♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, February 1, 2012

Rambutan Puye Pasal..

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Selamat bercuti bg semua warga Wilayah.. weeeehoooo.. bestnya. asyik cuti je. Mata ni tau-tau je taknak lelap. skrg dah hampir kol 2 pg. hubby dan anak-anak dah lama melayari mimpi indah. aku je yg terkebil-kebil tgk dorg tido. apa la nak membebel ni yer.. Nak citer la pasal waktu yang singkat balik kampung aku belah abah di Melaka. sbb apa singkat? sbb balik sana 3 jam je semata-mata nak kait rambutan.  

Rumah kampung dah sebulan kosong sejak abang yg wat ladang sayur kat kampung balik KL sbb dapat projek baik puyee.. huhu.. tu yg takde saper nak kait rambutan tu..

Plan last minute. Singgah umah parents aku dah kol 12 tgh. Dorg lak sibuk cakap pasal rambutan kat kampung. takde sape yg nak balik nak kait. aku pandang hubby, dan dia pun pandang aku.. Hubby yg mmg menantu mithali (ehehe.. pujila sikit) offer la kalau nak pegi dia nak bawak. terus berbunga girang hati mak dan abah. Dorg pun lama dah tak balik Melaka.. kuatkan semangat nak balik tu, adik dan wife pun nak ikut sekali.. tu yg bertambah best tu.. terus siap-siap.. gerak balik Melaka.

Singgah makan kat R&R Nilai. Sedapnya daging salai masak lemak kat situ.. masakan nogeri.. sampai kampung kol 2 ptg.

Sampai je terus kait rambutan.

rumah kampung kami 
comel je kan..

 pokok yg berbuah lebat
rambutan merah budak sekolah
dulu ada rambutan gading yg warna kuning
tp dah tebang dah

hubby nak jadi tauke rambutan
jual tepi jalan laku ni

 ni tukang petik dan makan..
umah ni dpn highway kalau ikut jalan lama nak ke Melaka
orang kampung citer aritu ada pompuan preggy singgah berhenti sini sbb ngidam nak makan rambutan bawah pokok rambutan..
uhuhu.. macam-macam tul..

 
sape la yg panjat pokok ni
ni sbb pengait takleh pakai
hubby nak panjat je.. alih-alih terpijak sarang semut daa..
tp, dah rembat jiran sebelah puye kait..

ada kete berhenti la nak beli rambutan kot.. hehe
Echa tu dah macam picnic je..
peliknya dah 3 guni penuh dgn rambutan tp asal macam tak luak je ni? tak kurang-kurang pun..

panas sgt kat dalam umah
dgn anak-anak lepak dalam kete..

Kol 5.00 ptg dah gerak balik KL. 3 jam je kat kampung. Macam pegi ulang-alik gombak - putrajaya je.. steady je hubby ni (puji lagi ni..).. huhu..

14 comments:

Mamatasnim said...

buah feveret saya ni..:)

~ Mummy Gee ~ said...

apasal tak campak seguni ke bangi?

Mama Janet said...

la nape tak singgahkan sini cikit.Kat mana lokasi rumah tu ayu.dari tepi jln nampak ke

aReLaN said...

tak tau lak ada daging salai sedap kat R&R Nilai tu.singgah gi toilet je besenya.hahahah..melaka ktne??lama tak balik kampung kat klebang

Mama Miraki said...

ak sikit rambutan budak sekolah tu...kat umah mak sri gombak ada tak...hehehe

mummy2k said...

Bestnye mkn rambutan..teringat runaharwah nenek,keliling rumah rambutan...tp kini tgal kenangan

~aYu~ said...

Mamatasnim : samala dgn sy. tp xleh mkn byk sbb sy cpt gatal tekak.

~aYu~ said...

Mama Janet : kalau ikut jalan pedas-linggi sure lalu sini.. dkt je dgn sg udang. tmpt cik mek slalu pegi gak kan..

~aYu~ said...

~ Mummy Gee ~ : aiyoo.. kurier dh terlajak simpang terus ke Gombak lor.. huhu..

~aYu~ said...

aReLaN : sy pun baru tau. gerai baru rasanya sbb hentian Nilai kan dah renovate. sedap gak, rugi amik sikit jek.. huhu.

~aYu~ said...

Mama Miraki : seguni kami bg mak. nak rasa dtgla sana. tp, dah masak sgt. ada yg dah berair.

~aYu~ said...

mummy2k : bila dah start makan mmg xleh stop.. uhuhu..

SumeSakan said...

nyum2 sedapnya rambutan fresh dari ladang...hehehehe...masak lemak daging salai...huuuu teringat makan semalam....dapnyaaa

~aYu~ said...

SumeSakan : rambutan petik sendiri.. ehehe.