♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, June 13, 2012

Jalan-Jalan Terengganu - Nak Balik Dah..

Kejap je citer pasal Terengganu ni.. sbb we oll pun cuma gi dua malam je pastu tak byk tempat pun we oll jelajah. malam tu nak kuar makan puyela malas. rasa cam nak order chicken chop lagi je kat cafe hotel ni. kuar la gak memandangkan esok nak balik dah. sekali lagi blur xtaktau nak makan kat mana. lalu je Pantai Batu Burok. Kali ni nak makan seafood nak ikan gak. malam sebelumnya ikan xde.

Jumpa Restoran Tenang Seafood. kat sini mmg nak suh customer bertenang je kot. sbb lambat sampai makanan. malam tu mmgla ramai. nak udang pun xde. kerang pun abis.. we oll amik ikan siakap dan sotong. nak goreng tepung lak abis. so, order sotong goreng kunyit. We oll makan siakap sweet sour, sotong sekor je, sup sayur  dan harga sume Rm70.00. mahal kan.. hmmm..

repeat blk gi Pasar Payang
kali ni parking kat dalam tu
paking kat tgkt 7 tp senang je sbb ada lif
kalau nak gi sini parking kat tngkt yg ganjil sbb ada lif
kalau tngkat yg genap kena la turun tangga 1 tingkat utk naik lif lak..

still xbeli kain, cuma beli keropok kering
beli periuk kukus dan periuk yg bertangkai
plan nak beli kat padang besar tp ada lak kat situ, rembat jela kan.. harga pun leh tawar
dan jam tangan utk Echa.. sibuk je dia beli jam..

sebelum tinggalkan bandar Kuala Terengganu, kita bergambar la dulu..

alala.. anak-anak mama dan pandai pose la
sayang Echa dan Ayna  ♥♥♥


echa amikkan gambar ni..
edit kat photoscape je.. ☻


sebelum balik carik la gerai jual keropok lekor 009 yg fames dan juga dikirm oleh makcikku, Mama Miraki. Tp, hampa sbb xjumpa la pulak gerai tu. Hubby lak ikut jalan nak ke Ajil sbb nak tunjuk tempat dia wat keje selama hampir 1 bulan pada tahun lepas. dia tunjuk hotel dia duduk, tempat dia slalu makan, karaoke.. hehe.. siannya kat dia..  try gak ikut highway pantai timur yg dah bukak. tp bukak separuh je. pastu still kena ikut jalan lama balik. free tu...

suka lalu kat Kerteh sbb dapat tgk pelantar minyak

singgah Kemaman beli keropok lekor utk family dan jiran tetangga


sampai umah pun dah malam kol 10 mlm. padahal we oll gerak kol 1ptg. jauh betul perjalanan kali ni. takdela berhenti lama-lama.

alhamdulillah.. Cuti-Cuti Malaysia we oll berjalan dgn selamat. so, next nak ke mana pulak yer?

2 comments:

izzah said...

syoknya bila dapat jln2 yek..hehe...

~aYu~ said...

izzah : dapat berjalan-jalan dgn org tersayang mmgla sgt seronok kan..