♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, May 31, 2012

Pameran Raja Kita

Hari keempat di bangunan baru. Perasaan? masih lagi tak caya yg kami dah berpindah meninggalkan bangunan opis lama yg mmg happening.

hehe.. ni time nak gi breakfast.. jenuh pk nak makan kat ner..
xde cafe..
nak makan kenala drive.. so, yg tak bwk kete ni kena wat muka xmalu tumpang la sape-sape..
termasuk diri sendiri.. hehe

opis kami
dulu tempat ni jadi kawasan larangan masuk 
dah jadi orang istana la pulak.. 
peluang utk kami menjelajah seluruh kawasan tp mmg dah byk kali kena warning dgn abg polis dan org istana
hati-hati.. hmm..

kebetulan ada Pameran Raja Kita yg dianjurkan oleh jabatan Muzium sempena aktiviti cuti sekolah
ramai gak tourist dan org ramai yg datang tau
meriah kawasan istana ni

pameran ni bertujuan untuk memberi peluang orang ramai melihat kawasan dalam istana, 
alat kebesaran diraja, baju istiadat.. 
tp cuma dalam kawsan balairong saja..
mendekatkan raja dgn rakyat jelata.. 

pameran sampai 15 jun 2012 
masuk free
yg bawak kamera kena bayar RM3.00

 




ada lak yg menyelit kat belakang tu yer.. hikhikk..






tu jela kisahnya..
seronok dapat masuk sini
biasanya dapat tgk kat TV je kan..

Wednesday, May 30, 2012

BBQ Sempena Birthday

Sabtu lepas umah mertua ada wat aktiviti bakar-membakar. ni wat sempena birthday adik ipar dan sesaje suka-suka sambil ajak sedara-mara dtg makan, gosip-gosip sebelum pose ni kan.. hihik..


hubby tukang hidupkan bara

 tukang letak marjerin kat jagung..


my comel... Ayna..

hihi..

birthday boy, Emi..


 makcik-makcik dari Ampang dan Bangi
memasing giler bergambar





ni jiran sebelah umah mertua.. 
kena la jemput gak kan.. abis dah penuh umah dia dgn asap.. huhu..



 
menu utama BBQ, nasi lemak dan mee goreng
tp aku makan sikit jek sbb dah penat sgt.. rugi la pulak..



hubby dan cousin dia yg nak naik pelamin pas raya haji tahun ni.. insyaallah..

weeeeeeeee........ hehe..

 lambat benor tunggu birthday boy yg pemalu.. mama dan ayna posing dulu..

 nasib baik ada sepupu kecik dan anak sedara kan..

♥ aysha dan ayna ♥



malas lak nak taip citer panjang-panjang.. ini pun boleh la kan..
kol 10.30 malam sume dah balik.. biasanya jam 12 mlm pun xtentu boleh kemas lagi.. hikhik..

Monday, May 28, 2012

First time di Opis Baru..

Salam Isnin.. arini dah mula start keje kat tempat baru.. pagi tadi hubby pun dah start antar sini.

Jalan pun tak jem sbb dah cuti sekolah kan.. Nak tau ke opis baru kami ni kat ner? hikhik.. alalala.. malu lak nak cakap.. bukan apa. sbb yg ni cuma tumpang je sebelum bangunan opis baru siap renovate.

Kami pindah di Istana Negara lama, Jalan Istana. Kat pejabat pentadbiran sini. Berbeza la dgn tempat lama yg mmg kat tgh bandar. Kat sini kiranya macam terasing la sikit dgn dunia luar. So, nak gi mana-mana kenala drive.. tak bestnya kan.. Terpinga-pinga jap nak carik tmpt makan pagi tadi. Kena drive kete la.

Nanti kalau senang aku tepek gambar kat sini yer.. skrg ni tgh sibuk kemas dan hias opis baru ni..




Friday, May 25, 2012

Cuti Sekolah.. Best dan Yg Tak Best..

hehe.. bestnya cuti sekolah.. adik-adik suka la tu kan sekolah cuti 2 minggu. termasukla Echa pun cuti. tp dia pun xtau lg dua minggu tu bape lama. hikhik.. yg excited mama dia ni la.  bestnya sbb jalan tak jem.. lg best kalau dapat jenjalan cuti-cuti Malaysia.

memacam program dah plan tp susah la sbb aku xdpt nak la cuti sbb opis tgh sibuk pindah ke bangunan baru.

mmg 2 minggu ni akan sibuk nak kemas dan hias opis baru. keje yg tergendala 2 minggu puyela berlambak kat dalam kotak utk tindakan. weekend lak ramai kawan-kawan yg nak naik pelamin. adoyai.. nantila Echa yer. mama cuba cari time nak gi holiday.. jenjalan.. 


Tuesday, May 22, 2012

Tema Baju Raya Tahun Ni??

Ehh, baru masuk Rejab arini, belum menjelma Ramadhan dah pk raya lak kan.. tahun-tahun lepas mesti wat preparation lambat.. dah pose la baru nak beli kain.. baju melayu hubby..

tahun ni mmg blur tul nak kaler apa utk raya..kdg ada yg tak kisah warna apa pun.. tak sedondon pun xpe kan.. tp, bg aku tak meriah dan tak syok lak kalau tak sedondon dgn hubby dan anak-anak..

utk Echa dan Ayna, aritu dah beli kain bebyk.. antar kat nenek dorg.. dah siap pun.. tp, still rasa macam tu baju utk pakai time sesaja jek.. hihi..

hubby nak kaler purple tp kaler purple dah byk sgt la.. mmg bukak je almari baju nampak purple dan merah..


 baju pokedot yg colourful utk Echa dan Ayna
Ayna first time pakai baju kurung
puyela suka dia time try baju ni

Mood Arini


hehe.. sesaja je..
mood arini tetiba rasa ♥♥♥ sgt kat hubby dan anak-anak..

Monday, May 21, 2012

Ops Pindah

Sabtu lepas gi opis jap.. sesi mengemas barang sbb nak pindah.. bawak kakak Echa skali. dia kalau ikut mama dia gi opis mmg hepi sgt. taye dgn dia nak dok umah nenek ke nak ikut mama gi work? dgn pantas dia jawab nak ikut mama...

Ayna mintk tolong MIL jagakan. Kalau bawak si adik, mmg takde wat keje la..

Sampai opis jam 9 pagi. Ikutkan malas je nak dtg tp sbb hubby ada keje, aku pun pegila gak. Kol 1 ptg dah balik dah. Kejap je kan..

  
kotak-kotak yg dah siap utk diangkut
ni baru fail-fail tutup
ada byk lagi nih..

aritu cuma kemas barang cawangan je dulu
barang sendirian berhad belum lagi..

echa lagi suka sbb ada geng
ni anak kak opismate. Kak Mah
main kejar², lukis², tgk video kartun..

anak yg sungguh istimewa, Atikah
anak Kak Mah gak
Atikah dah pandai duduk.. 
dia sgt good gurl, tak meragam pun..

pasni xdpt tgk pemandangan ni lagi dari tingkap opis.. sob..sob..

mama dan Echa..


Saturday, May 19, 2012

Misi Gagal! Cuba Lagi!


Sesungguhnya aku GAGAL!
aku tak berupaya nak melawan nafsu!
uikkk... ahahaha..

sebenarnya aku dah tekad dah telah melancarkan satu azam dan misi dan visi
5 HARI TANPA NASI!

tp.. cuma leh tahan 3 hari jek..
sbb aku terliur dgn rendang daging kat cafe opis..
terbayang sedapnya kalau dapat makan dgn nasi lemak akak tu yg mmg sedap terangkat

akak cafe tu yg BERSALAH dalam hal ni..

pastu balik umah MIL masak asam pedas ikan pari.. 
mesti la syok kalau makan dgn nasi pastu taruk kuah bebykkan..
MIL yang salah? eh.. tak aku yg SALAH SIKIT JEK.. ahaks..
pastu hubby tarukkan nasi kat pinggan aku.. 
aku taknak la jadi isteri derhaka.. 

so... misi kecundang..

will try again next time@ next month@next year.. huahuahua..



p/s : oh ya.. lupa nak bgtau sbb taknak makan nasik ni of course la nak slim walaupun skrg dah slim.. 
malas nak diet atau nak exercise.. apa-apa jela.. :p



Dekat Tapi.. Rasa Jauh Benar Berjalan

Lega heroin-heroin dah tido.... penat betul arini sbb layan si adik, Ayna jenjalan.. Ayna dah 1 tahun 2 bulan tp tak confident lagi nak jalan sendiri. mesti nak kena pegang tangan dia.

jalan puyela slow. terkedek-kedek.. tempat yg 5 minit jalan leh jadi 30 minit tau.. baru la nama dekat tapi jauh.. hikhikk..


skrg kalau gi mana-mana susah nak taruk dalam troli dah
mesti nak dia jalan
bile dah jalan byk la pulak tmpt persinggahan..
tu dia nak dok kat tiang..
kejap nak tolong susun barang..


dia wat hal taknak jalan
nak main kat situ..

penatla mama Ayna..


Friday, May 18, 2012

.. Takde Mood Nak Pindah ..

Memula kat Putrajaya, pastu mintak tukar KL so, dpt tukar Jabatan kat area Kg Attap..

Pastu dari Kg Attap pindah ke tempat lagi best lagi area Pavillion, Bukit Bintang, Sg Wang, KLCC.. mmg heaven la..

Pas Jabatan tak jadik tukar Putrajaya, memasing tertaya-taya status pindah atau tak? mmgla kena pindah.. tapi ke mana?

Tadi dah kuar notis yg minggu depan mmg kena kuar gak dari bangunan yg cantik ni.. so, skrg dah leh start kemas-kemas barang.. 

Aiyoo.. mood nak mengemas barang masuk dalam kotak belum mari...

Ke mana kami nak pindah yer???  tp semestinya KL..

Hmm.. tunggu..sob..sob..sob..









Petrosains.. Terujanya..

Citer cuti Sabtu lepas.. huhu.. 

Sabtu lepas taktau ke mana, kami ke PETROSAINS jek. Serius dah dkt 13 tahun petrosains ni baru kali ni terbuka hati nak pegi. Dulu time dating-dating kat KLCC just pegi kat galeri pameran dia je. So, dah ada anak ni baru la nak ke sana.. hehe..

Sampai sana jam 3 ptg. Terus gi kaunter tiket. untuk dewasa RM15. utk hubby kena bayar RM15. tp aku dapat diskaun 50% sbb special mother' day. 

Nak masuk dalam tu kena naik pengangkutan dia kononnya kenderaan masa la ke.. mmg feel la konon kita ke zaman 200 juta tahun dulu..

  

tula kenderaan masa @ gondola untuk dark ride
boleh muat dalam 4-5 org dewasa
tp, tak boleh amik gambar kat dalam tu..



time dalam kenderaan masa tu mmg gelap la
jalan pun slow je
pastu dia naik mencanak ke atas utk sampai ke ruang pameran.. mmg saspen je time ni..


dah sampai  atas tu nanti ada staff petrosains sambut kita
pastu explain la serba sikit apa yg ada dalam tu.. dorg ni mmg ramah belaka 

ada byk tempat kat sini dah sume kita akan lalu
memula kat ENERGY

leka anak-beranak ni susun benda ni



pastu ke PETROJAYA
pameran-pameran wayang kulit sume la..
 
ni staff sini tolong snapkan gambar

pelakon utk filem ORANG MINYAK.. huahuahua..


Echa leka kendalikan mesin gerudi ni

Echa paling suka sekali try sume alat kat situ


pastu ke GEOTIME DIORAMA 
 zaman time dinosour dulu

masuk je akan jumpa Dinosour ni..
T-Rex.. siap nyanyi lagi..
 

rupanya udara dulu x sama macam skrg ni
udara skrg ni byk oksigen
udara dulu berbau sikit.. siap ada tempat utk cium bau zaman dinosour..

pastu ada lak gunung berapi..




alahai.. ramai lak trip budak sekolah aritu
so, Echa xleh cuba sume yg ada kat situ sbb ramai benor.. siap berebut lagi 

pastu terus ke PELANTAR MINYAK




kat sini tunjukkan cari pekerja-pekerja di pelantar minyak bekerja
fuuhhh.. patutla gaji dorg mahal..

ada ruang pameran yg tunjuk bilik staff di pelantar minyak

Ayna dgn piano besar..


kol 6.30 ptg dah tutup
rasa tak puas lak kat dalam tu
balik pun kena naik Kenderaan Sekilas Masa tu
kalau time datang dia naik mencanak
time balik ni dia turun menjunam.. lg saspen je..
hehe.. tu jela aktiviti kami kat Petrosains