♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, March 9, 2012

It's Our 5th Anniversary!!

09 Mac ~ tarikh keramat bagi aku dan hubby. tarikh kami disatukan sbg hubby & wife.. detik yg sangat indah dan tak dapat dilupakan.. syukur ke hadrat-Nya sudah 5 tahun kami hidup sebagai suami isteri.

pilu hati ni tatkala melihat wajah abah.. aku tau perasaan abah. airmata pun mengalir.. sbb tu wanita menangis bila selesai nikah sbb aku sendiri pun menangis.. menangis kerana sedih melepaskan status 'bujang' di bawah tanggungan mak abah tetapi gembira dgn status baru sbg isteri di bawah jagaan suami..

celebrate mana? xtau la.. mengharapkan kejutan dari encik hubby terchenta.. ada ke tak yer? aku bkn jenis yg suka mintak itu ini.. kalau ada.. adala.. kalau xde, it's ok. ingat pun dah cukup.. awal pagi tadi dia dah wish.. hehe..

camne ktorg leh kenal? ktorg kenal tahun 2001 betul² abis SPM dan dah kuar result. kira tunggu result IPTA/IPTS la ni. wat gathering dgn kawan² kat federal bowling (skrg dah takde dah tempat tu).. pasni memasing dah bwk hala tuju memasing. tp, ktorg dgn geng² pompuan jek.

sebelah lane ktorg, ada group laki-laki.. aku time sekolah mmg tak pandang laki pun. mmg xde kisah "cinta monyet" la. tp, dah cakap kat bff aku, Yana yg aku rasa mcm nak couple-couple ler dah abis sekolah ni.. ish..ish.. ish..

rupanya Yana ni kawan sekolah rendah pada encik Izwan (hubby aku skrg ni ler).. hubby n the geng sebelah lane ktorg. aku dah perasan dari awal td dia asyik pandang aku je tp time tu aku ingat dia pandang kawan aku. tak caya la konon ada gak laki nak ngorat kita yg comot ni kan..

dia main kenyit² mata.. aku wat dek je bolayan.. time tu rasa dia ni mmg dasar miang dan gatal.. tak kuasa aku nak layan.. pastu abis camtu jela..

balik umah, bff aku Yana ni leh bgtau yg dia dah bagi no telefon umah aku kat encik Izwan ni.. ishh... apa puye kawan daa.. tp aku tak kisah pun..

selang seminggu dapat kol dari dia..

sebulan pastu ktorg declare.. 10 April 2001.. 1st cinta aku..

1st dating kat KLCC..  tp bkn berdua.. dgn Yana la.. jd escort aku..

mmg kami dating pun selalu ramai-ramai dgn geng dia.. selalunya tgk movie jela.. tu yg sampai sekarang dah anak 2 ni ktorg spend time nak tgk wayang gak..

macam-macam dugaan time bercinta ni..

6 Ogos 2006 ktorg bertunang..

9.3.2007 ktorg disatukan...

time bercinta..
muka suci murni je kan.. ehehe..
amik gambar pun jauh-jauh jek..
time ni sape yg kurus, sape yg gemuk?

ktorg kini
makin sama mantap kan.. haha..
bahagia dgn dua orang puteri..
let's try for boy lak k.. ;p


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

4 comments:

Golden Rose said...

ALHAMDULILLAH....moga berkekalan hingga ke akhirat

~aYu~ said...

@Golden Rose : alhamdulillah.. amin.. tq.:)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

hehhe..sweet jerk mengimbas kembali memori perkenalan..

itula bila tgk balik gmbar2 lama lebih2 lagi masa zaman study kelakar jerk..

~aYu~ said...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY : hehe.. tgk gambar time bercinta syok je time tu sumenya indah kan.. time tu nmpak slim je sbb perut kempis skrg ni dah muncit.. hahaha