♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, April 3, 2012

Sambil Berbengkel Sambil Jenjalan

Salam... free sikit nak citer syok sendiri kat sini.. huhu... ni citer time gi melaka minggu lepas. jabatan nak wat reorg so buatla kat hotel di Melaka. Hotel Seri Costa..

pegi ari Khamis. mmg sedih nak tinggal hubby dan anak-anak. demi keje, terpaksa ku berkorban. nak kemas beg malas jek.. tgh malam baru nak kemas beg.. mmg tak teruja pun.

sampai sana tengahari Khamis tu dgn kete Jabatan. terus check in hotel.. oh.. aku kat sana sbg urusetia je. tp urusetia pun nak pecah kepala otak ni mcm peserta gak. mmg takla kena pikir apa-apa tp nak masukkan slide presentation yg asyik bertukar-tukar mau tak pening kepala ni.. ish..ish..

Hubby msg suh tayekan ada bilik kosong x sbb dia nak dtg sok dgn mak dan abah dia. dia kata abah yang ajak sbb nak gi jenjalan.. kalau ikut schedule mmg aku puye part settle sampai petang Jumaat je. malam tu mmg free la. apalagi terus gi kaunter. nasibla ada bilik kosong lagi. satu family room, satu lagi standard but xde tingkap. okla kan.. tak sabar nak tunggu dorg datang.

time bengkel
malam tu abis lewat gak..
smpi mengantuk dan kepala pun ting tong..
balik bilik hotel terus zzzzzzzzz....

 bergambar ramai-ramai

Esoknya Jumaat kol 5 ptg, dorg dah sampai hotel. terus check in. rehat jap pastu kuar balik gi makan kat umbai.. yummm...

 
makan kat gerai biasa tp kali ni agak kecewa sbb udang hanyir dan pari bakar pun mcm kurang masak..


cuaca malam tu mmg baik. so, ada can la nak naik taming sari. selalu pegi weekend beratur panjang tp sbb ni pegi weekday tak ramai pun orang. parking kete betul-betul dpn taming sari ni..

tiket dewasa : RM15.00
tiket kanak-kanak (2 tahun ke bawah) = RM10.00

pastu dia bg beg ni ada muffin dan air kotak

tunggu turn nak naik
tak ramai pun malam tu
  
lama gak nak tunggu naik atas ni
rasanya dalam 15 minit kot dok dalam
pastu naik atas dalam 10 minit
sbb malam tak nampak apa pun
nampak lampu jek




 seperti biasa sebelum masuk tu mesti la ada org amik gambar kita
pastu dia akan jual la kat kita
aku amik je
tp mahal gak RM50.00

dapat naik sekali pun dah cukup kot sbb harga pun mahal..


lepas tu gi naik river cruise lak.. jalan kaki sbb dekat je tp semput gak la sbb dukung Ayna.

tiket (warganegara dapat disc) = RM10.00
tiket kanak-kanak - RM7.00 kalau tak silap la..

best gak naik ni.. lama gak dalam 30 minit kot. naik time malam ni takdela dapat tgk air sungai yg warnanya coklat tu,, pastu untungnya sbb ada lampu-lampu.. so, kalau nak naik river cruise ni gi la waktu malam..



 Ayna dah ngantuk time ni

sambil tgk keliling sambil tu leh dgr lagu-lagu negeri melaka
pastu ada info la sikit pasal bangunan kiri dan kanan ni..

penat nak patah balik ke Taming Sari sbb kete parking situ kita naik beca jela..
RM10.00..

dah penat jalan balik hotel
pastu aku dan hubby dgn Echa gi uptown lak.. Ayna tinggal sbb dia nak tido..
dkt je dari hotel seri costa ni
malas nak lelama kat situ sbb taktau nak beli apa pun
lepak minum kat restoran mamak pastu balik hotel

Esoknya kol 7.30 pagi aku dah turun breakfast sbb ada lagi bengkel. Ikutkan pagi ni mmg aku free tapi sbb smlm Ketua Pengarah ktorg takde so pagi ni la dia nak tgk sume.. aduhhh.. lama la pulak.. kol 1 tgh baru setel sume.. 

Hubby dan mertua dah gi jenjalan A Famosa sementara tunggu aku abis.. dah check out awal-awal dah.. abis je kemas barang-barang aku terus cabut balik..

tak sah tak makan asam pedas kalau gi melaka ni kan.. ktorg singgah makan kat restoran dkt hotel namanya Restoran 35..

macam makan kat umah je..
sedap..
tp, mahal la sikit..

plan nak naik Muzium Kapal tp mertua dah penat sgt sbb panjat bukit A Famosa.. terus balik KL.. sampai umah kol 5 ptg.. nasibla ari Sabtu so esoknya Ahad leh la rehat puas-puas kat umah..

next outstation? sabtu ni sampai selasa depan.. Cameron Highland lak... uwaaa...

9 comments:

Mama Janet said...

mahal no gambo tu dia jual sampai rm50.cik mek de gak ambik beli gambo kat Taming sari tu..tp rasa2 rm15 je

aReLaN said...

uish...melaka.my kampung.rumah nenek.hehehe..tapi tak pernah naik taming sari pe sume tu.mahal kot.pikir puluh2 kali la baru naik jawabnya.

SumeSakan said...

wah bestnya sambil selam minum air...sambil berbengkel sambil berjalan2..lg best orang tersayang lak ada sekali...tunggu entri CAmeron lak t...hehehe

~aYu~ said...

Mama Janet : mmg mahal.. dia ada yg satu kecik RM20, pastu yg besar RN30. So, pakej jadi RM50.00. Yg besar abah amik, so yg kecik ktorg amik. :)

~aYu~ said...

aReLaN : tula, mmg sekali naik je kot nak merasa. pastu dah takyah naik dah.. huhu

kakcik said...

Beberapa tahun lalu kakcik pernaqh menginap dan berkursus di Hotel Seri Costa tu. :)

IntaNBerliaN said...

mesti parent seronok dpt g jejalan kan :-)

~aYu~ said...

kakcik : best gak hotel ni. dkt je nak jenjalan kat Taming Sari dan Mahkota Parade. :)

~aYu~ said...

IntaNBerliaN : fuhh.. syukurla dorg nak gi jalan sini. tu yg dpt jumpa anak-anak tu.. hehe