♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, May 18, 2012

Petrosains.. Terujanya..

Citer cuti Sabtu lepas.. huhu.. 

Sabtu lepas taktau ke mana, kami ke PETROSAINS jek. Serius dah dkt 13 tahun petrosains ni baru kali ni terbuka hati nak pegi. Dulu time dating-dating kat KLCC just pegi kat galeri pameran dia je. So, dah ada anak ni baru la nak ke sana.. hehe..

Sampai sana jam 3 ptg. Terus gi kaunter tiket. untuk dewasa RM15. utk hubby kena bayar RM15. tp aku dapat diskaun 50% sbb special mother' day. 

Nak masuk dalam tu kena naik pengangkutan dia kononnya kenderaan masa la ke.. mmg feel la konon kita ke zaman 200 juta tahun dulu..

  

tula kenderaan masa @ gondola untuk dark ride
boleh muat dalam 4-5 org dewasa
tp, tak boleh amik gambar kat dalam tu..



time dalam kenderaan masa tu mmg gelap la
jalan pun slow je
pastu dia naik mencanak ke atas utk sampai ke ruang pameran.. mmg saspen je time ni..


dah sampai  atas tu nanti ada staff petrosains sambut kita
pastu explain la serba sikit apa yg ada dalam tu.. dorg ni mmg ramah belaka 

ada byk tempat kat sini dah sume kita akan lalu
memula kat ENERGY

leka anak-beranak ni susun benda ni



pastu ke PETROJAYA
pameran-pameran wayang kulit sume la..
 
ni staff sini tolong snapkan gambar

pelakon utk filem ORANG MINYAK.. huahuahua..


Echa leka kendalikan mesin gerudi ni

Echa paling suka sekali try sume alat kat situ


pastu ke GEOTIME DIORAMA 
 zaman time dinosour dulu

masuk je akan jumpa Dinosour ni..
T-Rex.. siap nyanyi lagi..
 

rupanya udara dulu x sama macam skrg ni
udara skrg ni byk oksigen
udara dulu berbau sikit.. siap ada tempat utk cium bau zaman dinosour..

pastu ada lak gunung berapi..




alahai.. ramai lak trip budak sekolah aritu
so, Echa xleh cuba sume yg ada kat situ sbb ramai benor.. siap berebut lagi 

pastu terus ke PELANTAR MINYAK




kat sini tunjukkan cari pekerja-pekerja di pelantar minyak bekerja
fuuhhh.. patutla gaji dorg mahal..

ada ruang pameran yg tunjuk bilik staff di pelantar minyak

Ayna dgn piano besar..


kol 6.30 ptg dah tutup
rasa tak puas lak kat dalam tu
balik pun kena naik Kenderaan Sekilas Masa tu
kalau time datang dia naik mencanak
time balik ni dia turun menjunam.. lg saspen je..
hehe.. tu jela aktiviti kami kat Petrosains




3 comments:

SumeSakan said...

wahh seronoknya...sekali sekala jenjalan family gini belajar benda baru bgus gak kan?dedahkan kat anak2 tentang ilmu2 gini...takut tak anak2 awak ngan dinasour bagai nih?

~aYu~ said...

SumeSakan : mak ayah dorg pun seronok gak.. hehe.. takut.. tu yg amik gambar kat dinosour jauh je tu..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Menarik mmg sesuai utk bawa anak2..
pernah gak baca di n3 kawan2 yg lain,
tp setakat ni x berkesempatan lg nak bawa anak2 ke Petrosains..