♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, August 16, 2012

Last minute shopping raya.. Pening...

Semalam pas balik keje terus gi Jaya Jusco.  Nak buka pose kat sana sekali. Nak sambung shopping la kunun-kunun. Echa mmg ikut papanya amik mamanya ni. cuma adik Ayna jela tinggal kat umah neneknya. Susah nak shopping bawak ayna. Sibuk je dia nak berjalan tak tentu hala. Hubby amik pun dah lewat sbb jalan tersgtla jem. Aku dah pening kat opis dan lenguh badan-badan ni. Taktaula nape.. kalau stress, kalau penat, byk sgt pikir, byk sgt duduk menghadap PC.. mmg cepat je tangkap kepala.. macam migrain tp bukan migrain.. hmmm...

Dah jem camtu lagi la bertambah kepeningan aku. nak ikut jalan ni..jem.. jalan sana.. jem... lastnya sampai JJ kol 6.30.. terus gi carik port makan nak buka pose. NANDO, CHICKEN RICE, STEAMBOAT all dah fully book. food court pun takde meja kosong. McD pun sama. Tp, ktorg nak tunggu kat situ je sbb ada ramai chinese tgh makan. Rezeki kami kot sbb ada couple cina ni meja dia besar. aku terus taye dia boleh duduk tak? dia kata ok je. Hubby pegi queue, aku dan Echa duduk. rasa macam nak tido je sbb kepala ni dah pening rasa nak pitam.


Makan cepat-cepat gi beli barang sbb hubby ada badminton kol 9.30 malam la pulak. Disebabkan kepeningan aku tu, mmg tak dapat nak membeli sgt. Cuma dapat beli 3 pasang baju Ayna je. Dah tak larat. Nak cepat balik je nak terus tido.. gitula jadinya kalau dah shopping last minute..

Now, dah kurang sikit.. masih lagi kat opis yang sunyi je cuma dengar lagu raya.. mood nak wat keje dah takde...


5 comments:

Nory Zoulkefle said...

hehe...dlm pening2, dpt gak 3 pasang tu...klu x pening mau 10 pasang...hehehe..

nory pon baru shopping smlm, kelam kabut dibuatnya...hehe

Nurul a.k.a Riko said...

Eh..samerlah dgn ahkak...petang semalam sempat shopping last minute baju raya kat AEON AU2 before bukak puasa.

Sib baik time tu tak ramai org...sekali lepas berbuka kami dok lalu kat tempat baju budak2...ya allah..punya ramai org pergi time after berbuka.

Mama Gee said...

hoi dapnya mcD... :D

baju mama dh ada?

QueeN TerataI said...

hehehe samalah dh xde mood nk kerja nie... :)

shopping last minit mmg pening.. seb baik semuanya dh settle.. terutamanya baju anak...

Suraya Baharun said...

tu yang malas nak shopping last minit..bleh pitam ramai sangat umat manusia...