♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Sunday, February 19, 2012

Mainan Barbie.. Dulu, Kini dan...

Kalau ada anak gegurl mesti tak lari dgn mainan patung, masak-masak, mekap-mekap kan.. sweet je.. sampai mamanya pun nak join main sekali. jadi budak-budak.

Echa mmg suka beli mainan camtu. kat umah dah penuh rak mainan dia. mana taknya, tiap kali gi kedai, mesti nak beli satu. tak dapat kat mama.. papa dia yang belikan. dgn papa, apa pun bole. dgn aku, apa pun kena pikir dulu.. huhu. abis kalau asyik benda yg sama je buat apa nak beli lagi.

Tp, tang satu je collection Echa yg aku tak dpt time kecik iaitu patung Barbie.

dulu nak main patung barbie kena pinjam kawan.. jiran umah je. dia puyela byk koleksi barbie sampai penuh satu bakul. anak pompuan tunggal la katakan.. nasibla dia x kedekut. biler-biler aku nak main, dia bagi je. mmg baik hati. alahai.. rindu lak dgn kawan sorg ni yg kat Brunei skrg.

Dulu.. patung Barbie ni mahal. Ratus-ratus harganya. x sampai ati nak mintak mak abah belikan. sob..sob..sob.. Time aku kecik dulu, mana ada patung barbie yg murah macam skrg ni. eh ye ke? atau aku yg tak tau ni.. 

Skrg murah je.. senang je dapat. sbb dah ada yg made from china. tp mmg cpt tercabut la. Koleksi Echa pun byk yg takde kepala la, tangan la, kaki la.. sudahnya.. buang jela.

sebahagian koleksi Echa masih ok lagi
yg lain agak macam orang kurang upaya
takde kaki, takde kepala, takde tangan la..
ni jela yg mampu beli.. boleh la nak wat koleksi

kalau dulu mama suh atuk belikan yg ratus-ratus tu sure mama simpan utk anak-anak mama
syok woo main.. leh pakaikan baju cantik-cantik..

satu lagi kan..
orang selalu cakap yg patung ni akan hidup waktu malam

kalau pinjam dgn kawan aku tu
kira 1 malam la sbb esoknya baru pulangkan
mesti tido bukak lampu
sbb takut patung tu bangun..
takut patung tu bangun kejutkan kita.. eeiii.. seram time tu.. 

Echa sayang yg ni sbb nenek bagi..
nanti leh main dgn adik Ayna yer..
dia pun dah mula menyibuk dgn mainan kakak dia
tukang terbalikkan bakul mainan..


2 comments:

azura samsuddin said...

zura de 1 koleksi barbie masa sekolah rendah dulu, gigih simpan duit sndiri sbb mak n abah xnak belikan, bila dpt kat adik then dia main 'kasar2' rasa sgt sedihhhhh pulak hahaha

~aYu~ said...

@azura samsuddin : bagus betul la zura ni. sy xde lak nak kumpul duit beli sbb ada member bg pinjam barbie dia kalau nak main. hehe