♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Saturday, July 21, 2012

Ho Chi Minh Vietnam - Part Last

Sambung lagi citer Ho Chi Minh. Banyak lak part ekk. Sambil wat keje sambil update blog. Baru gi 2 hari 1 malam tu. Kalau 3/4 hari sampai part ke 20 kot..

Flight blk Malaysia kol 1 ptg. Pagi hari kedua ni nak ke Pasar Ben Thanh lagi. Nak beli barang sebelum balik Malaysia. Kol 7.30 pagi kami dah turun nak gi breakfast kat Basiroh. Hotel mmg ada sediakan breakfast tp kami mmg tak lalu la nak makan. Cuma kakak dan hubby je yg ke cafe hotel sbb dah tersalah tgk time. mmgla janji kol 7.30 pagi tp waktu vietnam la. Kol 6.30 pagi dia dah turun. 6.30 pagi dah terang nampak matahari tp kedai masih tutup lagi. Lewat sejam kan dari kita. 

Sebab dah terawal siap, kakak dan hubby dia gi cafe hotel dan saing dorg ada group dr Malaysia yg breakfast kat situ. Kakak dan hubby cuma makan roti bakar dgn jem je. Yg lain mmg dorg tak berani amik walaupun dah dimaklumkan chef yg belah sini halal.. yg sana tu tak halal.. Dah dengar ada tak halal, terus  tekak jadi loya. Kalau yg halal pun tapi satu dapur, satu kuali, camne?? makcik-makcik group tadi mmg amik je makanan yg ada siap bertambah-tambah.. lantakla kan.. 

pagi ni dgn senyum bersemangat waja nak teruskan perjuangan membeli di pasar lagi
bawak gaun utk ayna sbb ingat nak tukar saiz
tp, byk lak cekadak salesgirl tu..

nasi lemak kat Basiroh
leh tahan sedap la
kena awal pagi kalau nak makan nasi lemak ni
kalau tak, mmg cpt abis

nak try gak kopi vietnam sbb negara kedua pengeluar kopi yg sedap selepas Brazil
try order sini tp rasanya... errrkkkkk.. tak sedap...
kopi kat kedai ni kopi jenis lain kot
terkebil-kebil mata aku ni nak menelan.. 

Dah sette makan, terus ke Pasar Ben Thanh. Pasar ni bukak jam 8 pagi. Sebelum jam 8 pagi kami dah sampai. Ada yang tgh susun barang lagi.

Sambung shopping la sgt..

Terus ke kedai jual baju kanak-kanak tempat aku dan kakak beli gaun anak. Mmg salesgirl dia ingat kat kami sbb dah cakap nak repeat balik. Niat nak tukar saiz gaun utk ayna dulu baru nak tgk yg lain. Dia kata takde saiz lain. Padahal semalam byk dia kuarkan dari plastik. Different size, different colour. Pagi ni dah takde saiz lain lak. Pastu suh kita pilih baju lain lagi.

Kakak kata mau beli lagi.. Beli la kakak...

Time ni dah mula rasa meluat dgn dia ni.. Ok, takpe.. takde saiz.. 

Sabar lagi.. Tgk gak design baju lain yg cantik-cantik. Bila taye harga, harga pun dah jadi lain. Tak murah macam semalam.. Nak kurang pun takleh.. Aiii.. mmg we oll dah takleh sabar. terus cabut... 

Mungkin awal pagi dan kami adalah first customer. Mood dorg menjual pun mmg tgh ada tu, tu yg takleh tawar harga langsung. time beli semalam dah lewat petang, dorg pun dah penat, tu yg harga pun leh kurang.

Jadi, cik puan semua, kalau nak shopping kat sini jgn pegi pagi-pagi sbb harga pagi lain, harga petang lain.. Tapi, tak semua la. ada yg ok. geram je rasa. tgh geram pasal benda lain ni dgn peniaga sini nanti aku citer pasal ni kat next entry.

Nak carik kain cotton.. Menyesal tak beli kain cotton bebanyak. Kain sini mmg murah. Kalau kat Malaysia jual dalam RM80 sepasang, kat sini kalau pandai tawar dapat RM35 je. Tp, aku cuma beli sikit je. Beli utk sendiri dan MIL (sbb tau MIL takleh pakai baju kurung siap).

kedai ni ok
mmg baik
memula dia letak harga RM40.. kurang-kurang dapat RM35..
kalau ada rezeki, nak pegi kedai ni lagi

Utk hari terakhir sebelum balik ni, aku dan hubby mmg pulun round satu pasar kecuali kat bahagian pasar basah. Tgk apa yg leh dibeli lagi. Nak beli anak-anak mainan. Sian dorg kena tinggal. Kat sini cuma ada dua kedai je jual permainan kat bahagian Fixed Price. Dapatla belikan mainan barbie utk Echa dan mainan piano untuk Ayna. Terbayang dah Echa yg suka tul kalau dapat mainan barbie ni. Harga lebih kurang sama je dgn Malaysia sbb made in China. Takpela demi anak..

jalan-jalan nak balik dah ternampak la jubah vietnam utk kanak-kanak
beli warna pink utk kakak

Balik hotel letak barang dulu pastu kuar lagi sbb nak beli helmet. Comel lak tgk orang sini naik motor guna helmet setengah yg macam-macam rupa. Kat negara kita takleh guna tapi wat pakai dekat area umah atau nasi basikal pun ok kan. 

tiang elektrik dgn wayar yg berselirat
pemandangan biasa di sini

ok.. ngam.. jom naik basikal
ada lak basikal kat belakang tu kan.. hehe

comel-comel.. ada bentuk topi tp dah modified jadi helmet


kami beli banyak ni, kasi murah la untie..
byk kali untie ni mengira dgn kalkulator dia
kejap dah bertukar tangan dgn kami sbb nak tawar harga
dapat gak murah.. satu helmet macam topi tu leh dapat RM12. ok ke tak yer?
 murah la kot kan sbb kat malaysia tak penah jumpa helmet camtu.

borong byk utk adik-beradik lelaki
takde benda nak beli utk dorg.. dapat beli ni je.. leh pakai time naik basikal kan.. 

Balik hotel terus packing barang. 

baju vietnam utk kakak Echa dan Ayna
dah pakai pun time kenduri aqiqah sepupu dorg
Ayna pakai baju ngam, tp seluar labuh lak.. 

kain cotton yg sgt lembut

ready nak balik Malaysia
tak sabar dah nak balik
dua hari kat sini terasa lama sgt dah

paling merisaukan bila luggage terlebih berat
utk elakkan kena bayar lebih utk luggage
timbang dulu kat lobi hotel
ingat bila dah gi group ni berat luggage leh join
rupanya takleh


amik teksi ke airport dari hotel
harga pun dan ditetapkan

time nak ke airport rasa jauh je nak sampai airport
rasa macam berpusing-pusing je 

di tgh bandar ada taman camni dgn pokok yg cantik
kalau lama lagi stay kat sini dan dgn family leh la jenjalan sini..
aku dan hubby?? taknak kot pegi sini lagi kalau utk holiday..
best lagi Jakarta dan Bandung kalau untuk holiday dan shopping..
lagi best Malaysia... tetap di hati..

kipas ni beli 5 dgn harga RM12
ni pun sbb wanita dgn anak yg dtg merayu-rayu suh beli
wanita tu kata..
beli la.. anak saya lapar...
padahal kakak dah beli semalam
pun dia kata anak dia lapar..
dah bape byk la dia dapat yer dgn ayat tu?

ayat "anak saya lapar" jadi trademark kat sini
dah dua orang aku jumpa

so, terpulangla pada anda pasni kalau berdepan dgn orang camni



lama tul nak setelkan luggage ni
sian tul orang-orang belakang kami
rupanya sorg ada limit berat beg
ingat leh gabung sume
nasibla tak kena tambah duit lagi
cukup berat luggage


nasib baikla flight delay setengah jam sbb hujan lebat
tp sampai Malaysia on time..
time dalam flight tu lama gak nak tunggu lampu belt padam
rasa macam susah benar flight tu nak naik tinggi
sbb hujan dan nampak gelap je
mmg berhayun je dan bergoyang-goyang
time tu dah mengucap
alhamdullillah takde benda buruk berlaku..
syukur sgt...

nasib order makanan online
kalau tak order mmg xdpt la makan
cuma order utk hubby je Nasi Goreng Asian With Satay
dapat la numpang makan gak
rasanya biasa je
rugi tak order nasi beriani

next time kena order makanan online
sbb tak tentu ada makanan ni
kakak dan abang nak order tp dah abis
yg tinggal nugget je
kelaparan sampai KL

Di LCCT kena depan kastam Malaysia. Kena tax pulak..

kami dah sedia maklum, di airport sana mmg takde cukai. bila dah malaysia baru kena cukai. mmg berdebar nak lalu kastam sini. Risau la sbb byk stok baju kurung. Time tu dah bahagikan beg-beg. Konon nak wat tak kenal la antara satu sama lain. Aku jalan dgn hubby. Kami tak beratur sekali dgn yg lain sbb taknakla kantoi sekali. ada dua barisan dan kami ke barisan satu lagi. time tu dah tak sedap hati sbb abang yg beratur sebelah dh kena bukak beg. kantoi dah.. hehehe..

Tgh beratur ada brother sorg ni dgn bawak troli dan dua beg yg besar potong queue. kami bagi jela dia potong. Nak sgt jalan dulu. Jeling sebelah, kakak dan abang dah kena cek beg. kami cpt-cpt letak beg dan amik. Kami lepas.. sbb kastam tu dah tahan brother yg potong kami tu. Mmg tak sangka.

Cuma kalau kena cek beg, bagi je dorg cek. Lagi senang kalau ada resit sbb kalau takde kastam akan wat harga anggaran semasa je. Tax yg kena baya 10% dr harga belian.

Kami mmg dah prepare awal-awal resit. Mintak pembekal tu sediakan resit. Kalau takde resit pandai-pandaila jawab dgn kastam tu yer. Kalau pegi group, cakap je pegi dgn group. Kalau asing-asing, tax pun kena bayar asing.

Tu jela citer 2 hari 1 malam kat Ho Chi Minh. Cukupla sekali je pegi kot. Kalau pegi pun atas urusan bisnes je. Sbb mmg tujuan pegi tu cuma nak amik stok baju kurung saja. Sambil tu jenjalan tgk negara orang. kami nak try meniaga sikit lepas balik dari sini. Test dulu kecik-kecik. Taktau lagi camne..

p/s : Setiap harga yang dinyatakan di sini adalah utk rujukan saja. bkn tujuan utk menunjuk-nunjuk. Mana yang baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan.. :)

3 comments:

zainun said...

assalam.saya nakl tahu kalau ikut group naik kereta sewa kat sana berapa ya?lagi satu resit apa yg nak kita simpan?

~aYu~ said...

@zainunsy naik teksi je sbb pegi pun 2 hari je. resit yg kena simpan kalau kiter borong byk baju atau barang make sure amik resit sbb sampai malaysia kastam nak cek resit tu uti harga cukai.

sal adyza said...

kalo beli dkt pasar ben than tu atau pasar malam tu diorg ade sediakan resit yer?