♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, March 13, 2012

Family Day @ Felda Residence Hotspring Sg Klah Part 1

Tahun lepas lagi dah plan utk wat family day ni. Hotel pun dah siap book dan dah bayar deposit. orang kuat yg menjayakan family day ni adalah angah dan wife dia, Kak Mas. ktorg mmg on je..

Wat time cuti sekolah. kebetulan lak 10 mac adalah birthday ayahanda tersayang. leh la celebrate kat sana. kira celebrate anniversary ktorg sekali la.. huhu..

macam-macam ktorg bawak tau dah macam nak dok sana seminggu dah.. siap berkotak-kotak dan penuh 1 bakul raga.

aku dan hubby ditugaskan utk sediakan bhn untuk bbq.. sabtu pagi tu awal-awal hubby gi pasar nak beli ayam 4 ekor, kambing 2 kilo dan udang 2 kilo. sosej dah beli siap-siap malam sebelum tu.

sbb tau dah sampai sana sure lapar dan malas nak stop makan kat hentian, aku masak ayam masak kicap dan sambal udang. lupa lak nak beli petai.  favaret ayahanda tu..

Keluarga aku ada 31 orang sumenya. Adik beradik ada 7 orang.. sume dah kawin. Cucu ada 15 orang.

Yg tak join abang ketiga, ateh sekeluarga sbb wife dia tgh dalam pantang..

Yang lain sumenya ikut, 28 orang + 1 bibik - 29 orang sumenya..

hubby tgh perap bahan utk bbq..
pastu letak dalam box letak ice..


ready nak jenjalan..
 
family angah gerak dulu sbb nak check in hotel dan villa awal
jumpa ktorg kat shell sbb nak pass barang kat dia
kete dia besar belakang leh letak barang.. leh la angkut barang sume..


lepas berkumpul di rumah ayahanda ktrog terus gerak jam 12 tgh.. jalan pun tak jem.. sampai sana kol 2.00 petang.

nak ke sini senang je.. dari tol Sungkai terus masuk kiri ikut signboard homestay sg klah. pastu terus masuk kanan simpang yg ada signboard yg sama..

bila dah masuk tu mmg kiri kanan penuh dgn kelapa sawit dan ada gak pokok getah.. dah namanya felda kan..

jauh gak nak ke dalam tu..

lalu di kawasan felda rumah-rumah kat situ, baru sampai kat Felda Residence Hotspring ni..


check in dulu

Time booking villa dapat 1 je yg lain dah fully booked. So, kenala amik 1 villa dan 5 hotel.

Hotel dan villa tempatnya jauh-jauh. sian lak mana yg tido kat hotel kena la lepak kat villa je. balik hotel cuma utk tido je..

pening kepala nak arrange hotel..

ktorg xyah pening-pening sbb dapat tido kat villa.. huhu..
bkn ktorg nak tp angah yg dah plan awal-awal..

environment hotel..
mmg kehijauan.. aman damai je

echa dan sepupu-sepupu kecik dia Adam dan Yaya

Pas dah setel tgk bilik hotel, ktorg ke villa lak..

5 comments:

Mama Janet said...

cukup ke ayam cuma empat ekor je

aReLaN said...

memang best la leh kumpul ramai2.cukup meriah.hoho

~aYu~ said...

Mama Janet : ingat tak cukup, tp berlebih lak sbb byk sgt makanannya..
@aReLaN : betul tu.. sgt meriah. kecoh umah tu.. huhu

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

wah meriahnye..
best kan bila sume dapat berkumpul & holidays bersama..

mmg nmpk cantik kawasan hotel tu..
x pernah lagi sampai ke Felda Residence Hotspring Sg Klah ni

~aYu~ said...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY : mmg best sgt.. cantik kawasan dia mmg rileks je dgn pokok-pokok.. leh rendam kaki kat air panas lagi la rileks..