♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, August 30, 2012

Jamuan raya echa... ikut perangai mamanya..


Semalam tadika Echa ada wat jamuan raya. teacher dia dah inform mintak pakai baju raya dan bawak makanan. tang bawak makanan yg malas tu. time teacher day bulan 5 aritu, gigih aku memasak bihun singapore nak bawak gi school Echa. alih tgh kat FB tadika dia, puyela ramai yg bawak bihun. lagipun dah tau mesti Echa xmakan pun bihun mamanya ni. 

Utk jamuan raya dia semalam, aku cuma belikan kek marble je. senang dah siap dalam box. takyah la teacher dia nak pulangkan tupperware yg siap tulis guna marker pen nama Aysha..

Balik semalam, taye Echa, makan apa kat school. dia kata tak makan apa-apa pun. aikkk... xkan xmakan kot Echa. taye dia makan tak kek yg mama beli? dia kata xmakan.. hmmmm.....

Gambar-gambar yg amik kat FB teacher dia. terpampang besar-besar gambar Echa dgn teacher dan kawan-kawan dia.. suka..suka..suka.. kali ni muka Echa nampak clear sgt. bangga aku.. memang mengikut perangai mamanya la. amik gambar mesti nak pose betul-betul. biar nampak jelas..


polkadot team
Echa yg tengah-tengah pakai tudung purple ala-ala ketua kumpulan nasyid.. ahaks..
kasut tumit tinggi tu....


biru team..
ni gambar yg pakai baju biru..
bagus kan.. dapat join 2 team.. polkadot dan blue.. hihi..

Lega.. duit raya masuk ASB

Senang hati ni bila dah setelkan duit raya anak-anak. dah masukkan dalam akaun mamanya.. boleh mamanya shopping sakan.. 

ehhh... takla.. tak baik tau..

Semalam dapat gak ke PNB utk wat akaun ASB untuk anak-anak. Lama dah plan nak wat. baru semalam berkesempatan. start akhir tahun lepas, ASB kan dah dibuka untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. maksudnya umur 6 bulan dah boleh bukak akaun. Akaun DIDIK dan WAWASAN 2020 dah tak boleh yer.. dah tutup.

Dokumen yg diperlukan:

-salinan surat beranak
-borang pendaftaran

minimum RM10 pun dah boleh buka akaun..

takyah bawah anak-anak bawah 12 tahun. kalau 12 tahun ke atas je kena bawak.
 


sebelum ni cuma masukkan duit kat maybank
dah ada ni leh la masukkan kat sini
simpanan utk masa depan anak-anak
lepas ni nak bukakan akaun tabung haji lak utk dorg


MERDEKA.. tp kena keje lak..

.. tak merdeka la camni.. ingat leh la bersenang-lenang kat umah tapi diarahkan bekerja lak. Emel jabatan dah kuar 2 kali peringatan kena menghadirkan diri kat Dataran Merdeka esok pagi dan Stadium Bukit Jalil malam esok. Semua perjawat awam diwajibkan hadir. Semua! ada paham x? maksudnya semua org gomen kena pegi la. cikgu, doktor, pegawai, tukang kebun.. sume kena pegi. tindakan tatatertib akan dikenakan. kalau sebelum ni dah ada list nama siap-siap wakit Jabatan yg akan pegi. kali ni SEMUA.... kot ye pun nak memenuhkan stadium,  memaksa kami utk pegi pulak. sob..sob..

 
malam esok di Bukit Jalil ada cabutan bertuah yg hebat-hebat belaka
kat opis ni dah dapat kad cabutan awal-awal
sbb tak rasa nak bersesak ke sana
takde la amik pun kad tu
kat sana pun akan edarkan kad cabutan tu di pintu masuk
kol 3 ptg dah leh amik

insyaallah, aku akan pegi pagi je di Dataran Merdeka..

sy celebrate dpn umah je boleh x?

semangat patriotik
 
  
echa dgn bendera
Echa leh lak nyanyi lagu NEGARAKU malam tadi...
bangga kami laki bini mendengarnya..


Raya 2012 Kami - Raya Keempat (Pulang ke Gombakkkk)

Kat kampung mmg cepat masa berlalu. sbb banyak berjalan raya kot. sedar-sedar dah raya keempat dan tibala masa utk pulangggg... beg malamnya dah packing. taknak ada yg tertinggal. kalau balik sini, last minute baru packing beg, ni nak balik umah sendiri, laju je tangan ni mengemas beg. hihihi.. yela, taknak arr tertinggal barang apa-apa. kalau tertinggal barang, dah nak kena kirim barang tu kat sesaper. takpun kena tunggu raya haji lak. banyak sgt baju kotor padahal balik sana 3 hari 2 malam je pun dah penuh satu beg dgn baju dah pakai. ada anak-anak ni mmg banyak baju yg ditukar. cepat je kotor dgn coklat, kuih raya.. 

SIL dan hubby pas Subuh dah berlepas balik KL. kami ni je yg tunggu pas breakfast. malas nak berhenti makan kat mana-mana R&R. nak terus balik je.

Balik awal-awal ni pun sebab nak jumpa Kak Long dan anak-anak sedara sbb dorg pun nak balik umah dorg dah kat Kota Damansara. Tak puas jumpa anak-anak sedara sbb sorg study kat UITM Penang, sorg study kat asrama penuh. time cuti lama jela dapat jumpa dorg ni.


sempat lagi hubby membetulkan ampaian baju

kita dah nak balik dah..
budak kecik ni still nak berdukung..

Pas breakfast, flight kami ready utk berlepas... kol 10 pagi kami gerak.



Sepanjang perjalanan we oll cuma stop kat R&R Ayer Keroh tu pun utk gi toilet utk membuang apa yg patut dan tukar pampers Ayna. Tak ramai pun yg minum kat situ. We oll pun takde lak rasa nak lepak minum ke apa. Mr Driver pun terus gerak je.  huhu.. banyak kali pesan kat mr driver (hubby ler...) kalau ngantuk, terus berhenti mana-mana.. 

Yg bantai tido, aku dan anak-anak.. sedar-sedar je dah sampai Jalan Istana dah. baru kol 12.30 tengahari? lajunya mr driver bawak kete. jalan pun mmg tersgtla clear. perut lak lapar. nak makan kat restoran dkt umah tu sure masih tutup lagi. calling-caliing umah ayahanda, anak sedara yang angkat. menu tengahari pulak sedap. terus ke umah ayahanda. kalau tak masak, xnak singgah. huhu..

Byk kak long masak sbb ada tetamu nak datang. Rindu dgn tetamu yg nak dtg ni. Nenek sedara.. kakak pada arwah nenekku.

nyaie (panggilan utk nenek sedara) yg masih sihat dan kuat lagi berjalan
cuma sound agak kureng sikit...
nak cakap dgn dia kena kuatkan level suara tu.. huhu
 
biler tgk dia, teringat kat arwah wan (nenek aku)
mmg sedih sgt

dia baru pas melawat kubur wan
mak sedara yg menemankan dia bagitau
yg nyaie dtg kubur adik dia (arwah wan)
berborak-borak macam arwah masih ada
siap cakap lagi
 adik..... kakak datang ni..

dia pesan kat kami
kalau dia mati dia nak batu nesan macam kubur wan

mengalir airmata tgk dia
mmg seiras muka arwah wan

kalau la arwah masih ada, dia la yg paling sibuk sekali kat dapur
al-fatihah wat arwah
sempat gak ziarah 'rumah wan' raya pertama aritu

Malam tu masih ada lagi tetamu yg dtg umah ayahanda. mmg dari raya pertama ada je yg datang raya. Lewat malam baru dapat balik teratak kami. Kak long dan anak-anak pun dah balik umah mereka. Alhamdulillah, umah kami takde apa. Sejak umah kena pecah masuk 2 tahun lepas, leh baca kat sini mmg aku dan hubby jadi fobia. Macam-macam kes kat area umah aku ni.. makin menganas lak.. tu yg ralat nak tinggalkan umah lama-lama.

Settle dah kisah rayaku di Johor dan Gombak... pasni kisah gi open house je.. esok cuti lagi kan... selamat bercuti semua! Merdeka!


Raya 2012 Kami - Raya Ketiga (BBQ Nite)

Sambung lagi kisah raya tak abis-abis ni. gambar byk sgt sampai hampir penuh memory card camera. byk sgt cameraman yg boleh amikkan gambar..

Malam raya ketiga, acara wajib.. BBQ nite..


anak mama, Ayna
berkepit je

pak sedara, hubby kpd mak sedara, MUMMYGEE sedang hidupkan bara api
hubby dan adik ipar tunggu family mummygee balik beraya sbb barang-barang janaan api sume dalam kete
time tu dah hampir kol 8 malam
perut memasing berkeroncong
nasi lemak dah lama siap dan terhidang

sbb rasa bersalah, sampai je terus nyalakan arang yer.. hihik... 


takpe..takpe..
selagi mereka ni ada
tugas menyalakan bara serahkan pada mereka yg pakar..
hubby dan adik ipar, Emi
tauke BBQ tiap kali kami wat BBQ..
 
bahan yg telah dimarinade
ayam, sosej dan udang harimau

mmg terasa lagi kesedapannya
aku byk latah udang je..
 

pak sedara, Cik Yin yg beransur sembuh setelah sebulan terlantar sakit

mak sedara, mummy Gee 

mak sedara, mamaMiraki

dah penat tukar turn lak membakar..
sepupu-sepupu hubby sambung membakar

burger bakar..
tp tak larat dah nak makan
perut fulll..

Malam tu ada tetamu yg datang. Dalam family belah hubby ramai blogger tegar. Malam tu dorg kata ada blogger femes nak dtg umah. Patutla memasing berbedak dan bergincu... hehe... 

Siang tu mereka dah pegi beraya umah blogger ni. Kira malam tu kunjungan balas blogger tu la. Blogger tu adalah Cikgu Mat Som. Anak jati Parit Sulong. Family hubby ni kan mmg asal dari Parit Sulong. ada lak blogger yg rajin kisah Parit Sulong dari situla mereka menjadi kawan alam maya. Hari raya tahun ni menemukan mereka. Boleh la baca kat blog MamaMiraki atau blog MummyGee. Aku tak join sekali sbb segan. cuma pemerhati dari jauh. Penah baca gak blog beliau yg banyak info berguna dan ayat-ayat yg mantap. Maklumlah cikgu. Malu lak tetiba...


Raya keempat.. sampai masa utk pulang...

Tuesday, August 28, 2012

Raya 2012 Kami - Raya Ketiga (sambung lagi beraya..)

Syawal ke-3. masih lagi di kampung hubby. sambung lagi beraya di umah pak sedara belah FIL. memandangkan SIL yg nak balik KL, plan nak kuar tengahari. awal pagi lagi dah mandikan anak-anak. biasala kalau dah ramai-ramai dalam satu umah mestila nak kena tunggu turn nak mandi. malas nak berebut-rebut. bangun celik mata je terus mandi. kami nak gi makan kat pekan parit sulong. dah breakfast kat umah tapi rasa tak sah kalau tak pekena soto kat parit sulong tu.

mama dan anak sama-sama kutip batu
nak baling lam parit

leh lak jumpa kaum kerabat kat restoran ni
soto dia mmg sedap

ntah mimpi apa la dorg ni
nak join geng parang pakcik-pakcik sedara ke ni?
lama kat sini sbb menunggu hubby dan abg ipar memilih parang

hubby tak beli pun
abg ipar je yg beli


byk buah kelapa kat kampun
apa lagi abang ipar nak test parang baru..

boleh minum air kelapa sejuk bebanyak..


Pagi terang benderang, tengahari hujan menyirami bumi Parit Sulong. lebat-selebatnya. tergendala la aktiviti kami nak beraya. petang baru kami dapat beraya.

kampung hubby yg luas
 
raya ketiga tema colourful
baju pink anak-anak tertinggal kat umah
last minute packing puye pasal

rumah pakcik yg baru pas renovate.. cantik

Echa dan mak sedara kecik dia, Dania yg nak ikut beraya


FIL dan abangnya

gambar mereka ni lagi..

nak balik je mmg jalan jem giler
ramai yg dah nak gerak balik ke KL
SIL yg nak balik aritu terpaksa ubah plan balik esok paginya
dapatla join BBQ malam tu
 acara wajib tiap kali raya di sini..

pasni citer BBQ lak..

 


Raya 2012 Kami - Raya Kedua (Tanjung Mas..)

Dah penat jenjalan raya, FIL ajak jenjalan kat Tanjung Mas lak. follow jela walaupun badan dah lenguh, kepala dah pusing. nak lepak makan mee bandung atau rojak, perut dah penuh. nak lepak minum, dah kembung perut dgn air dah ni. Cuma layan anak-anak sambil berposing lagi.. lagi.. dan lagi..



kakak dan adik-adik ipar yg happy go lucky



layan anak-anak main kete lagi untuk 20 minit

berlatar belakangkan bendera negeri Johor

Ayna yg baru nampak hepi
kalau tak mood dia kejap mendung, kejap cerah..

Kejap je pun kami kat sini. sbb dah nak maghrib dah. terus gerak balik. MIL kol lak mintak belikan KFC. mmg susah kalau nak pegi beli KFC kat bandar muar ni. parking pun susah. hubby pegi beli KFC. aku dan adik ipar stay kat kete sbb parking block kete orang. lama menunggu sbb hubby kata ramai giler orang nak beli KFC. memasing dah jemu dgn nasi impit dan rendang yer.. dkt sejam gak baru hubby setel.

layan anak-anak main bunga api
bersama sepupu-sepupu hubby yg masih kecik sebaya Echa
kira Echa dan mak dan pak sedara sama baya..

hubby dan sepupu, abg Lan yg menetap di johor

seronok sbb ada pondok comel ni


Echa dan sepupu, Airin


4 sekawan yg bermain sampai kol 2 pagi
sorg lagi time ni lom sampai kampung

Tamat sudah kisah rayaku.. tu baru raya kedua puye citer,, pasni raya ketiga lak. hehe.. banyak lak masa mengarang blog kan. xde keje kat opis ke ni? hehe.. boss takde masih bercuti, jadi kami kat opis ni masih beraya-raya lagi. ahaha..