♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, March 27, 2012

HR Bowling Tournament

Sabtu lepas, opismate ajak main bowling. Suka-suka je.. Ni utk cawangan HR jela.. Saja nak hepi-hepi. Wat tournament kecik.. aku dah lama giler tak main bowling. couple pun leh join awal-awal dah daftar nama hubby. hehe.. padahal dia pun dah lama tak pegang bola bowling..

Sebelum tu ari Jumaat tu gi beli barang utk hadiah utk lucky draw dan hampers.. dah tau dah hadiah apa.. ehehe..

Main pun kat Selayang Mall.. dekat jek dgn umah. mana yg jauh tu sian la.. Booking kol 2 pm so kol 1.45pm ktorg dah sampai sana. 

Sume sepakat nak pakai baju biru.. saja je kasi meriah la skit..

takde yg sampai lagi kite posing jela Echa

aku dan dia..
fuhh.. time ni nervous lak sbb lama tak membaling..

antara hadiah-hadiahnya
ni hasil dari duit tabung ktorg dan ada juga yg bos sponsor

our 'cheer girl / pom pom girl'

cabut undi dulu..
nak kumpulan dgn hubby!!!!!

ehehe.. ala.. ni xyah nak strict sgt la..
memula dapat kumpulan lain tp lastnya dapat gak nak geng dgn hubby.. huhu..


sume yg main..
ada HR, ex-HR dan ada gak yg ktorg jemput..
ada juga couple memasing.. ;p

time ni Echa dah sibuk ajak balik
nasibla tak bawak si kecik Ayna..

aku pun dah penat sgt sbb main 3 games..
dari tak longkang ke longkang gak..

ada 20 orang so divide to 5 kumpulan
aku dan hubby group 3..

ok.. acara membaling pun bermula
sbb aku dan hubby je bawak bola sendiri so gaya kena la lebih
tak terer takpe janji ada gaya ok.. ahaks.

abis pun main..
time utk kira markah
time tu lak sistem break down so kenala back up kira manual

time acara bg hadiah oleh boss HR ktorg yg baju merah tu..
 group aku dapat no. 3 bg kategori kumpulan..

group dapat no. 2

group dapat juara.. congrats korang..

dan..

juara individu adalah............... 

en Izwan.. (hubby aku ler).. yeayyy..

time ni hubby gi toilet tukar baju berpeluh giler dia
takpe, bini dia dgn rela hati and muka x malu amik hadiah kemenangan ni.. hikhik..

 

alhamdulillah.. aku dan hubby dapat hadiah lucky draw..


okla.. nak balik dah.. lapar.. lapar.. lapar..

dgn Kak Mah dan anak dia Atikah yg sungguh istimewa..

makan dulu kat chop n steak
lapar giler..


sampai je umah Echa dah x sabar nak bukak sume hadiah..
hehe.. dapat teddy bears.. cute je kan.. sdg elok la utk Echa

enjoy sgt bila ada event camni dan yg penting sambil join aktiviti cawangan dapat gak bersama family.. ♥♥


Thursday, March 22, 2012

Menang Lucky Draw??

Baru je tulis kat sini wish utk birthday tahun ni salah satunya nak lucky draw holiday mana-mana kan.. alih² tadi dapat kol dari Palace of Golden Horses yg aku dapat lucky draw tu. Isi borang time gi Matta Fair aritu..

Aku mmg jenis susah nak percaya kat orang dan tak suka layan bila ada kol gini.

Tp, bile dia kata dapat 3day2night stay kat 4 hotel kat kajang, PD, Langkawi dan Cameron Highlands. Kena pilih satu je.. tak kena bayar apa pun. Aku taye byk kali ada payment x.. dia kata xde cuma kena bayar parking kete jela.. So, aku terus jela melayan dia ni..

Tp syarat nak redeem baucer tu kenala datang sana husband and wife. Dia bg invitation code so time dtg sana gi bagi code tu kat org kaunter.. ada makan dan minum dan dia akan bwk ronda-ronda keliling hotel dan ada free medical check-up.. waktu leh collect baucer kol 3 - 4 pm dan 7 - 8pm saja. Aku cakap je aku akan pegi kol 7 - 8 pm...

Mmg seronok bile di offer dgn benda yg free ni tp aku tau mesti kena bayar puyela.. Datang sana sure la kena dgr taklimat dia.. mesti dia suh daftar jadi membership... kan.. kan.. Ingat senang² ke nak bagi free ni.. Jgn² sume yg isi borg tu sume dpt kol camni. kalau takat nak bg baucer pos jela kat umah kan.. aku siap bg full address umah lagi..

Jawapannya.. mmg takla..

Tuesday, March 20, 2012

Hadiah.. ehehe..

Sbb keje arini kena la belanja kawan-kawan.. aii.. macam terpaksa je lak kan.. huhu.. takdela. mmg niat nak belanja pun. bkn selalu pun. time event gini la baru belanja makan. mood hari ni happy je walaupun pagi tadi dah spoil mood dgn kejadian batu dari langit tu.. wat keje pun dgn tenang.. lalalalala...

budak ini awal pagi dah bangun
mama cium budak ni puas².. busyukk..
pastu antar ke umah nenek dia

belanja kekawan makan pizza je
sori la mana yg tak dpt makan tu
kopak la duit kalau nak kena panggil satu Jabatan kan..
ni utk Tingkat 10 je..

dapat lak hadiah dari kekawan tersayang ni.. uhuhu..
thanks korang! sayang korang! muahhh... ♥♥♥

pepagi dah dapat hadiah birthday

Bangun pagi tadi dgn senyuman sbb nak ari yg bahagia ini ceria dan hepi jek. Ikutkan dah apply cuti tapi xjadik. keje la gak..

On the way gi keje ikut Jalan Tun Razak sbb kuar dari tol AKLEH. Biasanya ikut DUKE Setapak. Tgh lalu tu tetiba dengar gedebukkk kat bumbung kete ni.. aduh.. apa lak yg tu? bunyi kuat macam batu. hubby dah bising².. remuk la.. apa la.. kete belakang kami pun siap berhenti tgk atas.. tp dia terus jalan je.

Berhenti kat tepi jalan nak tgk.. abis berderai batu bumbung kete kami. kat situ tgh wat construction. Hubby pun terus gi kat pekerja indon tu nak jumpa bos dia.. tp bos takde.

Ada gak yg dtg kat kami.. siap suh jumpa bos pekerja tu. mmg hubby dah pegi serang dulu la.. ada staff situ suh kami gerak je sbb kete takde apa. Mmg la takde apa. Nasibla tak remuk ke, kena tingkap ke, cuma nak warning jela wat keje tu hati² la jgn la hayun nak pecahkan batu kuat-kuat. dah la tepi jalan mmg kete byk lalu-lalang. sebelum kete orang lain kena lg teruk, baik kita warning dulu kan..

lepas tu terus ktorg gerak.. syukurla tak kena cermin tingkap. kalau tak sure retak berderai.. hmm.. pepagi dah spoil mood tau..

nasibla batu kecik².. ada calar sikit tp leh polish..
kalau batu besar sure remuk bumbung kete ni..
kalau berderai tingkap ke remuk ke.. selain claim insuran tunggu surat saman dari i jela..  

Dah Daftar

Bukan dah daftar mengundi tau sbb dah lama daftar dah. Ni pasal daftar sekolah utk echa. Lega hati ni dah daftar sekolah echa untuk tahun 2014. tadi dah pegi sekolah echa dan no daftar echa adalah 64 maknanya echa adalah pelajar ke-64 orang la.. itu kalau diterima la. tp, sure la terima kan sbb echa mmg dok area situ pun.. lagi satu dah daftar awal-awal tau.. hehe.. hubby x-student situ. so, mana guru yg dia kenal tu dan masih ada lagi kat situ siap sembang² lagi boleh.. ehehe..

20 Mac..

Tersebutla kisah peristiwa 20 Mac... tepat jam 7.58 malam di Hospital Bersalin Kuala Lumpur.. 29 tahun lalu.. lahirlah seorang puteri yang cute dan cantik bernama...... ayu la sangattt.. ehehe..

oucchh.. dah 29 tahun ku rupanya. dah apply siap² cuti pada tarikh ni sbb taknak kejadian 2009 berulang. time besday ari Sabtu tp kena OT kat opis lak.. hampa dan kecewa je sbb balik pun dah lewat malam. hubby dan family tunggu nak potong kek tp kesudahannya aku balik dorang pun dah nak masuk tido..

tp cuti arini kena jaga si kakak Echa yg demam campak. sian anak mama ni.. takpela takyah kek dan celebrate sbb Echa kena pantang makan. sian dia bila orang makan sedap² dia xleh makan lak..

so, my wish..

  1. menang peraduan ke lucky draw kalau leh dapat baucer percutian ke mana-mana.. fuhh.. best..
  2. dipanjangkan umur..
  3. dipermudahkan segala urusan..
  4. nak bersama-sama anak-anak je..kalau boleh la.. macam kes nak jadi full housewife je..huhu

 

Saturday, March 17, 2012

My Ayna is turning 1

Semalam (16 Mac) ayna genap berumur 1 tahun. puteri kedua ni mmg sgt la lasak. tak macam kakaknya. 1 tahun Ayna baru 4 batang gigi dan tak pandai jalan lagi. tp, dia dah mula paham apa yg org cakap especially mamanya ni yg kuat membebel.. hehe..

takde celebrate besar-besar sbb baru 1 tahun tak pandai tiup lilin lagi.. kakak Echa dulu pun 2 tahun baru wat birthday celebration. mungkin kalau wat pun sekali dgn birthday kakak dia la..

tp, beli gak la kek utk dia utk kenangan. kang takde lak gambar dia birthday 1 tahun.. beli kek kecik dan KFC. celebrate umah MIL je. MIL masak nasi lemak terbaikk..

kek faveret kami sekeluarga from baker's cottage..
rasa dia mcm indulgence secret recipi 
tp ni lag murah RM44 je..

ayna dgn pak tam dia..


kakak echa yg tolong tiupkan lilin.. 

selamat hari lahir sayang mama, Ayna Nafeesa. moga ayna menjadi anak yg baik, bijak dan sihat sentiasa..



Matta Fair 2012 @ PWTC

Tak ke mana minggu ni? kalau boring taktau nak kemana leh la gi ke Matta Fair yg start semalam hingga esok.. macam-macam offer menarik pd yg suka melancong ni.. aku awal-awal dh apply cuti sbb nk pegi sini.. semalam first day matta fair ni start kt PWTC. gi dgn hubby dan bwk sekali anak-anak sbb mertua pun nak jalan gi sogo. time ktorg sampai takla ramai org sgt. so, leh jalan dgn lapang. mcm ktorg yg suka jenjalan ni mmg excited la dgn pakej-pakej yg ada tp sbb xtau bila nk pegi tu just amik dan kumpul2 pamplet jela. kalau yg tau nk mana dan dah beli tiket flight mmg mudah la kalau ke sini..

ada amik gambar tp tak rajin lak nk upload kt sini. nanti la upload k..


Family Day @ Felda Residence Hotspring Sg Klah Part 4 Last daa

Lambatnya nak abiskan citer pasal ni.. dah seminggu berlalu tp masih rasai keseronokannya.. ehehe..

Esok paginya, awal-awal dah bangun. nak wat breakfast.. nak wat nasi lemak ler. sbb kat villa tu ada mak, aku dan kakak ipar je. yg lain sume dok hotel. kalau dorang sampai dah siap sume tinggal ngap je..

masak cepat-cepat sbb tak sabar dah nak terjun pool. air pun suam-suam kuku.. sblm tu jenjalan amik udara pagi yg segar kat situ.. ada tasik kecik..


muka bangun tido Echa


menu breakfast ktorg
macam-macam bawak
roti bawak 3 bungkus
toaster pun angkut gak kot nak buat roti bakar
tp tak guna pun
 

 fuhh.. nyamannya mandi air suam..
ayna tu malas nak tukarkan swimming suit dia

tak puas semalam gi mandi kat hotspring jap je, pagi ni ktorg pegi lagi..

kena pakai tag ni kat tangan

tgk map dulu..

sepjg laluan leh tgk pokok-pokok
mengenal nama pokok..



ni kawasan hotspring
air pun suam-suam kuku

ameera baik je tak meragam pun..

tak mandi.. rendam kaki je
malas nak menguruskan diri sendiri dan anak-anak kalau mandi


apis dan mak mertuanya


echa dan papa

ni kawasan utk rendam kaki je
suhu antara 40 - 45 C
memula mmg panas sgt
lelama leh terima la panasnya.. hehe..

pastu leh la gi merebus telur lak
kat sini
suhu  kat sini lagi panas.. siap mengelegak lagi kat kawasab utk letak telur tu
ktorg bawak telur sendiri
nak beli kat sini pun boleh


 kejap je 7 minit dah siap
 tak sempat bawak telur ke villa dah abis dorg makan kat sini
sedap sgt kot rebus telur kat sini

 pastu sambung mandi lagi kat sini..


 pun xmandi gak ini budak.. dia xnak mandi.. asyik angkat kaki kalau letak kaki dia kat air
so, duduk kat tepi ni jela..

 
sbb check out kol 12 tgh, ktorg pun cpt-cpt balik. byk barang nak kemas tu.. kan bawak barang macam nak dok sana seminggu.. kena kemas betul-betul taknakla ada yg tertinggal..



nak balik daa..
tak puas rasanya..
next time pegi kena 2 malam baru macam2 aktiviti leh wat kat sini

dua org anak buah yg makin membesar.. sama tinggi dgn makciknya ni..

skrg ni ini budak lasak betul dalam kete
dia tak tido even ngantuk
letih nak layan..

sampai umah abah kol 3 ptg.. berkumpul dulu kemaskan barang.. bawak turun barang.. tak penat la pulak sbb 1 jam setengah je kan.. kalau ikutkan hati ni nak je sambung sampai penang. tp dah ada yg tumpang kete ni kenala lupakan niat tu..