♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, July 19, 2012

Ho Chi Minh Vietnam - Part 4

Masa family abang ke sini bulan Mei lepas, dorg cuma makan di Kedai Basiroh saja. Sbb taktau mana lagi kedai makan halal yg dekat.

Aku dah baca blog-blog mereka yg penah ke sini, mana yg dorg recomend tu aku print address restoren tu siap-siap supaya senang nak carik. Leh tunjuk je kat orang sana atau driver taxi. 
 
Restoran yg we oll nak try adalah Vietnam Delights kepunyaan orang muslim vietnam. Bila tgk kat blog, macam dekat je dalam 1 km dr hotel kami ni. Sbb taktau jalan, taye pada orang itu, orang ini dah dkt 30 minit we oll berjalan. Time tu kol 6 ptg tp macam dah gelap nak dkt Maghrib je. Hujan pun turun renyai-renyai. Rasa bersalah lak sbb aku yg beria-ria nak makan kat sana. Bila baca kat blog, dia kata dekat je. Kesian kat abang ipar yg mmg sakit di lutut. Abang lak kata dah penat jalan ni kita teruskan juga. Ok..

Bile dah pusing-pusing tu, lintas jalan, nampak lak lorong jalan hotel kami. Aik.. jauhnya kami berpusing.. Rupanya salah jalan daa.. Restoran tu takdela jauh manapun. Kami je yg tersalah jalan. Tp, bkn salah kami tau. Orang-orang sana yg bg direction salah.. ehehehe..


Tak dapat amik gambar restoran tu sbb dah lapar sgt dan kaki pun dah lenguh giler..

takde customer lain pun
hanya kami..

tauke restoran, En. Aziz yg merupakan muslim vietnam ramah melayan kami
fasih betul berbahasa melayu
kira tak menyesal la datang sini penat-penat


fried mee siput
sedap.. sedap.. 




Seriously, makanan kat sini mmg sedap sgt. memang ikut citarasa tekak malaysia ni. berbaloi dtg sini dgn salah jalannya sbb terhibur dgn layanan owner dan staff yang mmg ramah. harga pun tak mahal sangat.

Siap ada lagu P. Ramlee lagi... fuhhh.... mmg best..
 

sotong sambal pun terbaikkkkkk....

aku suka sbb aku tak order air
cuma minum air kosong
tp dorg akan refill banyak kali.. best kan..

Balik naik teksi je. Taknak la berjalan dalam hujan-hujan ni. En. Aziz mintak staff dia panggilkan teksi utk kami.  Dapat teksi Toyota Innova cukup utk kami bertujuh..
 
dah sampai hotel
teksi kami ni driver wanita
mmg cekap bawak kete dan meter pun leh dipercayai..

Balik hotel dulu. Mandi dan rehatkan badan. Malam tu kami berjalan lagi di Pasar Malam. Kat pasar ni la tempat kami nak amik stok baju kurung yang dah order dari Malaysia lagi. Pasar ni kat depan jalan Pasar Ben Thanh. Siang leh shopping kat pasar Ben Thanh. Malam leh shopping di pasar malam luar Ben Thanh. 

keadaan pasar malam
betul-betul di depan pasar Ben Thanh

geram tgk baju kurung siap manik lagi
seperti biasa adegan tawar-menawar lagi


alamak ada paparazzi amik gambar kita la.. hehe..

Tak lama pun jalan kat sini sbb hujan. Kejap je pun. Yang bestnya orang pompuan la sbb bnyk leh shopping. Hubby cuma beli jersi 2 helai je. kesiannn..

Antara barang yg aku beli utk hari pertama :

baju kurung ada utk adik-beradik, ada utk sendiri dan ada utk dijual..

gaun utk anak-anak


fridge magnet

Tu je la aktiviti hari pertama kami. Mmg memenatkan sbb nak kejar masa.  Uihh... time ni dah start rindu anak-anak. Siannya dorg kena tinggal.

Tengahari esok dah nak balik Malaysia. Malam tak leh tido sgt. Hubby dan abang ipar lak gi urut kaki. rasa rugi lak tak join sekali. Sbb murah kalau urut kat sana.



4 comments:

anie said...

bestnye shopping....

~aYu~ said...

anie : best.. pastu blk sini dh xbest sbb xde duit dah..

❤✿nOrhidayah myusni✿❤ said...

tumpang tya....
baju cotton rate harga berapa yer??? sbb i nk g ujung bln dpn... mber byk kirim

~aYu~ said...

❤✿nOrhidayah myusni✿❤ : baju cotton rate sana dalam RM50-RM60. kena tawar la. kalau beli banyak lagi dapat kurang. ;)