♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, August 7, 2012

Mee Bandung Home Made

Salam 18 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu tak sedar lagi 10 hari nak raya. dah nak hujung-hujung ni baru start menghitung hari nak raya. weee....

Tiap hari mesti kena discuss nak buka pose kat mana.. hihi.. umah parents dia atau parents aku atau buka luar atau umah sendiri.. lastnya we decided nak buka pose kat umah sendiri. Seronok... 

Awal lagi dah plan nak beli nasi beriani kat restoran mamak yg mmg sedap dan famous kat kawasan umah aku tu. sambil tu ingat nak masak gak benda-benda yg simple. teringin nak makan mee bandung. biasanya guna perencah sedia ada tp sbb takde perencah tu kali ni nak wat rencah sendiri. Tp, serius.. wat sendiri lagi sedap berbanding guna perencah ready made. sbb kalau guna perencah ready made, minyak puyela banyak. Buat sendri takde berminyak pun.

Ingat nak makan mee bandung je takyah la nak membeli nasi beriani tp hubby nak makan nasi gak.
 
walaupun rupanya tak menarik
takde sayur sbb takde sayur sawi
nak beli ujan lebat lak.. hihi..
 
tp rasanya mmg sedap
aku cuma makan ni je time berbuka cukup wat aku kenyang sampai  nak time sahur
sahur pagi tadi baru makan nasi beriani
hubby dah beli, takkan taknak rasa


nasi beriani yg mabeles..
yg ni beli je..
tp aku tak makan pun time berbuka sbb mee bandung puye pasal

nak share cara nak wat home made rencah mee bandung ni :

Mee kuning
Bawang besar
Bawang putih
Udang kering (kalau nak pekat letak la udang kering bebanyak)
Belacan
Cili kisar
Garam
Gula
Sos cili
Sos tomato
ayam/daging/udang/sotong
sayur sawi

Dah pandai wat sendiri ni lepas ni takyah la beli perencah yg ada jual tu. huhu..

15 comments:

Nurul a.k.a Riko said...

Nanti nak cubalah resepi mee bandung nie. Nampak simple ajer.

lia said...

yang, cmner cara buat, ada bahan jer tu? teringin nak wat sbb barang2 nyer simple... nnt ajar cara buat yer

Suraya Baharun said...

bleh try ni..nampak pun menarik...

mummycda said...

Dap2 dapnya...kebetulan la ayu...baru jer ida buat mee bandung kemarin......hihi

~aYu~ said...

Nurul a.k.a Riko, cubala.. mmg simple je tp sedap. janji kena pekat kuah tu.

lia, nak wat senang je.

tumis bahan-bahan (bawang besar, udang kering, belacan), pastu masukkan cili kisar, air sikit, letak garam, gula, sos cili, sos tomato.. siap... hihi..

izla said...

kadang2 kita masak main campak2 je.. tp tu yg sedap selalunya. haha *masukbakulangkatsendiri*

Mama Gee said...

mama pun kadang2 buat sendiri mee bandung...tp malu nk panggil mee bandung...panggil mee kuah jek...

udang kering mahal woo nk letak byk2...tp kalo tak byk tak kaww plak... kan..

SSulieana said...

dah lama x buat mee bandung...jejes air liur tgk mee ayu

mama_umar_maryam said...

sedapnye mee bandung tu..btol, lg byk udang kering lg sedap kuahnye

~aYu~ said...

Suraya Baharun, try la. puas ati dari beli kat luar.

mummycda, kebetulan lak kan.. hihi.. ayu mmg suka giler mee bandung.

izla, betul..betul.. campak je ikut sukahati ala-ala masterchef..kiki

~aYu~ said...

Mama Gee, mmg mahal udang kering ni. makan sendiri leh la tp kalau nak wat open house byk kos tu.

SSulieana, huhuhu.. :)

mama_umar_maryam, kan..kan.. sedapnya..

Mama Miraki said...

Nais briyani tu cam kenal je...ni mesti beli akt Restoran Amjal ( sebelah CIMB) tu kan...

~aYu~ said...

mama miraki, restoran amzal... yes..yes.. mmg sedap dari restoran insaf..

Noli@Ibu Wafa said...

sdp tuh..nasib baik pg lagi..tak berapa lapa..hikhik...

♥ ROS ♥ said...

sedapnyer mee bandung.. leh try wat nnt :)