♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, April 30, 2012

JB - Universal Studio Singapore : Far Far Away SHREK 4D

Salam Isnin dan selamat bekerja wat yg bekerja. Aku keje arini. Ada yg sambung cuti sampai esok yer.. selamat bercuti. Aku xapply pun cuti sbb minggu lepas dah byk cuti time ni gi USS ni. So, arini jaga opis sbb turn geng opis lak cuti..

Sambung lagi citer kat USS ni..

Lepas Madagascar, kami nak tgk SHREK 4D. Masuk je kena beratur tp takdela lama sgt beraturnya. Ha.. yg ni Ayna leh join sekali. Memula masuk dalam tu kena tunggu la jap kat satu bilik tgk pasal Shrek ni. Pastu baru masuk dalam. Time ni kira macam nak tgk wayang la. Kena amik siap-siap spek mata 3D .

Ayna dok riba kat aku. Dia ok je bagi main dgn spek mata 3D yg mmg amik utk dia pegang. Echa dok dgn hubby. Time ni tak jumpa family yg lain sbb ada yg masuk dulu and MIL pulak sbb naik kerusi roda dapatla laluan ekspress..

Mmg best SHREK 4D ni.. Rasa macam kita sekali dalam citer tu.. Ia pasal Princess Fiona yg kena culik, pastu SHREK ni carik. Macam-macam ada.. Kalau part air tu, kita turut kena sembur dgn air. Rasa segar muka ni.. Biler ada labah-labah, nanti terasa macam labah-labah merayap kat kaki ni.. geli.. hehe.. Ada bebola api yg rasa pegi kat kita sampai kita rasa nak elak.. Hidung pinnochio yg memanjang rasa mcm nak kena kat kita.. fuuhhh... mmg best..



Kalau tak tgk ni mmg rasa rugi..Tapi tak dpt jumpa pun Shrek dgn Princess Fiona ni.. Tak muncul lak..

Ehh.. tak perasan kejap je dah tengahari. Patula perut rasa lapar lak. Kami pun lunch kat Goldilocks yg mmg dkt situ je..

No comments: