♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, July 18, 2012

Ho Chi Minh Vietnam - Part 3

Di sini kami stay di Hotel Hoang Hai Long 2 Hotel Dragon 2 Hotel. Okla stay sini sbb mmg dkt je dgn Pasar Ben Thanh. Jalan kaki je tak sampai 5 minit dah sampai. Kat sini pun mmg berderet-deret hotel.

Bila dah check-in tak terus masuk bilik. Makan dulu kat kedai depan hotel. Kedai Basiroh.. Famous di kalangan pelancong terutamanya muslim Malaysia ni. Mmg kat sini mana-mana je nampak orang Malaysia.

first time kami berjalan jauh berdua-duaaan sejak ada anak ni
sambil tu honeymoon skali la kan.. hihik


kat sini jual telekung, tudung dan jubah..
kecik je pun kedai ni 
tp, ada bukak sikit ruang untuk makan dan ada la dalam dua tiga meja je..
tp tak tgk masuk dalam pun
cuma makan kat luar je
makanan kat sini dijamin HALAL

menu yg ada cuma ni..
kari ikan, ayam/ikan goreng dan sayur kacang panjang
tp tgh lapar dan ayam pulak baru pas goreng panas mmg selera benor aku makan.. licin.. hihi..

tu la hotel yg kami stay
mmg berdepan je kan dgn tempat kami makan ni..

Lepas kenyang, balik hotel jap nak rehat dan solat. Walaupun perjalanan ke sini dgn flight cuma 1 jam 40 minit tp terasa lenguh gak badan ni. Mungkin byk menunggu dan byk yg dipikirkan.. eceh..



ok dah siap
jom kuar shopping..
kan tgh jutawan ni sbb ada jutaan vietnam dong.. hehe

tu la Pasar Ben Thanh
mmg dekat je dgn hotel
boleh shopping sampai tak cukup tangan nak bawak 
pastu leh letak barang jap kat hotel pastu sambung shopping lagi

sampai je kat pintu masuk ni kedai yg mmg harga fixed
FIXED PRICE
harga tetap.. takleh kurang pun.. bertekak la dgn salesgirl tu mgm takleh kurang puye
survey dulu harga kat sini sebelum masuk ke kedai bahagian dalam 
sbb kalau kat dalam tu lagi la harga ntah apa-apa..
bermula la episod drama tawar-menawar.. hehe


pegang je tak beli pun


geram tgk kain cotton kat sini

first thing yg ku beli
Fridge Magnet
takut tak jumpa lagi pasni sbb masa suntuk
dah jumpa terus rembat
banyak aku borong kat sini

Keadaan dalam pasar tu..

Ada bahagian utk pakaian dan beg, satu bahagian lagi utk bhn mentah sayur dan pasar basah pun ada. Kami cuma jalan di bahagian yg menjual pakaian saja. Tupun terasa pening dan rimas dgn sikap peniaga wanita, awek vietnam ni. Sambil suara manis dan mendayu-dayu ajak kita beli. Kalau yg pompuan ni takpela dia pegang-pegang tangan dan badan kita. Yg lelaki pun abis kena raba.. Hubby sampai nak kena peluk tau.. aduyai.. mmg dashyat tul cara dorg berbisnes ni.. Kalau laki yg tak kuat iman lagi lak pegi sorg mmg senang je nak kena kan..

Kat sini dorg akan panggil abang.. abang... mari beli bang.. dgn suara yg manja..Sambil pakai baju yg ketat sambil nampak bahagian lurah dada. Makin lama makin tunduk konon nak amik barang kat bawah.. hmmm dah free tgk jela bkn kena bayar.. ekeke..

Mmg byk aku baca dari blog-blog mereka yg penah ke sini. macam-macam tips aku baca. Tp, mmg betul. Kalau ke sini kalau boleh pakai la sling beg dan jgn letak hp atau wallet kan bhgn belakang seluar. Manala tau dalam kita tak perasan mengharungi jalan yg sesak, wallet kita dah kena sambar.

Aku banyak kali kena pukul di punggung oleh sorg wanita ni. Taktaula mungkin nak bergurau. Mana la tau tetiba je dia seluk poket nak amik wallet je kan. Sebab aku pakai sling bag, aku wat cuma peluk kakak je..

Sambil aku jalan sambil tu dia pukul punggung aku ni sambil cakap.. "kakak, beli kak.." sambil ketawa.. Rasa macam nak marah tp sbb pikirkan tempat orang, aku terus peluk kakak aku kuat-kuat. Takut..

Bahasa lak.. 

Ada yg paham sikit-sikit, ada yg tak paham dan ada yg fasih tul bahasa kita. Kalau English pun mmg sebutan dorg lain. kalau nak beli kena pandai tawar-menawar. jangan lak tak tawar sbb dorg akan bg harga tinggi. tp biler dah dapat tawar harga sampai penat jadinya.. mmg byk kurang dari sebelumnya. Part nak menawar ni kena belajar dgn hubby sbb dia mmg pandai. Aku mmg lemah dalam bab ni. Tu pasal bila balik Malaysia rasa rugi tak beli tu la.. ni la.. sbb nak menghadap dorg la..

abang beli bang.. murah... murah.
laluan antara kedai sempit
asyik bergesel dgn orang

Hari pertama cuma byk survey harga dulu. Mana yang murah dan berbaloi beli baru la aku beli. Tupun lepas drama tawar-menawar. haiyaa.. penat.. 

Plan nak borong bebyk baju kanak-kanak. Nak beli utk anak dan anak sedara. Tgk rate harga pun lebih kurang macam Malaysia je. Kalau beza pun dalam RM5 -10 je. Takde la nak membeli sangat. Cuma aku amik 6 pasang je.. 3 untuk Echa.. 3 untuk Ayna. Mmg geram tgk design gaun kanak-kanak yang cantik-cantik.

Kat sini matawang yg digunakan Vietnam Dong, USD dan juga RM. Memula mmg pening gak sbb nak convert duit RM bape. Lama-lama dah ok tupun banyak kali taye kalau harga tu dalam Dong bape, kalau dalam USD bape.. sudahnya bayar guna RM je.. sbb lagi mudah kot sbb dah tau nilai RM bape. Dorg pun ada duit tukar RM sekali. Baguskan.. Kami byk membeli guna RM je.

So, next time pegi sini takyah tukar USD bebyk. Sbb rugi je. Nanti nak tukar RM pun dapat tak banyak dah. Rate USD susah nak naik kalau nak jual balik.

me dan hubby
inagt nak amik gambar kat kuda belakang tu
tapi takut nak lintas jalan
serius mencabar giler kalau nak melintas jalan 
dgn motor yang banyak giler.. giler ke apa we oll nak melintas.. 
ehehe..

ahli rombongan..

aik macam kat Malaysia je
bila tgk bangunan ni terasa macam kat negara sendiri je
macam bangunan Menara Rebung je kan..

teringin lak aku nak beli wig kat belakang tu

Abis dah shopping kat Pasar Ben Thanh utk hari pertama.. pasni nak jalan-jalan cari makan lak. Takkan nak makan kat kedai Basiroh lagi. Byk tempat makan yg halal aku print siap-siap..




3 comments:

Mira Adzlia said...

sronoknye kak ayuni...nih yg rse mau pigi jugak...hehe..mau soping byk2..haha

p/s : tp mmg menara tu sejibik mcm menara rebung..hihi

~aYu~ said...

Mira : shopping jgn xshopping. jgn lupa tips yg akak bgtau tau.. hihikk..

Anonymous said...

Currently it sounds like Movable Type is the best blogging platform available right now.
(from what I've read) Is that what you are using on your blog?
Feel free to visit my blog ... vuelos a vietnam