♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, June 27, 2012

Stok Baik Puye


Hari ketiga kursus... Makin brtambah jajan kt meja. Siap buah salak lagi. Ni ada yg disumbang oleh jabatan lain. Meh sini jgn malu2 amik klu nak. Peliknya bila byk bnda utk kunyah ni xlak ngantuk.. Aissshhh..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, June 26, 2012

Wajib Biler Kursus


Hari kedua kursus.. Kurg ngantuk compare smlm sbb ada stok gula-gula yg byk.. Hehe. Test post blog guna hp..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, June 25, 2012

Kursus.. Ngantuknya..

Now sedang kursus HRMIS di Putrajaya sampai Rabu. Ngantuk sgt.. Tp, bila part makan, laju je. Makan pun sedap-sedap. rosak diet aku.. Minggu ni sampai Jumaat akan kursus je memanjang.. Cukup dah kursus 7 hari setahun.. hehe.. Mata pandang penceramah tp tangan ni laju je main hp.

Ngantuk yg amat dah ni..

Thursday, June 21, 2012

berbadminton

Sambil tunggu hubby berbadminton.dapat join jap je sbb heroin2 dah ngantuk..
Test blogging guna hp.. Hehe..

Terbeli Pulak

Disebabkan hp masuk air Sabtu lepas.. HP nokia ku pun keypad byk dah shot. nak kena tukar keypad baru padahal baru bulan lepas tukar keypad baru. Akhirnya, ku beli gak hp baru.. tp yg hp nokia ni still nak guna lagi. hehehe..



try SAMSUNG lak
GALAXY SII
asyik NOKIA je
memula lama gak pk nak beli SIII tp harga mahal sgt lgpun function sama je
processor je besar..
nak beli NOTE pun besar lak nak masuk dalam poket dan harga pun over the budget..
so, beli ni jek..

Tuesday, June 19, 2012

Sabar Jela

Susah kalau bekerja dgn orang yg suka berkira ni. Asyik nak salahkan orang lain. Rasa geram je.. ikutkan hati ni laju je mulut ni menjawab ni kan.. Sabar ayu.. sabar... nasibla aku ni penyabar orangnya. kalau x, memang aku dah lazzeerrrrr....

mood geram lak tetiba.. sambil tunggu encik suami amik.. mau pulang.. ☻

 

Monday, June 18, 2012

HP Masuk Air

Semalam ari yg kalut. Dahla hubby pagi-pagi dah gi gotong-royong utk pos kawalan KRT, dua heroin kecik Echa dan Ayna wat hal pulak. Si kakak tumpahkan air nescafe kat peti sejuk. so, kenala lap setiap tingkat peti sejuk tu. Si adik tumpahkan nasi kat atas carpet. Ok.. kena sapu balik carpet tu yg dah 2 kali sapu. 

Time Echa mandi, aku tgh masak pastu si kakak jerit cakap Ayna masukkan hp mama dalam air.. Lagila haru.. terus amik hp dari tangan Ayna. offkan hp pastu keringkan cepat-cepat. sedey sgt time tu.. ni baru namanya hp masuk air kan..

Nak kena repair hp ni sbb keypad pun byk yg shot.. skrin pun kejap ok kejap xok. Tp, yg syoknya sebelum ni speaker yg kalau org kol xdgr jelas suara aku, bile dah jadik gini, terus dengar clear la pulak.. tu aku terima kasih kat Ayna.. hihihi..

Mmg ada plan nak beli hp baru. Kira nak pakai dua hp la. Yg pastinya bukan brand nokia sbb skrg ni mmg pakai nokia. taknak blackbery sbb xminat, iphone pun xnak.. so, samsung?? hmm.. menarik gak kan.. aku suka surf internet kat hp, suka download games bebanyak. so, rasanya macam nak beli SAMSUNG SMARTPHONE je..


 SAMSUNG SII?

SAMSUNG SIII?

SAMSUNG NOTE? 


tp, rasanya yg mampu beli Samsung SII je kot..


Wednesday, June 13, 2012

Jalan-Jalan Terengganu - Nak Balik Dah..

Kejap je citer pasal Terengganu ni.. sbb we oll pun cuma gi dua malam je pastu tak byk tempat pun we oll jelajah. malam tu nak kuar makan puyela malas. rasa cam nak order chicken chop lagi je kat cafe hotel ni. kuar la gak memandangkan esok nak balik dah. sekali lagi blur xtaktau nak makan kat mana. lalu je Pantai Batu Burok. Kali ni nak makan seafood nak ikan gak. malam sebelumnya ikan xde.

Jumpa Restoran Tenang Seafood. kat sini mmg nak suh customer bertenang je kot. sbb lambat sampai makanan. malam tu mmgla ramai. nak udang pun xde. kerang pun abis.. we oll amik ikan siakap dan sotong. nak goreng tepung lak abis. so, order sotong goreng kunyit. We oll makan siakap sweet sour, sotong sekor je, sup sayur  dan harga sume Rm70.00. mahal kan.. hmmm..

repeat blk gi Pasar Payang
kali ni parking kat dalam tu
paking kat tgkt 7 tp senang je sbb ada lif
kalau nak gi sini parking kat tngkt yg ganjil sbb ada lif
kalau tngkat yg genap kena la turun tangga 1 tingkat utk naik lif lak..

still xbeli kain, cuma beli keropok kering
beli periuk kukus dan periuk yg bertangkai
plan nak beli kat padang besar tp ada lak kat situ, rembat jela kan.. harga pun leh tawar
dan jam tangan utk Echa.. sibuk je dia beli jam..

sebelum tinggalkan bandar Kuala Terengganu, kita bergambar la dulu..

alala.. anak-anak mama dan pandai pose la
sayang Echa dan Ayna  ♥♥♥


echa amikkan gambar ni..
edit kat photoscape je.. ☻


sebelum balik carik la gerai jual keropok lekor 009 yg fames dan juga dikirm oleh makcikku, Mama Miraki. Tp, hampa sbb xjumpa la pulak gerai tu. Hubby lak ikut jalan nak ke Ajil sbb nak tunjuk tempat dia wat keje selama hampir 1 bulan pada tahun lepas. dia tunjuk hotel dia duduk, tempat dia slalu makan, karaoke.. hehe.. siannya kat dia..  try gak ikut highway pantai timur yg dah bukak. tp bukak separuh je. pastu still kena ikut jalan lama balik. free tu...

suka lalu kat Kerteh sbb dapat tgk pelantar minyak

singgah Kemaman beli keropok lekor utk family dan jiran tetangga


sampai umah pun dah malam kol 10 mlm. padahal we oll gerak kol 1ptg. jauh betul perjalanan kali ni. takdela berhenti lama-lama.

alhamdulillah.. Cuti-Cuti Malaysia we oll berjalan dgn selamat. so, next nak ke mana pulak yer?

Jalan-Jalan Terengganu - Day 2

Sambung lagi citer ganu.. 

Pagi-pagi dah bangun sbb nak gi jenjalan. Apa yg menarik yer kat Kuala Terengganu ni? Apa-apa pun we oll gi breakfast dulu kat hotel. Pastu bawak anak-anak mandi pool..

hotel full tp time tu we oll dan ada satu lagi family je yg mandi


ayna xmandi pun.. just rendam kaki je.

pastu we oll ke Pasar Payang. dekat je dari hotel. time tu kol 11 pg. susah tul nak carik parking sbb kat Dataran Shahbandar ada Pesta Thai. kena parking jauh pastu jalan kaki.

ni kali kedua ke sini. tahun 2010 gi sini ada gak beli kain sutera batik utk MIL, FIL dan diri sendiri. tp kali ni mmg blur nak beli apa. nak beli takde yg berkenan. pastu harga rasanya lebih kurang KL je. nak kurang pun payah. sudahnya beli satu je utk diri sendiri.

pening nak pilih kain.. rambang mata pun ada
budget pun kurang... huhu..
cuci mata jela..
tp terbeli gak satu..

ni kaz bazar warisan
kat sini je jumpa FM (we oll suka wat collection)
beli gak utk family dan opismate
tp, mahal.. abg tu kedekut harga takleh kurang.. 

Echa beli bantal penyu
satu utk dia, satu utk sepupu dia

Byk tul durian yg dijual kat tepi pasar tu. gugat iman.. Musang King sekilo RM15.00. mmg murah. we oll yg dah siap dalam tupperware je. rasa nak beli bawak balik KL, tang bau yg tak tahan tu. tak jadik..

Nak ke Muzium Terengganu tp tutup lak sbb Jumaat kan tutup tengahari. So, we oll terus ke Taman Tamadun Islam. Nak masuk Taman Monumen pun tutup. Jam 2.30 ptg baru bukak. So, we oll gi Masjid Krtistal. Solat sana dulu..





unik kan bas ni..

sementara tunggu jam 2.30 ptg, we oll makan kat cafe situ. harga mahal gak. tp, sbb perut lapar dan nak berjalan lagi nanti takyah berkira sgt la pasal makan..

time utk masuk Taman Monumen. apa yang ada kat sini? jgn taktau, ada kat org Terengganu yg tak sampai sini lagi tau.

Taman Monumen adalah replika-replika senibina Islam dari pelbagai negara. Mmg kagum melihat senibina-senibina masjid.

beli tiket utk 2 dewasa je
kanak-kanak 6 tahun ke bawah free
dapat la passport ni.. wah.. kan nak pegi 21 buah negara, kenala ada passport kan.. hehe



Nak berjalan boleh, naik trem pun boleh, naik buggy pun ada.. memula nak jalan kaki je. tp sbb panas dan penat terus we oll naik trem. 

trem kat sini
RM5 utk dewasa

ada permainan utk kanak-kanak
tp macam dah lama tak berfungsi je
ruginya..
 

kincir air

kawasan taman

kalau naik trem ada tempat yg dia akan berhenti. macam kat bangunan monumen yg ada tayangan gambar dan pameran. boleh je turun dan naik trem berikutnya. taknak turun pun xpe.

Taj Mahal India
 


syahdu bila tgk tayangan video pembinaan Taj Mahal ni












ada replika masjid di Iraq, Afghanistan, Syria, Russia, Spain, Turkey
dan yg paling mengharukan ada replika Masjid Masjidil Haram dan Majid Nabawi..

masjid di China
I dah sampai China you.. hihi..

layan anak-anak main kat taman permainan 
sian dorg kepanasan..
baik je tak meragam
pastu upah aiskrim.. hihik


Tuesday, June 12, 2012

Jalan-Jalan Terengganu - Day 1

Dah abis cuti sekolah kan.. bermula lah rutin biasa kalau anak dah start sekolah ni.. dah ujung cuti sekolah baru ada kesempatan bawak anak-anak jenjalan. tu pun last minute puye plan. cuti pun mintak last minute gak. survey sampai pening kepala mana nak pegi. utara? selatan? timur? plan nak gi arah utara tp anak sedara yg patutnya start belajar uitm sana balik ari Sabtu lak.  plan kalau kat sana nak jalan-jalan dgn dia sekali dan jumpa kawan baik aku kat sana.. rindunya kat dia.. next time la we oll gi sana. utk cuti sekolah we oll decide gi arah timur. TERENGGANU...


singgah breakfast kat Bentong

Sbb booking last minute, hotel byk yg dah full. pulak tu rate cuti sekolah naik melambong. Rate hari biasa RM130 tp utk cuti sekolah RM238.. amik ko.. huhu..

Aku suka booking byk hotel. compare mana yg murah.. mana yang best. dapat book 3 hotel. yg lain byk yg full. Yg penting nak ada swimming pool..and betul-betul kat Kuala Terengganu.

Yg paling murah RM115 tp kat Qurata Riverside. Chalet ala kampung. mmg best. tp spoil sbb swimming pool dia kotor. Nasib baik we oll tak terus check in. Just jenjalan area chalet je. Satu lg hotel Ming Star Hotel tp xde swimming pool. Lastnya we oll gi Hotel Tanjong Vista yg ada swimming pool...Mmg best hotel ni. Makan pun sedap..




view dr tingkap hotel

nak jalan-jalan cari makang

nak jalan kat pantai batu burok tp ujan lak

meriah tul kat pantai

taktau nak makan malam kat mana. lupa nak taye kat member kat sana makan mana yg sedap..

makan kat sini mmg mahal. we oll makan pun ala kadar je. 

utk we oll makan je dah RM25.00
ikan xde..
cuma amik tomyam, sotong dan telur je..

Pas makan gi Dataran Shahbandar. ada ala-ala uptown kat situ.  sbb boring dan ujan we oll pun balik hotel. Tgh naik lif nampak dua org staff hotel bwk chicken chop. sedapnya... we oll pun terus kol tanjong cafe. room delivery.. hehe..

chicken chop satu set RM16.00
Echa ouye faveret food
licin dia makan
sedappppp... 

kalau gi mana-mana hotel, mesti kena cabut wire phone ni..

malam tu terus tido
syoknya lepak dalam bilik hotel sbb sejuk
kat luar tu panas berbahang sbb laut kan..

esok macam-macam agenda we oll..