♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, July 30, 2012

Time Deko-Deko Umah Bermula

Mood deko-deko umah datang lagi. Setahun sekali je nak deko umah ni. selalunya mmg nak raya je la baru nak hias umah nak top up.. nak cat balik. bosan kalau gaya sama je. 

Plan nak renovate sikit umah kami. Nak pecahkan dinding antara pintu masuk dan ruang tamu. Umah kami kecik je. Ruang pun terhad. Kalau pecahkan dinding tu nampak luas la sikit. Dulu masa tgh renovate nak pecahkan dinding tu tp abah aku tak kasi. Aku dan hubby follow jela. Sekarang ni baru rasa menyesal napela tak pecahkan dinding tu.

Hubby boleh je wat sendiri. Tp, memikirkan tentang habuk, rumah berkecah di bulan puasa ni terus tak jadi. Terpaksala tangguh dulu demi keselesaan anak-anak. Tunggula anak-anak dah besar. Time tu baru leh wat.

Tak jadik pecah dinding, kita cat rumah jela. Bagi nampak lain sikit. Rumah kami ni macam-macam kaler ada. Dah macam taska la pulak. Ruang tamu warna merah, dapur warna purple dan hijau, tak termasuk warna bilik tidur tu.. hihik..

Hubby nak cat warna putih umah kami. Hasilnya walaupun belum siap sepenuhnya mmg membantu nampak ruang lebih luas.

ni sebelum dicat
abaikan bakul baju tu yer
x plan nak amik gambar ni sebenarnya sbb amik sebelum hubby kata nak cat umah


 ni hasilnya lepas cat umah
terang je umah kami
yg belang warna merah putih lom siap lagi
hubby nak try je
tgk la hasilnya camne.. hihi..

Monday Bluesssss (︶︿︶)

Salam Isnin 10 Ramadhan. Kejap je rasanya cuti. Takde mood nak keje. 

Pagi tadi bangun awal kol 3 pagi sbb tido awal. Plan nak masak nasi goreng je tp terlebih rajin lak nak masak paprik yg penuh dgn ayam, daging, udang, sotong dan sayur. Makan dengan nasi putih panas-panas memang selera tul. Nescafe O wajib biler sahur selain air masak dan kurma. Petang ni taktau nak buka pose kat mana. 

Rasa macam teringin je nak buka pose kat luar.


p/s : takde mood nak wat keje... arrrghhhh..

Friday, July 27, 2012

Jumaat mestila SOGO kan..

Salam Jumaat.. Seminggu dah kita berpuasa. Rehat tadi sempat ke SOGO. Sejak pindah opis baru ni mmg xde pun kuar ke mana. Jauh dari mana-mana shopping complex. Tak cam opis lama dulu yg mmg tgh bandar, mmg ligat kaki ni berjalan. Pegi ni pun dgn Kak Mah, opismate yg drive kete.


Sogo Card Sales aritu tak pegi pun. Cukup la sekali pegi. Pening berpinar mata ni tgk ramainya orang.








seperti biasa tempat kanak-kanak mesti ramai orang time sales ni
tp, okla sbb kaunter bayar pun banyak bukak dan beratur pun tak panjang
 

dapat peket angpau
rasanya RM100 ke atas kot dapat angpau ni
tak sure la
sbb time bayar tu cashier tu suh pegi LG Floor kat customer service utk amik peket ni

beli pun x banyak sbb mood nak shopping pun kureng sikit



Tarawih pertama..

Dah seminggu Ramadhan, malam tadi baru dapat ke surau berjemaah solat tarawih. Ayna kami mintak tolong family hubby jagakan. 

 Echa yg plg excited skali nak ikut gi surau
leh ikut solat utk 2 rakaat je
selebihnya tgk kawan-kawan dia main..

budak-budak time ni la peluang nak kuar malam kan
kat surau kami dkt je dgn padang
ramai la yg lepak kat situ lepas cukup 8 rakaat
situasi yg dapat dilihat dalam bulan Ramadhan je

Kat surau sini wat solat tarawih 20 rakaat. 
Tp, kami cuma wat 8 rakaat je.


echa time mamanya sembahyang dah sibuk tgk air teh dan pisang
taye dia pasni nak ikut lagi x?
dia cakap nak..




Thursday, July 26, 2012

Marah orang mmg bestkan?

Sabar.. sabar.. ni kan bulan puasa. bulan mulia. tak elok kan nak marah-marah ni. Kurang pahala tu. Peringatan tuk diri sendiri juga. Rasa nak menangis pun ada. Walaupun bukan salah diri sendiri, tp kalau dah kena marah saper la yg tak sedih kan.. Tau sebenarnya dia bkn nak marah aku sorg je.. Terima jela.
Biasalah orang bawahan mesti ada orang atasan. Tukang semak dan lulus pun orang atasan. Jadi, sume salah la.

Yg bawah-bawah ni ikut je arahan orang atas-atas ni. Bkn keje sendiri pun sebenarnya. Dah dalam senarai tugas kan kena ada arahan dari masa ke semasa. Redha jela..

Tanpa orang atasan, siapala orang bawahan.. Begitu la sebaliknya..

Tak payah la nak cakap "saya ni pegawai..." banyak kali. Kami sume tau..


p/s : luahan rasa di petang 6 Ramadhan ni. tak salah kan nak citer kat sini. isshhh.. pening.. pening.. rasa nak makan byk je berbuka nanti.. hehe..

Macam pose je.. Bonus.. Syukur..

Salam 6 Ramadhan.. Kejap je dah hampir seminggu kita berpuasa. Tak sabar nak raya. Ada yg dah main lagu raya x? hehe..

kakak echa time amik mamanya semalam 
macam pose je dia ni
tido dari opis mama sampai la umah
penat sgt macam pose.. hehe..

ni lauk time sahur pagi tadi
ikan kerisi goreng masak taucu..


ehhh.. pagi ni sume senyum je yer especially yg keje gomen tu
mana taknya dapat bonos minimum RM500 atau setengah gaji..
syukur alhamdulillah...



Wednesday, July 25, 2012

Oh! Rosak Lagi

Hari kelima Ramadhan. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa. 

Nak ke opis pun takat ni tak lewat lagi sbb masih masuk jam 8 pagi. Bln depan xtau lagi camne kalau masuk jam 7.30 pagi. Bila awal kuar umah, traffic light nak ke DUKE lak rosak. Jadi jem kat situ.



traffic light sini dah byk kali rosak
takde pun pihak berkenaan nak tolong panggilkan polis traffic ke
tolong kawal jalan sini
mmg bahaya takut bertembung
sume bwk macam jalan dia sorg je..
  nasibla hubby yg drive
kalau aku bawak kete mmg takut nak mencilok ni
lama kot tunggu baru dapat masuk line
hmm.. pls la..
 

Tuesday, July 24, 2012

Yg Paling Sibuk Time Berbuka Pose..

Bulan puasa plg seronok dapat berbuka pose makan ramai-ramai. Meriah je dgn lauk-pauk dan kuih-muih yg banyak. Hari kedua dan ketiga puasa, kami berbuka di umah mertua. Petang ni xtau lagi berbuka pose kat mana.

yg paling sibuk adalah ini budak
alhamdulillah yg adik ni mmg kuat makan tul
mmg pantang nampak makanan

kakak lak tak kuat makan kecuali chicken chop dia mmg faveret..

kol 6 petang aku blk keje, ayna dah makan
kalau tak neneknya, mamanya akan suapkan
lagi-lagi kalau dapat bubur lambuk.. mmg laju la dia ngapp

kol 7.30 malam time kita nak berbuka pose dia pun sibuk makan gak..
 nak bg dia senyap tak kacau orang makan adalah dengan dudukkan kat sebelah kita 
bagila nasi dalam pinggan dan dia akan makan sendiri..

dan hasilnya..
lagi byk masuk kat bawah tikar dari dalam mulut dia
lantakla sayang.. asalkan ayna diam sudah..

dua kali sendawa..
perut pun dah buncit sgt penuh dgn air.. hihi


Monday, July 23, 2012

Nak cuba berbisnes..

Ada citer pasal apa aku ke Vietnam baru-baru ni. Ke sana sbb nak amik stok barang yang kami dah order kat sorg peniaga ni. Kami amik baju kurung cotton yang penuk manik. Aku pun suka beli baju cotton siap lagi-lagi penuh manik.. timbul minat nak beli dan jual baju ni. Saja nak try berniaga kecik-kecik dulu.

Contoh baju kurung yang kami jual ni.. 






Wat masa ni try bisnes kat opis dulu. Alhamdulillah, kawan-kawan ramai yang beli dan support kami. Terima kasih sgt pada sume.. Macam-macam ragam dan tau dah macam mana susahnya berniaga ni.. hehe..

Boleh la tgk kat FB BUTIK SARA ADALYA. Tp, kena add as friend dulu. tak confident nak wat page sendiri. Ada ke nak LIKE nanti.. malu la nak mintak orang LIKE.. huhu.. Ada wat blog gak tp still under maintenance lagi. Insyaallah..

Mmg ada perancangan nak buka butik sendiri satu hari nanti jika ada rezeki lebih dan diizinkan-Nya. Ini baru permulaan dan sudah ada rintangan dan cabarannya. Nanti aku citer kemudian yer.. Salam Ramadhan.. ;)

Ceramah Agama Ramadhan Di Opis

Pening kepala. Arini sampai opis awal. Jam 7.30 pagi dah depan PC. Saja nak try masuk 7.30 pagi sbb bulan depan nak try la masuk 7.30 pagi.. WP1. Sbb kat opis baru ni terus kuar Jalan Mahameru, sure jem giler puye.

Tadi kat opis ada ceramah agama. Penceramah ustaz dari JAKIM. Ceramah berkaitan Ramadhan. 

Antara ceramahnya adalah jangan beli makanan/minuman kat orang yang tutup aurat. macam kat bazar ramadhan. Kalau ada yang jual tu tak pakai tudung dan ada yg sah-sah tak pose, jgn beli kat mereka ni. Sbb makanan tak berkat.

Hasad dengki yang dibenarkan dalam ISLAM ada dua iaitu hasad dengki pada mereka yg ada Al-Quran dan membacanya setiap hari dan juga hasad dengki pada mereka yang ada harta tp suka bersedekah.

Tak terpikir lak pasal tu.. selama ni main redah je beli.. ingat lagi tahun lepas kat pasar umah ada anak-anak dara ni jual air. mmg cantik rambut dorg. tp, jualan air mereka mmg laku la.


p/s : bukti aku tak tido dalam ceramah tadi. padahal mata ni dah kuyu dah.. hehe..


Saturday, July 21, 2012

Menu buka day 1



Arini buka di umah mak. aku masak rendang ayam..
tempe goreng ltk suhun kicap dan sayur taugeh.. pegi bazar pun jap sbb ujan. first day dah ujan.. 
alhamdulillah..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ho Chi Minh Vietnam - Part Last

Sambung lagi citer Ho Chi Minh. Banyak lak part ekk. Sambil wat keje sambil update blog. Baru gi 2 hari 1 malam tu. Kalau 3/4 hari sampai part ke 20 kot..

Flight blk Malaysia kol 1 ptg. Pagi hari kedua ni nak ke Pasar Ben Thanh lagi. Nak beli barang sebelum balik Malaysia. Kol 7.30 pagi kami dah turun nak gi breakfast kat Basiroh. Hotel mmg ada sediakan breakfast tp kami mmg tak lalu la nak makan. Cuma kakak dan hubby je yg ke cafe hotel sbb dah tersalah tgk time. mmgla janji kol 7.30 pagi tp waktu vietnam la. Kol 6.30 pagi dia dah turun. 6.30 pagi dah terang nampak matahari tp kedai masih tutup lagi. Lewat sejam kan dari kita. 

Sebab dah terawal siap, kakak dan hubby dia gi cafe hotel dan saing dorg ada group dr Malaysia yg breakfast kat situ. Kakak dan hubby cuma makan roti bakar dgn jem je. Yg lain mmg dorg tak berani amik walaupun dah dimaklumkan chef yg belah sini halal.. yg sana tu tak halal.. Dah dengar ada tak halal, terus  tekak jadi loya. Kalau yg halal pun tapi satu dapur, satu kuali, camne?? makcik-makcik group tadi mmg amik je makanan yg ada siap bertambah-tambah.. lantakla kan.. 

pagi ni dgn senyum bersemangat waja nak teruskan perjuangan membeli di pasar lagi
bawak gaun utk ayna sbb ingat nak tukar saiz
tp, byk lak cekadak salesgirl tu..

nasi lemak kat Basiroh
leh tahan sedap la
kena awal pagi kalau nak makan nasi lemak ni
kalau tak, mmg cpt abis

nak try gak kopi vietnam sbb negara kedua pengeluar kopi yg sedap selepas Brazil
try order sini tp rasanya... errrkkkkk.. tak sedap...
kopi kat kedai ni kopi jenis lain kot
terkebil-kebil mata aku ni nak menelan.. 

Dah sette makan, terus ke Pasar Ben Thanh. Pasar ni bukak jam 8 pagi. Sebelum jam 8 pagi kami dah sampai. Ada yang tgh susun barang lagi.

Sambung shopping la sgt..

Terus ke kedai jual baju kanak-kanak tempat aku dan kakak beli gaun anak. Mmg salesgirl dia ingat kat kami sbb dah cakap nak repeat balik. Niat nak tukar saiz gaun utk ayna dulu baru nak tgk yg lain. Dia kata takde saiz lain. Padahal semalam byk dia kuarkan dari plastik. Different size, different colour. Pagi ni dah takde saiz lain lak. Pastu suh kita pilih baju lain lagi.

Kakak kata mau beli lagi.. Beli la kakak...

Time ni dah mula rasa meluat dgn dia ni.. Ok, takpe.. takde saiz.. 

Sabar lagi.. Tgk gak design baju lain yg cantik-cantik. Bila taye harga, harga pun dah jadi lain. Tak murah macam semalam.. Nak kurang pun takleh.. Aiii.. mmg we oll dah takleh sabar. terus cabut... 

Mungkin awal pagi dan kami adalah first customer. Mood dorg menjual pun mmg tgh ada tu, tu yg takleh tawar harga langsung. time beli semalam dah lewat petang, dorg pun dah penat, tu yg harga pun leh kurang.

Jadi, cik puan semua, kalau nak shopping kat sini jgn pegi pagi-pagi sbb harga pagi lain, harga petang lain.. Tapi, tak semua la. ada yg ok. geram je rasa. tgh geram pasal benda lain ni dgn peniaga sini nanti aku citer pasal ni kat next entry.

Nak carik kain cotton.. Menyesal tak beli kain cotton bebanyak. Kain sini mmg murah. Kalau kat Malaysia jual dalam RM80 sepasang, kat sini kalau pandai tawar dapat RM35 je. Tp, aku cuma beli sikit je. Beli utk sendiri dan MIL (sbb tau MIL takleh pakai baju kurung siap).

kedai ni ok
mmg baik
memula dia letak harga RM40.. kurang-kurang dapat RM35..
kalau ada rezeki, nak pegi kedai ni lagi

Utk hari terakhir sebelum balik ni, aku dan hubby mmg pulun round satu pasar kecuali kat bahagian pasar basah. Tgk apa yg leh dibeli lagi. Nak beli anak-anak mainan. Sian dorg kena tinggal. Kat sini cuma ada dua kedai je jual permainan kat bahagian Fixed Price. Dapatla belikan mainan barbie utk Echa dan mainan piano untuk Ayna. Terbayang dah Echa yg suka tul kalau dapat mainan barbie ni. Harga lebih kurang sama je dgn Malaysia sbb made in China. Takpela demi anak..

jalan-jalan nak balik dah ternampak la jubah vietnam utk kanak-kanak
beli warna pink utk kakak

Balik hotel letak barang dulu pastu kuar lagi sbb nak beli helmet. Comel lak tgk orang sini naik motor guna helmet setengah yg macam-macam rupa. Kat negara kita takleh guna tapi wat pakai dekat area umah atau nasi basikal pun ok kan. 

tiang elektrik dgn wayar yg berselirat
pemandangan biasa di sini

ok.. ngam.. jom naik basikal
ada lak basikal kat belakang tu kan.. hehe

comel-comel.. ada bentuk topi tp dah modified jadi helmet


kami beli banyak ni, kasi murah la untie..
byk kali untie ni mengira dgn kalkulator dia
kejap dah bertukar tangan dgn kami sbb nak tawar harga
dapat gak murah.. satu helmet macam topi tu leh dapat RM12. ok ke tak yer?
 murah la kot kan sbb kat malaysia tak penah jumpa helmet camtu.

borong byk utk adik-beradik lelaki
takde benda nak beli utk dorg.. dapat beli ni je.. leh pakai time naik basikal kan.. 

Balik hotel terus packing barang. 

baju vietnam utk kakak Echa dan Ayna
dah pakai pun time kenduri aqiqah sepupu dorg
Ayna pakai baju ngam, tp seluar labuh lak.. 

kain cotton yg sgt lembut

ready nak balik Malaysia
tak sabar dah nak balik
dua hari kat sini terasa lama sgt dah

paling merisaukan bila luggage terlebih berat
utk elakkan kena bayar lebih utk luggage
timbang dulu kat lobi hotel
ingat bila dah gi group ni berat luggage leh join
rupanya takleh


amik teksi ke airport dari hotel
harga pun dan ditetapkan

time nak ke airport rasa jauh je nak sampai airport
rasa macam berpusing-pusing je 

di tgh bandar ada taman camni dgn pokok yg cantik
kalau lama lagi stay kat sini dan dgn family leh la jenjalan sini..
aku dan hubby?? taknak kot pegi sini lagi kalau utk holiday..
best lagi Jakarta dan Bandung kalau untuk holiday dan shopping..
lagi best Malaysia... tetap di hati..

kipas ni beli 5 dgn harga RM12
ni pun sbb wanita dgn anak yg dtg merayu-rayu suh beli
wanita tu kata..
beli la.. anak saya lapar...
padahal kakak dah beli semalam
pun dia kata anak dia lapar..
dah bape byk la dia dapat yer dgn ayat tu?

ayat "anak saya lapar" jadi trademark kat sini
dah dua orang aku jumpa

so, terpulangla pada anda pasni kalau berdepan dgn orang camni



lama tul nak setelkan luggage ni
sian tul orang-orang belakang kami
rupanya sorg ada limit berat beg
ingat leh gabung sume
nasibla tak kena tambah duit lagi
cukup berat luggage


nasib baikla flight delay setengah jam sbb hujan lebat
tp sampai Malaysia on time..
time dalam flight tu lama gak nak tunggu lampu belt padam
rasa macam susah benar flight tu nak naik tinggi
sbb hujan dan nampak gelap je
mmg berhayun je dan bergoyang-goyang
time tu dah mengucap
alhamdullillah takde benda buruk berlaku..
syukur sgt...

nasib order makanan online
kalau tak order mmg xdpt la makan
cuma order utk hubby je Nasi Goreng Asian With Satay
dapat la numpang makan gak
rasanya biasa je
rugi tak order nasi beriani

next time kena order makanan online
sbb tak tentu ada makanan ni
kakak dan abang nak order tp dah abis
yg tinggal nugget je
kelaparan sampai KL

Di LCCT kena depan kastam Malaysia. Kena tax pulak..

kami dah sedia maklum, di airport sana mmg takde cukai. bila dah malaysia baru kena cukai. mmg berdebar nak lalu kastam sini. Risau la sbb byk stok baju kurung. Time tu dah bahagikan beg-beg. Konon nak wat tak kenal la antara satu sama lain. Aku jalan dgn hubby. Kami tak beratur sekali dgn yg lain sbb taknakla kantoi sekali. ada dua barisan dan kami ke barisan satu lagi. time tu dah tak sedap hati sbb abang yg beratur sebelah dh kena bukak beg. kantoi dah.. hehehe..

Tgh beratur ada brother sorg ni dgn bawak troli dan dua beg yg besar potong queue. kami bagi jela dia potong. Nak sgt jalan dulu. Jeling sebelah, kakak dan abang dah kena cek beg. kami cpt-cpt letak beg dan amik. Kami lepas.. sbb kastam tu dah tahan brother yg potong kami tu. Mmg tak sangka.

Cuma kalau kena cek beg, bagi je dorg cek. Lagi senang kalau ada resit sbb kalau takde kastam akan wat harga anggaran semasa je. Tax yg kena baya 10% dr harga belian.

Kami mmg dah prepare awal-awal resit. Mintak pembekal tu sediakan resit. Kalau takde resit pandai-pandaila jawab dgn kastam tu yer. Kalau pegi group, cakap je pegi dgn group. Kalau asing-asing, tax pun kena bayar asing.

Tu jela citer 2 hari 1 malam kat Ho Chi Minh. Cukupla sekali je pegi kot. Kalau pegi pun atas urusan bisnes je. Sbb mmg tujuan pegi tu cuma nak amik stok baju kurung saja. Sambil tu jenjalan tgk negara orang. kami nak try meniaga sikit lepas balik dari sini. Test dulu kecik-kecik. Taktau lagi camne..

p/s : Setiap harga yang dinyatakan di sini adalah utk rujukan saja. bkn tujuan utk menunjuk-nunjuk. Mana yang baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan.. :)

Sahur Pertama Kami..

Petang semalam dah plan nak wat nasi lemak. Terjaga pun kol 4.30 pagi mmg tak sempat la nak wat sambal tumis. Biasanya aku akan masak sambal malam atau bangun kol 4 pagi. 

Kami mmg kureng sikit kalau makanan yang berlemak-lemak pepagi ni. Tp, nasi lemak boleh lak.. Sahur pertama kami nasi putih dan telur goreng masak kicap je. Menu sempoi tp licinn.. Alhamdulilllah..

Kakak Echa sibuk je nak pose dia kata pose xleh makan. Tp, ngam je azan subuh dia dah mintak susu. Echa mmg makan kureng sikit tp susu dia mmg takleh tinggal. So, Echa pose makan je dulu yer, minum susu tetap minum.. hehe.. 

Marhaban Ya Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua..

Thursday, July 19, 2012

Ho Chi Minh Vietnam - Part 4

Masa family abang ke sini bulan Mei lepas, dorg cuma makan di Kedai Basiroh saja. Sbb taktau mana lagi kedai makan halal yg dekat.

Aku dah baca blog-blog mereka yg penah ke sini, mana yg dorg recomend tu aku print address restoren tu siap-siap supaya senang nak carik. Leh tunjuk je kat orang sana atau driver taxi. 
 
Restoran yg we oll nak try adalah Vietnam Delights kepunyaan orang muslim vietnam. Bila tgk kat blog, macam dekat je dalam 1 km dr hotel kami ni. Sbb taktau jalan, taye pada orang itu, orang ini dah dkt 30 minit we oll berjalan. Time tu kol 6 ptg tp macam dah gelap nak dkt Maghrib je. Hujan pun turun renyai-renyai. Rasa bersalah lak sbb aku yg beria-ria nak makan kat sana. Bila baca kat blog, dia kata dekat je. Kesian kat abang ipar yg mmg sakit di lutut. Abang lak kata dah penat jalan ni kita teruskan juga. Ok..

Bile dah pusing-pusing tu, lintas jalan, nampak lak lorong jalan hotel kami. Aik.. jauhnya kami berpusing.. Rupanya salah jalan daa.. Restoran tu takdela jauh manapun. Kami je yg tersalah jalan. Tp, bkn salah kami tau. Orang-orang sana yg bg direction salah.. ehehehe..


Tak dapat amik gambar restoran tu sbb dah lapar sgt dan kaki pun dah lenguh giler..

takde customer lain pun
hanya kami..

tauke restoran, En. Aziz yg merupakan muslim vietnam ramah melayan kami
fasih betul berbahasa melayu
kira tak menyesal la datang sini penat-penat


fried mee siput
sedap.. sedap.. 




Seriously, makanan kat sini mmg sedap sgt. memang ikut citarasa tekak malaysia ni. berbaloi dtg sini dgn salah jalannya sbb terhibur dgn layanan owner dan staff yang mmg ramah. harga pun tak mahal sangat.

Siap ada lagu P. Ramlee lagi... fuhhh.... mmg best..
 

sotong sambal pun terbaikkkkkk....

aku suka sbb aku tak order air
cuma minum air kosong
tp dorg akan refill banyak kali.. best kan..

Balik naik teksi je. Taknak la berjalan dalam hujan-hujan ni. En. Aziz mintak staff dia panggilkan teksi utk kami.  Dapat teksi Toyota Innova cukup utk kami bertujuh..
 
dah sampai hotel
teksi kami ni driver wanita
mmg cekap bawak kete dan meter pun leh dipercayai..

Balik hotel dulu. Mandi dan rehatkan badan. Malam tu kami berjalan lagi di Pasar Malam. Kat pasar ni la tempat kami nak amik stok baju kurung yang dah order dari Malaysia lagi. Pasar ni kat depan jalan Pasar Ben Thanh. Siang leh shopping kat pasar Ben Thanh. Malam leh shopping di pasar malam luar Ben Thanh. 

keadaan pasar malam
betul-betul di depan pasar Ben Thanh

geram tgk baju kurung siap manik lagi
seperti biasa adegan tawar-menawar lagi


alamak ada paparazzi amik gambar kita la.. hehe..

Tak lama pun jalan kat sini sbb hujan. Kejap je pun. Yang bestnya orang pompuan la sbb bnyk leh shopping. Hubby cuma beli jersi 2 helai je. kesiannn..

Antara barang yg aku beli utk hari pertama :

baju kurung ada utk adik-beradik, ada utk sendiri dan ada utk dijual..

gaun utk anak-anak


fridge magnet

Tu je la aktiviti hari pertama kami. Mmg memenatkan sbb nak kejar masa.  Uihh... time ni dah start rindu anak-anak. Siannya dorg kena tinggal.

Tengahari esok dah nak balik Malaysia. Malam tak leh tido sgt. Hubby dan abang ipar lak gi urut kaki. rasa rugi lak tak join sekali. Sbb murah kalau urut kat sana.