♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, April 26, 2012

JB - Universal Studio Singapore : Check-In Hotel

Kami sampai kat hotel ngam-ngam kol 3 ptg. sdg elok la kan.. sampai je terus leh check-in. Amik pakej travel agent je. Menginap di hotel The Zone Regency. Banyak hotel kat JB yang ada pakej ke USS ni.. Hotel Bluewave, Suria City.. dekat-dekat situ je.. kena survey la mana yg murah.

Total sume utk kami tiga beranak utk pakej 2 hari 1 malam iaitu hotel + breakfast + transport ke USS + tiket USS sume sekali adalah RM726.00. Utk Ayna FOC sbb kanak-kanak 4 tahun ke bawah FOC. Kalau deal sendiri dgn pihak hotel lagi leh dapat murah. biasala kalau amik travel agency ni dia ada la up sikit harga utk dia kan..

Hotel ni mmg betul-betul kat duty free zon tu. mmg sekali jela. so, leh la jalan-jalan shopping kat situ. dekat dgn Stulang Laut so mmg seafood la.. and  cantik bilik dia.. 

tu dia beg ktorg..
paling tak suka kalau bab nak mengemas baju especially baju budak-budak ni
risau sgt takut tak cukup
sampai seksa nak zip beg tu.. 

dpn pintu masuk ke lobi hotel

ni bilik dia..  cantikkan..
katil dia mmg empuk
tak puas dapat tido sini 1 malam.. huhu

kami dapat bilik tingkat 15
amik 4 bilik sumenya
nak naik atas ni kat lif kena swap kad bilik
alkisahnya time ktorg naik atas takde kad tu
nasib baik ada yg turun kat tngkat 13, so ktorg kenala mendaki tangga..
lupa lak kad tu Echa pegang.. sbb sebelum tu mntak kat dia, dia xkasi.. isshhh... 

pas mandikan bebudak ni
jenjalan jap kat shopping mall kat bhgn bawah

hubby dan adik dia

echa syok sgt wat benda ni
aku tak kasi sbb dia kecik lagi
tp tgk dia rileks je
pastu dia kata "mama, tulang Echa lari la"


tapi tak sempat nak jalan sgt sbb makcik dari JB lak nak datang.. .

Dia bawak kami makan kat satu restoran tu.. Restoran Singgah Selalu.

Mmg aku dan hubby plan nak makan kat situ pun sbb baca kat blog lain pun mmg dorg suggest gi situ. 

kat sini ada tempat utk kanak-kanak main
penuh ruang tu dgn bebola ni..

makan time..



 

okla makan kat sini
sedap la gak
patutla nama restoran ni Singgah Selalu.. ehehe..

Ayna yg kuat makan..

pas makan terus balik hotel.. mata ni dah kuyu.. 
ikutkan nak je lepak-lepak kat Danga Bay tu
tp sbb nak kena simpan tenaga utk esok, terpaksala tido awal.. 
dan packing barang yg nak bawak ke USS..

jenjalan jap carik makanan takut lapar..


ni kat depan bilik ktorg
malam tu ada live band show leh tgk dari atas je
open concept so mmg leh dgr suara dorg nyanyi dari dalam bilik
pada aku ok je leh layan lagu dari dalam bilik
tp kol 12 malam dah senyap dah
 

gatal kaki nak berjalan
bawak jalan-jalan dalam bilik jek..

so.. malam tu tido awal
esok kami nak ke USS..  weeeee...
time tu teruja campur risau camne la dgn budak-budak ni seharian kat dalam USS tu nanti..
risau air panas utk susu tak cukup sbb termos kecik je..
esok kena standby kat bawah kol 8.30 pagi..
 pasni citer dalam USS yer

2 comments:

Anonymous said...

When you liken the probability of getting cancer between persons with loss to the physician for
a medical interview. This attack is one that is
very life-threatening and they are the main drive of skin
malignant neoplastic disease.

My blog post; warts on hands pictures
my web site > white patch on skin

Anonymous said...

travel agent mana sis amik? thanks