arini. kol 12.15 tgh sume leh balik.. rugi woo kalau cuti. sbb arini kan Jumaat. rehat 2jam setengah. pastu leh balik awal lagi.. mmg arini ari bersuka ria di opis. meja pun bersih tanpa fail-fail.. hari ni kita makan gaji buta je yek.. ahaha..

Semalam balik pun tak jem sgt. MIL awal-awal dah kol suh buka pose kat umah. pakaila baju raya kalau nak pakai.. sbb mak masak menu raya.. hehe. Family hubby balik kampung Johor petang ni. Hubby dan kakak hubby yg dah kawin balik Johor raya kedua. 

tu dia..
kami dah raya dulu dah

Pastu ingat nak gi uptown danau kota. pastu hubby ajak gi Jalan TAR lak. lagi aku suka.. kol 10.00 malam we oll gerak. Ingat xnak bawak si kecik Ayna. tp, sbb MIL pun nak packing baju utk blk kampung, kenala bawak gak Ayna. mmg susah kalau ank shopping bawak si kecik ni. meragam sbb dia nak turun jalan tambah dgn mengantuk. Parking pun xde lastnya we oll parking kat hotel siska. RM3/jam.

Puyela ramainya umat manusia kat situ. Susah tul nak berjalan. Kena jalan macam robot. Bila nampak ada tudung yg kaler aku nak, pandang jela sbb nak berhenti susah. Org belakang main tolak-tolak.. 

Malam tu dah ada lelong.. mmg murah tp apakan daya, ramai sgt org tak sanggup nak meredahnya..

tudung HAJRA wat lelong besar-besaran..

kali kedua Echa wat henna kat sini
tahun lepas dia wat gak
budak utk dua tangan RM5

dah cakap dgn dia tak payah sbb susah nak jalan
kang kena baju orang

taknak dengar cakap mama dan papa dia ni
kan dah comot sbb dia tetiba je gi nyorokkan tangan dia kat belakang
abis kena baju 
henna pun dah comot...

dah kena beli air mineral utk basuhkan tangan dia tu..
 
hubby dan Ayna
ayna geram dgn belon-belon kat situ
bising dia suh beli
tp kami tak layan pun..

 
  
dah kol 12 tgh malam pun masih ramai lagi
ada yg baru datang pun ada.. haiishh..

Tak sanggup nak meredah lelama
leh wat sesak nafas je
Ayna pun dah mengamuk nak tido
terus we oll balik

on the way balik lalu kat balai polis dang wangi
kat surau situ ada kaunter utk bayar zakat
hubby pun mmg dah mencari kaunter camni
sbb semalam gi JJ, org tu takde kat meja..
syukur alhamdulillah..
selesai menjalankan rukun islam kelima tu


melekit mukaku.. berpeluh-peluh..

penat berhenti duduk jap..

Tak puas jalan TAR, plan nak gi downtown sri gombak lak, tp si kecik Ayna taknak tido. Kalau tido, leh la mama papa letak jap umah nenek dia.. hehe..



2 comments:

QueeN TerataI said...

Queen dah x larat nk berjalan dah.. Alhamdulillah semua dah siapkan awal...

izz iizza said...

bestnya kalau sy pun dpt bejalan kt TAR malam-malam gitu..:)