♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, August 2, 2012

First Time Berbuka Pose di Luar

Selasa lepas first time kami berbuka pose di luar. Kalau tak mesti berbuka di umah family hubby atau family aku. Saja je nak bawak anak-anak berjalan. 

Taknak makan nasi. nak makan fast food je. senang sikit. Kol 6 ptg amik anak-anak kat umah MIL terus gi Pizza Hut Wangsa Maju.

Sampai situ ada staff pizza hut yg layan kami taye nak take away atau nak wat reservation dulu. Jadi kami wat reservation dulu sbb lagi sejam setengah nak tunggu berbuka. Bolehla jalan-jalan dulu kat Wangsa Walk. Syarat utk reservation kena la bayar dulu, pastu meja takleh tukar dan kena dtg sebelum jam 8 malam.

Wangsa Walk pun xramai orang, Parking pun senang. Buang masa dgn layan anak-anak main games kat sini.

ada lak rumah upin ipin kat sini
 
tak sedar dah besar ayna ni
memula risau nak bg dia naik ni takut jatuh
tp, dia rileks je kaki pun dah sampai


echa dah wat muka boring dia tu..


 tekun dua beradik ni main



Kol 6.45 ptg kami pun dah kuar dr Wangsa Walk. Risau takde parking kat Pizza Hut nanti. Tp, alhamdulillah senang lak dapat parking. Bagus bangsa lain ni. time tu la dorg nak balik dah, so dapatla parking.

Time sampai kat pizza hut tu sambung lagi main kat playground situ. Makanan pun tak sampai lagi.






Sampai waktu berbuka, pekerja sana akan bagitau kita.
 
Ramai yg berbuka pose kat situ. pizza dah 10 minit buka pose baru sampai. mungkin dorg nak serve panas-panas kot.


16 comments:

lia said...

best nyer ada umah upin&ipin.... tp nk p sampai sana, jauhnyer....

- dieyana - said...

dieyana pun p buka posa kat pizza hut minggu lps, tapi p lps maghrib, buka posa ngan kurma n air dulu kat rumah...lps maghrib, tk de org...alhamdulillah, kenyang..ehheheh

nur said...

best kan sekali sekala berbuka kat luar.. semalam hubby pun sebut, "Rasa mcm nak makan pizza jer..." Tapi end up makan naso jugak, perut melayu katakan, ekekeke

ieedaz @ mama_isha said...

Seronok gak kalu sesekali berbuka diluar, lain suasana kan :-)

♥ ROS ♥ said...

sonoknya berbuka kat luar.. lepas dr memasak..hahaha

mummycda said...

syoknya sekali skala buka kat luar....ida tak sempat lagi......hhmm lama tak pi pizza hut...teringin lak...hihihi

aReLaN said...

kalau saya, gi bukak pose ringan2 dulu pastu dalam pkul 8.30 baru gi pizza.hehehe

~aYu~ said...

lia : umah ni biasa je lia.. xde menarik apa pun la. takat bergambar je.

- dieyana - : mmg ingat nak camtu pas maghrib baru gi tp selalunya dah kenyang..

nur : betul.. betul.. berbuka xmakan tp sahur mesti kena nasi gak. hihi

~aYu~ said...

ieedaz @ mama_isha : sekali sekala leh layan la xleh selalu.. teringat lak umah..

♥ ROS ♥ : betul.. betull.. xyah susah nak masak kan..

mummycda : slalunya time nak buka je terigin macam-macam kan.. pastu dah kenyang tak kisah pun.

Suraya Baharun said...

seronok nya...sambil2 rasa suasana berbuka diluar bleh bawa anak2 beridah..mesti seronok sgt diaorg...

~aYu~ said...

aReLaN : kalau saya takleh camtu. time buka je dah kenyang.. :)

izla said...

teringin gak nak bukak posa kat pizza hut. tapi hubby nak nasik gak untuk buka posa. huhu

QueeN TerataI said...

BEST JLN2 EH... blm lg buka kat fast food... :)

~aYu~ said...

Suraya Baharun : tgk dorg hepi kita pun happy kan..

izla : biler xmkn nasi time buka pose, tgh malam ngeteh order nasi goreng lak kat mamak. hihi

QueeN TerataI : best.. best.. hihik

fieda said...

tak merasa lagi berbuka kat luar taun ni..

izz iizza said...

alahai terpaksa la menunggu ya..:)