♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, February 29, 2012

Aku Kebasahan..

Abis basah lencun baju aku. sebab nak cepat balik opis sanggup ku redah hujan.. tengahari tadi ke Pavillion nak gi bank la. pastu nak balik tgk kat luar ujan pulak. tunggu la ramai-ramai dgn orang kat situ. bile ujan dah renyai baru aku dan beberapa lagi orang kat situ pun lari nak ke traffic light. sampai je kat traffic light terus ujan lebat selebatnya.. takde payung.. cover kepala dgn plastic bag je. nasibla ramai org senasib dgn aku.. huahuahua...

melangkah bergaya masuk opis
basah kuyup i tau..
demi nak masuk opis cepat, i rela kebasahan..

jemur tudung kat kipas..

cover dgn shawl je..
pening kepala kalau pakai tudung basah-basah
muka macam nak mintak MC je sok
mungkin saya akan demam kot.. kwang..kwang..kwang..


sekiannn..

Aktiviti Weekend Di Kampung Johor Part 2

Esoknya Ahad, bangun dgn tenangnya.. ehehe.. pasal apa tenang lak. sebab kalau ada makcik-makcikku Kak Kay, MummyGee, Mama Miraki, Mama Janet dan seangkatan dengannya.. belum azan Subuh lagi dah ketung..ketang.. kat dapur tu... 

Nak wat nasi goreng sbb nasi malam tadi byk lagi tp bahan takde. Ktorg gi beli breakfast je dan bahan utk wat nasi goreng.. balik je terus menggoreng nasi..

siap² nak gi jemputan kawin kat muar. sepupu hubby kawin.

dah siap nak gerak gi jemputan kawin pastu terus balik KL

lawak pertama oleh my mil
dapur gas lama tak leh nyala apinya
dah cuba byk kali still tak kuar api
pastu terus beli baru
ni dapur gas baru la..
 MIL beli sebelum ktorg sampai
MIL mntak hubby pasangkan yg baru
sebelum tukar baru, hubby try la hidup kan api, sekali nyala la api itu..
tapi, dah beli yg baru.. camne tu?? huhu..

sama kes macam washing machine kat umah MIL
rosak tak kuar air
tunggu tukang repair lambat sgt
terus MIL beli baru
bile tukang repair sampai.. yg rosak tiub tersumbat je tu yg tak kuar air tu.. 
dah beli baru dah..  ahahaha.. &%$#

 lawak kedua oleh MIL
byk sgt semut hitam
rimas lak mata ni
MIL pun amik spray nak sembur kat area blender ni
sekali hitam daa..
rupanya MIL spray dgn spray cat hitam.. dia ingatkan spray nyamuk..
kahkahkah... kelakar x??

time balik tu mmg kemas la balik apa yg patut
lepas ni nak balik lagi taktau la biler
biarla bersih time ktorg memula datang


gambar dulu depan pintu aktiviti biasa kalau nak balik KL..



kol 1 ptg dah sampai umah pengantin..
 





 makcik hubby~
nak balik dulu la tukar baju
penat rewang..

biasala kalau kat kampung, pagi² dah sampai nak tolong rewang
tengahari baru balik
nanti kol 2 ptg datang balik


 makcik@Mama Janet dr Muar pun datang..

 
pelamin yg simple

  
kol 2.45 ptg baru pengantin sampai


kol 3 ptg, ktorg gerak dulu balik KL. mertua lambat lagi balik. Echa dan Ayna dah start meragam sbb memasing mengantuk.

jalan jem sbb hujan. singgah rehat kat hentian seremban. sampai umah kol 8 malam. 5 jam tu.. penat sgt.. alhamdulillah selamat sampai umah..



Aktiviti Weekend Di Kampung Johor

Sabtu lepas ktorg ke Johor sepupu hubby kawin. Majlis tu hari Ahad tapi MIL ajak tido kat kampung. 

Sebelum tu pegi kawan hubby kawin dulu kat dewan MPAJ. Sampai sana je ngam-ngam terus hujan lebat. kena la lepak lama sikit. Perut mmg tgh lapar.

pasangan pengantin yg sepadan


hijau.. hijau..

ayna..

my lovely daughters..

Lepak sana sampai kol 3 ptg.. dapat la lama-lama borak dgn kawan hubby dan bini memasing..

Biasala sure la jem kan.. letih kalau jalan jauh ni budak taknak tido atau tak reti dok diam dalam kete. Kakak Echa senang je leh buat hal sendiri. Yg si adik Ayna ni, puyela lasak dalam kete.kejap ke depan, ke kiri, kanan.. penat mama sayang oiii..

singgah jap umah makcik di Muar nak amik rice cooker.. MIL mintak tlg amik lak sbb nak kat kampung takde rice cooker..

kalau tak pikir kan kena antar rice cooker ni, mmg ktorg melantak dulu kat Sabar Awor.. hehehe..

sampai kampung kol 6 ptg..

sunyi je.. biasanya kalau balik kampung riuh rendah dgn suara budak-budak dan mak budak.. 

 kol 8 malam dah siap bentang tilam
lepak kat bahagian ruang dapur yg luas
yg baru renovate wat batu

hubby ajak gi jenjalan parit sulong. ada karnival utk Le Tour de Langkawi di Parit Sulong.. 

Malam tu ada pertandingan karaoke. tapi mmg best la. pentas, lighting dan sound system mmg power la..

Rata-rata malam tu ramai yg nyanyi rock.. bergegar pekan parit sulong..



geng dari PJ........
Parit Jalil.. hehe
mmg mantap la..
rock bebeh!!
 
dgn adik ipar yg follow sekali
tak bawak ayna sbb dia dah tido

awal lagi .. ktorg gi lepak kat batu pahat lak
pekena kuey teow kerang..

balik dah kol 12.30 malam
hubby tak larat dah mata dah kuyu nak drive
nasibla ada 2nd driver, adik ipar Emi yg sambung drive..
 ktorg sume tido sedar-sedar dah sampai
gelapnya..

Tuesday, February 28, 2012

Selamat Tinggal Cayangku..

Selamat tinggal kawanku..
tak mudah aku pergi..
 bila wajahmu sentiasa dihati ini..


kete kesayanganku dah takde...... sgt sedih..
gambar kat atas tu, time bwk kete ni jumpa org 'used car'..
xleh nak wat muka sedih lak time tu..

 
ini la cayang aku..
kete pertama yang dibeli after setahun keje tahun 2005
first time amik gambar dgn kete ni
ni terpengaruh dgn pantang-larang la ni.. 

perodua myvi first edition yg mmg teerrrbaik!! ramai yg mengakuinya..
tak penah rosak tgh jalan (takat bateri kong, air bateri kering, abis minyak apala sgt kan.. huhu)
tak penah accident..
dah setel bayar...

kami ada dua kete
myvi ni kete aku, hubby pun ada kete dia
tp ktorg plan nak juat dua² kete
nak guna 1 kete je
sbb skrg ni hubby yg jd driver tkg antar dan amik aku dr opis
sejak bersalin kedua ni mmg jarang aku bwk kete
cuma gi dkt² je takat gi kedai atau umah mak
yg lain sume dgn hubby

 aku taktau samaada tindakan aku betul atau tidak
saat ni aku rasa menyesal jual kete ni
tp, sebab nak beli yg baru.. dapatla tampung sikit wat downpayment..

abah kata takpela..
kete lama² ni lambat laun dia wat hal gak..

umah pun bkn luas pun nak parking dua² kete dalam umah
satu kena letak luar, satu letak dalam

dah ada satu ni leh la letak kete kat luar
anak² leh main kat dalam 

wat masa ni guna satu kete jela
 

 
thanks cayang sbb setia berkhidmat dgnku selama 7 tahun ni..
menemaniku sepjg perjalanan Gombak - Putrajaya
dari aku single hingga dah anak dua ni..
mmg sgt sedih..
will miss u..
skrg ni pun dah mula rindu dgn kete ni..

pergorbanan yg berat tp terpaksa ku lakukan..

kalau cayang jumpa kita, jgn lupa hon tau.. hon kuat²..


hubby pun sedih
dah byk dia modified kete ni
sport rim tu baru tukar setahun 

arrghhh.. menyesal pun tak guna

moga kete baru nanti dapat mengubat jiwa lara ni..

tunggu kete baru
kete apa tu ekk?
ala.. kete biasa² jek.. 
huhu..
 

Friday, February 24, 2012

Lulus Sudah..


alhamdulillah.. dah lulus.
hehehehe...
tp, dalam hepi ada sedih..
yeaayyy..
sob..sob..sob.. :(
 
nanti citer yer.. 

Bekal Ke Opis

Breakfast pagi ni, spaghetti yg wat malam tadi request oleh Echa. Dia nak makan mee yg leh gulung²...

Tak abis, bawak bekal gi opis.  makan dgn kawan² opis.

 
Pastu antar anak² umah mertua, MIL dah siap bekalkan bihun goreng.. byk gak. share dgn kawan² opis.

 
 thanks mak sbb bekalkan 
macam anak² kecik bawak bekal gi sekolah lak
aku buat bekal utk Echa
ni MIL lak yg bekalkan utk DIL..kih..kih..kih..

Wednesday, February 22, 2012

♥♥ Gambar ♥♥

Semalam guna laptop adik laki hubby, Emi @ Pak Tam kpd anak-anak aku. Alih-alih kat desktop dia ada lak pic anak-anak aku yg sgt sweet. apalagi terus ku rembat pic itu.

alololo... comel tak?
rajin lak si Emi ni edit gambar ni
tak sangka lak..
thanks Emi
dia kata boring tu yg dia edit² gambar tu
Emi mmg rajin melayan kerenah anak-anak sedara dia ni..
 
terus ku tepek gambar ni kat sidebar.. huhu..

Mari Melukis Pemandangan

Malam tadi ktorg laki bini semangat nak ajar Echa melukis. ni gara-gara anak dara sulung ktorg ni berciter yg kat sekolah dia lukis gambar orang.  
 
Nasibla ktorg penah ajar Echa lukis gambar orang.. orang lidi jela. hehe.. 

tp, ktorg noticed yg Echa bab mewarna mmg kurang. dia xpandai nak kaler. kaler pun satu tempat jek. so, sambil ajar dia kaler, sambil ktorg lukis gambar pemandangan.

memula ajar dia lukis pokok.. asyik nyanyi lagu tanya sama pokok je..

hubby pun xcited melukis dgn penuh tekun dan berkeyakinan sekali.. macam masuk contest je.. nak tgk x hasil ktorg melukis? ahaha..







 
 ni hubby yg lukis
cantikkan..
tp, tak sesuai utk budak tadika
kalau lukis ni mmg teacher tau yg ni orang dewasa yg lukis.. huhu..


nak tgk mama dia lukis tak?








taadaaa..

  
ni mamanya puye hasil keje.. 
mesti korg terpegun dgn kecantikan dan keunikan gambar ni kan? hahaha..

ni kalau antar kat teacher dia confirm Echa dapat A++ ni.. 
betul la kan ni lukisan time kecik² dulu kan..
  
kalau nak lukis burung guna huruf 'v'..
kalau nak lukis matahari, kat penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit..

cuma aku upgrade la sikit gambar matahari tu..


p/s : mmg aku takde bakat melukis la.. time sekolah dulu Pendidikan Seni pun dapat C.. kah..kah..kah..

Monday, February 20, 2012

Umah Dah Ada Swimming Pool Sendiri

Cuti semalam awal pagi ktorg dah kuar. Petang lepak² kt umah je. So, melayan anak² kat umah jela.

Echa sibuk mintak papa dia pasang pool. Ktorg x bagi sbb dia batuk. kang berendam lelama camne nak baik. tp, dah namanya Echa, berkeras camne pun kalau dia nak, nak jugak..

Siap suh tiup ikan paus yg besar ni. Adik Ayna lak dari jenguk kt pintu sibuk suh dukung bawak luar. Dah kat luar, cicahkan kaki dia je. terus dia basahkan badan dia. lastnya dia pun masuk gak dalam tu. merangkak dalam tu kejar kakak dia.. hehe..


Echa dan Ayna
seronok dorg dapat mandi camni sekali-sekala
takleh slalu tau Echa..
naik bil air nanti
 

Demam.. Tak Nak Sekolah Arini.

Salam. dah Isnin dah. i wish another weekend.. uhhh.. kan best kalau isnin selasa pun cuti macam cuti CNY dan Maulidur Rasul tu..

Pagi tadi Echa wat hal lagi. Sedih tgk Echa taknak sekolah pagi tadi. macam² alasan dia bagi. tp mmg dia demam pun malam td. bila cek pagi td tak demam dah. 

tp, mesti dia nangis-nangis xnak gi sekolah. bila taye teacher, dia kata elok je dalam kelas. main dgn kawan-kawan dia. bile atuk dia amik, muka hepi je.

aduyai.. mama sedih bila Echa asyik nangis je..

Sunday, February 19, 2012

Mainan Barbie.. Dulu, Kini dan...

Kalau ada anak gegurl mesti tak lari dgn mainan patung, masak-masak, mekap-mekap kan.. sweet je.. sampai mamanya pun nak join main sekali. jadi budak-budak.

Echa mmg suka beli mainan camtu. kat umah dah penuh rak mainan dia. mana taknya, tiap kali gi kedai, mesti nak beli satu. tak dapat kat mama.. papa dia yang belikan. dgn papa, apa pun bole. dgn aku, apa pun kena pikir dulu.. huhu. abis kalau asyik benda yg sama je buat apa nak beli lagi.

Tp, tang satu je collection Echa yg aku tak dpt time kecik iaitu patung Barbie.

dulu nak main patung barbie kena pinjam kawan.. jiran umah je. dia puyela byk koleksi barbie sampai penuh satu bakul. anak pompuan tunggal la katakan.. nasibla dia x kedekut. biler-biler aku nak main, dia bagi je. mmg baik hati. alahai.. rindu lak dgn kawan sorg ni yg kat Brunei skrg.

Dulu.. patung Barbie ni mahal. Ratus-ratus harganya. x sampai ati nak mintak mak abah belikan. sob..sob..sob.. Time aku kecik dulu, mana ada patung barbie yg murah macam skrg ni. eh ye ke? atau aku yg tak tau ni.. 

Skrg murah je.. senang je dapat. sbb dah ada yg made from china. tp mmg cpt tercabut la. Koleksi Echa pun byk yg takde kepala la, tangan la, kaki la.. sudahnya.. buang jela.

sebahagian koleksi Echa masih ok lagi
yg lain agak macam orang kurang upaya
takde kaki, takde kepala, takde tangan la..
ni jela yg mampu beli.. boleh la nak wat koleksi

kalau dulu mama suh atuk belikan yg ratus-ratus tu sure mama simpan utk anak-anak mama
syok woo main.. leh pakaikan baju cantik-cantik..

satu lagi kan..
orang selalu cakap yg patung ni akan hidup waktu malam

kalau pinjam dgn kawan aku tu
kira 1 malam la sbb esoknya baru pulangkan
mesti tido bukak lampu
sbb takut patung tu bangun..
takut patung tu bangun kejutkan kita.. eeiii.. seram time tu.. 

Echa sayang yg ni sbb nenek bagi..
nanti leh main dgn adik Ayna yer..
dia pun dah mula menyibuk dgn mainan kakak dia
tukang terbalikkan bakul mainan..


Friday, February 17, 2012

Rasa Nak Menjerit

Arrgghhh.. saat dan tika ini aku rasa nak wat kat bawah ni..
 
 

aku nak menjerit kuat-kuat..
biar hati ni rasa puas
biar sume org tau yg aku dalam tekanan

aku sdg stress..
aku alami gangguan emosi..


kekadang ada masa aku nak menangis
aku nak luahkan pada sape-sape
tp, sape org tu? 
sape yg leh kita percaya utk tidak luahkan pada orang lain..

aku rindu kawan aku.. BFF aku.. nasibla ko jauh di Penang..

hubby jela jadi tempat aku luahkan perasaan..

dan juga di sini..

tak best ada perasaan begini


rasa aku kena naik benda-benda ni la
baru ada can nak jerit kuat-kuat..

 naik roller coaster
last naik 5 tahun dulu

naik solero
tak penah naik

buat bungy jumping 
tak penah try lagi 

punching bag pun ok kot..
iyahhh..iyahh..


nasibla balik umah terus leh switch kpd happy..
mood bahagia

bahagia dgn kehidupan aku mempunyai suami dan anak-anak..

Introducing Dahlia Aqilah

Alhamdulillah.. semalam 16 Februari 2012 aku dapat anak baru. Baby girl lagi.. Tak cukup bulan. Lahir pd 34 minggu tp leh tahan semangatnya. Berat dia 3.06kg.

Eh.. bkn anak aku. Ni anak sedara belah aku yg ke-13. Cucu yg ke-15. Cucu perempuan ke-10. Cukup team utk main netball ni.

Tak sabar nak tgk baby, pas abis keje ktorg terus ke specialist HUKM.

Ktorg sgt teruja dgn kelahiran Dahlia Aqilah ni. dah ada nama siap². senang leh terus panggil nama.

Ni anak abang aku. 7 tahun kawin, baru dapat anak.. mmg happy giler..

Dahlia Aqilah
abang nak nama bunga, tu yg letak Dahlia
Aqilah, yg cerdas pandai
putih melepak
geram..

aii Aqilah.. ni makcik ayu..
leh geng dgn Ayna nanti..
alahai biler pegang baby kecik camni rasa nak ada baby lagi la..
time ni dia tido je
senang je jaga..

kekawan.. doakan pasni ktrog dapat baby boy lak k..
nak boy pulak..