♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, August 15, 2012

Kad raya untuk Echa?

Balik semalam ada surat kat peti surat. Nampak cam kad.. kad raya atau kad kawin. kad raya la kot sbb nak raya kan.. Sgt excited mama echa dan ayna ni. Suka..suka..suka.. cepat-cepat gi tgk siapakah gerangan yang menghantar kad raya tu. Tahun lepas ada gak dapat kad raya yg abang posmen antar. tahun ni cuma satu je tupun best fren kat opis bagi. Tq shuea sayang.. ♥

Sekali tengok... apa??? AYSHA MAISARA??

aku : kakak.. (excited mamanya panggil Echa ni).. kakak... kakak dapat kad raya. cer kakak bukak tgk saper yang bagi kakak kad.

echa : wahh.. mama... upin ipin bagi Echa kad raya (mmg teruja betul echa)
aku : wah.. bestnya Echa. camne Echa leh dapat kad raya ni. mama papa xdapat pun. (wat muka sedih)

echa : mestila.. (muka bangga)

tgk setem pun dah tau saper yg bagi.. hihik..

 kad raya dari Kelab Upin Ipin
Echa ahli kelab Upin Ipin
sbb tu dapat kad raya ni..huhu
daftar nama Echa time gi pameran upin ipin kat Muzium Negara

dapat voucher 30% utk sebarang produk upin ipin

Pastu teacher dia bagi lagi kad raya. tp, aku rasa macam tak patut je angpau raya dijadikan kad raya. kot nya pun nak senang, lekat jela kad paper kosong je. sbb aku terbayang-bayang yg anak-anak ni biler nampak teacher dia pegang sampul raya mesti ingat ada duit dalam tu. sekali bukan.. kesian la kat anak-anak tu termasuk Echa kan. aku suka bayangkan bukan-bukan..


 kad raya dari teacher Echa

**kenangan kad raya masa dulu. bagi kad raya siap berpantun-pantun dgn harapan nak suruh kawan kita balas balik kat kita. Seronok dapat kad raya sampai siap gantung-gantung lagi kat umah. style gantung kat dinding la.. gantung kat ranting pokok la.. selalu gantung kat ranting pokok macam kat bawah ni..

.
.
.
.
.
.
.
.
.

korang penah tak wat camni?
dulu aku dan kakak aku suka wat gantung kad raya camni
pastu org datang siap baca.. kikiki..

yela.. kan ada pantun :

pecah kaca
 pecah tong,
sudah baca, 
harap gantung

 sweet je zaman remaja riang tu kan..








10 comments:

lia said...

2 la kad raya echa dpt yer wpon 1 tu x berapa nak consider kad raya...

♥ Wina ♥ said...

wahhh echa dapat kad raya ye? sukelah dia ;-)

selamat hari raya maaf zahir & batin..

~aYu~ said...

bkn main seronok dia dapat..

~aYu~ said...

huhu.. mmg hepi je dia tu. siap nyanyi lagi.
selamat hari raya juga dan maaf zahir batin.

Anonymous said...

mmg stail dulu gantung kad kat ranting pokok camtu. nostalgia betul.

QueeN TerataI said...

wah bestnya dpt kad raya dari upin & ipin...

mummycda said...

syoknya echa dapat kad raya...tue la rindu kan zaman2 dulu kejap2 posmen antar kad pastu gantung kat dinding...sekarang nak dapat 1 pun payahkan..

rieda_ffya said...

syok echa dapat kan..tp zaman dlu..byk je dpt kad..penuh rumah kite gantung..siap bwk g sekolah..nak tunjuk kt kwn kunundapat plg byk..hehe

Suraya Baharun said...

st nye echa dapat kak raya...teringat pulak zaman2 sekolah dulu..tapi skang susah dah nak merasa org bagi kad raya...

Mira Adzlia said...

suke la echa yer dpt kad raye upin ipin...hihi...nak jugakkk